MONY

Blog perkongsian maklumat terkini,foto,video,aktiviti dan pertemuan bekas pelajar SMPT

Salam sejahtera semua,

Apakah azam tahun 2009 anda? Adakah anda ingin menguruskan badan? Cari pendapatan sampingan? Cari kerja baru? Cari isteri baru? kahkahkahkah….(ada yang kena pukul sat ni nanti!). Ini adalah sebahagian daripada azam-azam yang mungkin tercatit di diari anda semua. Ini pulak adalah sebahagian azam tahun baru saya :-

1) Ingin lebih mendekatkan diri dengan Allah S.W.T (insyaallah, sekarang sedang diimplitasikan)!

2) Berhenti daripada kerja sekarang (hari akhir saya adalah 7hb Januari 2009)

3) Bekerja sendiri (akan diimplitasikan seminggu selepas tarikh akhir bekerja saya)

4) Pergi bercuti dengan rakan-rakan lama (kalau tidak ada aral melintang 11hb hingga 15hb Jun 2009, saya akan ke Bali, Indonesia dengan teman-teman lama)

5) Projek internet marketing ( di peringkat akhir, akan di ‘launch’ sedikit masa lagi. Saya akan umumkan nanti ye!)

Azam ini sahaja yang dapat saya paparkan buat anda semua, yang selainnya…..ehm ehm…tak boleh nak paparkan atas alasan-alasan tertentu :-D Bagaimana pulak anda? Saya tahu, bukan senang untuk kita memenuhi semua azam-azam itu. Buatlah yang terdaya. Kalau anda rasa anda berdisiplin dan ingin mencapai lebih daripada itu. Buatlah bersungguh-sungguh ye. Bukan senang nak senang! Di mana saya dengar perkataan ini ye? Dah terlampau banyak artikel dan buku-buku motivasi yang telah saya baca, sebab itu tak boleh nak ‘recall’ ;-D

Tahun 2009 ini, adalah tahun saya mengambil semua tindakan. Asyik pergi seminar dan membaca sahaja. Saya yakin, saya BOLEH! Tidak ada alasan tiada masa lagi buat saya. Akan saya implimentasikan satu per satu apa yang telah saya belajar! MONY BOLEH!!!! Dengar tu! Saya melaungkan sekuat hati saya ini sampai cleaner kat tempat kerja ni pun ingat saya dah gila hahahahaaaaa….. akan saya kejar kembali masa yang telah saya buang selama ini. Sesuatu projek itu akan saya buat macam esuk dah tak ada lagi (ini untuk membuang sifat suka bertangguh). Buat yang terbaik! Kita semua ini adalah manusia biasa, tak lari daripada melakukan kesilapan so pandai-pandai la suruh pasangan anda mengingatkan anda. Haiii…..saya ni yang takde pasangan, nak suruh sapa lak yang ingatkan? Alamat suruh housemate saya jer la yang ingatkan saya. Takpe, takpe. Saya akan make sure yang saya akan sentiasa bersemangat! Hidup mesti selalu ceria dan gembira selalu. Bukan begitu?

Akhir kata, mari kite renung kembali apa yang kite telah capai dalam tahun 2008? Hummmm……..Peace!

p/s…. silalah tengok lagu azam baru daripada YouTube ini! Enjoy!

p/p/s pissssstttt….jangan lupa tengok lirik lagu tu kat sebelah kanannya ye. Nak tergelak pun ada. cam terkena batang hidung sendiri :-D


 

Share/Save/Bookmark

Salam semua,

Mesti kamu semua tertanya-tanya kenapa blog ni tak di update telah sekian lamanya. Minta ampun dan mintak maaf ye, saya terlalu sibuk dengan hal kerja, almaklum sajalah exhibition jam tangan mewah baru sahaja berlalu. Selama 10 hari exhibition berjalan, takde seorang pun yang boleh ambil cuti. Bagi diri saya pulak, daripada 28hb Nov saya bekerja sampailah 16hb Dis. Bayangkanlah, berapa hari tu saya dah bekerja, 20 hari! Parah! Penatnya, tuhan sahaja yang tahu. Dah tak larat saya ni, salah satunya adalah faktor-faktor umur :-D Kalau dulu-dulu tu, sejam dua jer tido pun ok lagi tapi la ni…..Ampunnnnn!!!!!!! Balik saja cuti sehari, problem tak cukup staff pulak sampaikan waktu makan pun kena tunggu petang. Saya yang tak pernah ada gastrik ni, rasa macam nak kena jer penyakit tu. Perut lak la ni cepat masuk angin. Puas la pulak nak cari tukang urut bertauliah. Kalau setakat tukang urut yang kat spa tu, tak payahlah. Badan saya yang besar lagi tegap ni, tak terasa langsung tangan tukang urut tu. Takpelah! Saya dapat cuti 3 hari starting esuk. Yeeha! Yahoo! Yabadabedu! Merdeka rasanya. Dapatlah saya berehat secukupnya. Akan saya off kan handphone saya selama 3 hari itu. Tak mahu di ganggu cuti saya tu. Kalau ada yang nak berhubung dengan saya, hantar mesej saja ye :-D

Dalam kesibukan berkerja tu, sempat saya buat satu video gambar-gambar semasa exhibition tu. Sila la tengok kat bawah tu. Kalau internet line anda lambat, biarkan video tu load dulu ye. Lagunya sedikit rancak so be prepare :-D

Share/Save/Bookmark

Salam semua,

Rasa-rasanya bahang hari raya masih terasa nih! Cuti hujung minggu lepas mesti ramai yang pergi rumah terbuka. Jangan-jangan ramai yang amek MC ari Isnin sebab sakit perut terkena cirit birit hahahaaa…yang ini memang alasan yang selalu digunakan. Entah lah! Saya tak pernah ambil MC, bukan nak kata baik sangat tapi bersyukur kepada Allah SWT kerana mengkurniakan kesihatan yang baik untuk saya. Lagi pun saya ni, bangsa tak suka duduk saja. Ada saja benda yang nak di buat atau nak di rancang. Sampaikan masa cuti raya aritu, sempat pergi kursus serta ambil part-time job tuk memenuhkan masa yang terluang. Tak pe lah. Biar bersusah-susah dahulu, mana tau esuk-esuk kalau ada rezeki lebih, masa tu bole la lepak saja heheheeeee….

Baik la! Saya sebenarnya hendak bagitau kepada semua yang Abang Nizam sekarang ini menyanyi di Bosa Nova, Park Royal Hotel, Kuala Lumpur. Kontrak keje dia kalau tak silap saya, sampai bulan Disember ni, tapi selalunya mesti kena extend lagi sebulan dua.Biasa la tu! Dengan cara keje yang disiplin dan pandai berinteraksi dengan ‘guest’, membuatkan Abang Nizam sudah ada “follower”. Ke mana saja dia bekerja di Kuala Lumpur atau Petaling Jaya, mesti ada regular customer dia. Abang Nizam disertai oleh seorang lagi penyayi perempuan (haaa…..dia ni housemate saya!) dan dua orang musician (guitarist dan keyboardist)

Kalau yang suka lagu-lagu latin atau pun yang suka menari salsa, dua kali sebulan, hari Jumaat, korang bole tengok ramai penari-penari salsa atau ballroom kat sini. Kebanyakkan mereka ni saya pun dah kenal jugak sebab masa saya kerja dengan Abang Nizam di Holiday Villay, Subang, muka-muka ni jugak yang akan kite nampak. Hari Sabtu minggu lepas, saya ada pergi ke sana untuk melihat persembahan dia, saya perasan ada jugak muka-muka baru yang menari ballroom dan salsa ni. Mungkin, mereka ni baru belajar menari kut! Lain macam jer tarian mereka :) Keras semacam wakakaka..
Selalunya kumpulan-kumpulan ni di ketuai oleh dance instructor. Mereka akan pergi ke tempat-tempat ini untuk berlatih. Senangkan! Kalau yang berminat tetapi tak cukup duit nak sertai kelas tarian tu, korang datang jer ari Jumaat. Ikut jer derang menari. Sebulan atau 2 bulan, gerenti dah pandai tapi kalau yang dah kaki bangku dan keras tu, nasihat saya, pergi la kelas hahahahahaaa…..jangan marah tau, saya bergurau jer. Kalau dah minat, why not! Keluarkan duit sikit.

Ni ada saya sertakan video daripada YouTube untuk tatapan mereka-mereka yang tak tau apa itu tarian Salsa. Kalau nak diterangkan, memang tak cukup page. Menjela-jela la jadinya “post” arini nanti.

Amacam geng! Ada rasa nak menari tak? Kalau yang badan dah makin slim cam saya ni hahahahaha….memang patut belajar tarian ni. Takyah la nak bazirkan duit beli treadmill atau join gym :) Senaman paling efektif. Sambil dengar lagu, sambil mengoyangkan badan. Janji keluar peluh. Betul tak? KaLau tak pun pandai-pandai la cari geng-geng menari Poco-poco..cheeeewwwaaaahhhh!
So kalau agak-agak nak pergi berhibur di hujung minggu tu, jangan lupa telepon saya ye! Bole la kite bersenam bersama-sama. Oh ya! Korang bole bawak anak-anak sekali sebab tempat ni macam Bora Ombak jugak, tempat makan-makan.
Okay, setakat ini saja dulu. Ke temu di lain post. ENJOY!

Share/Save/Bookmark

Sep
06

Abang Nizam

admin

Salam semua!

Haa….ada kenal ka dengan orang kat gambar ni? Bagi sesiapa yang tak ingat lagi, inilah Abang Nizam. Masa kite kat tingkatan 4, dia kat tingkatan 5P dan buat pengetahuan semua, dia masih lagi aktif di dalam bidang seni suara dan dah travel merata Malaysia dan Asia dalam bidang ini.
Kebetulan toward end of the year ni, mesti company you all akan adakan annual dinner so kalau ada yang jadi committee members tuk annual dinner tu dan nak mencari penyanyi @ band @ one man show atau sewaktu dengannya, haaa….bole la contact saya. Saya ni part time manager dia hahahaha….
Kalau nak profile dia untuk present kat commitee members yang lain, u all bole klik kat sini! atau pun you all bole klik jer kat blogroll kat sebelah tu under Abang Nizam. You all akan dia directkan ke blog dia.
Bukan untuk annual dinner sahaja tapi untuk wedding, jingles,private function pun bole. Function you all gerenti menjadik punya la sebab dia ni otai dalam bidang ni dan saya pernah keje dengan dia hehehe (ni kisah lama beb! La ni makcik dah tutup buku…insyaallah!). Bukan nak promote lebih-lebih tapi dah terbukti, klu tak, takkan la Adibah Noor pun invite dia dalam dua rancangan di NTV7 dan RTM2. Kalau tak caya, p tengok kat blog dia tu di bahagian My Video. Ada saya tolong uploadkan kat YouTube, rasa-rasanya rating dia pun dah 400 lebih orang dah view. Kalau tak silap, saya upload 2 ke 3 bulan yang lepas. So…sile-sile la melayari blog dia jap la ni ek!

Bagi sesiapa yang nak promote perniagaan atau ada apa-apa yang nak disampaikan kepada semua kawan-kawan yang lain, saya pun bole publishkan kat blog ni. So kawan-kawan, jangan segan silu, all you have to do is ask. Chewahhhh….cakap omputih jap.
Okay la, setakat ini dulu. Sementara tu, bole la tengok video duet Abang Nizam dengan Adibah Noor ni…..


Share/Save/Bookmark