MONY

Blog perkongsian maklumat terkini,foto,video,aktiviti dan pertemuan bekas pelajar SMPT

Salam semua,

Apa khabar? Harap-harap semuanya sihat disamping keluarga. Sibuk sungguh saya 2 minggu ni. Hari ini baru ada masa untuk update blog ni. Semalam. seharian saya edit foto dan video sekitar majlis pernikahan adik perempuan saya. Itu pun foto dan video koleksi daripada kamera saya dan abang. Untuk makluman semua, yang bernikah ni adalah adik nombor 11 saya. Besarkan nombor tu. Ialah, saya dibesarkan di dalam keluarga yang besar. 12 semuanya, itupun yang masih hidup. Kalau tak, 14 semuanya. Hahahaaa…..satu team bola sepak! Cuba anda semua bayangkan keadaan kami masa kecil-kecil dulu. Bagi ibu-ibu yang suka mengeluh untuk menjaga anak-anak masing-masing, bersyukurlah. Rasanya tidak ada lagi kawan-kawan kita yang ada anak sampai 12 orang. Bayangkanlah betapa tabahnya arwah ibu saya demi untuk menjaga kami semua. Sebab tu saya pandai menguruskan hal ehwal rumah dan ‘baby’. Saya telah dapat ‘training’ secukupnya sejak daripada umur saya 6 tahun :-D. Bukan setakat adik-adikĀ  (ada 5 orang bawah saya) tapi sampailah ke anak buah. Mungkin sebab itu saya masih single hahahaaa…..alasan….

Masa hari pernikahan tu, sayu jugak tengok adik saya tu, ialah….rasanya macam baru semalam saya nampak dia dengan baju sekolah. Tup-tup dah berumur jugak adik saya tu. Tahun ni 30 tahun umur dia, disebabkan badan dia yang kecil, tak nampak yang dia sudah mencecah 30 tahun. Alhamdullillah….semuanya berjalan lancar. Suami dia tu, kawan sekelasnya jugak. Terus teringat kat Raja Ana dan Hisyam. Bercinta masa sekolah terus ke jinjang pelamin, Saadiah dan Rahman juga. Itu yang saya teringat, siapa lagi ye?

Semasa majlis pernikahan adik saya, kami 12 adik beradik berkumpul sampaikan abang saya yang kat Kuching, Sarawak pun dapat pulang walaupun isterinya baru bersalin anak mereka yang ke 5. Last kami dapat berkumpul beramai-ramai adalah 4 tahun yang lepas semasa arwah ibu tercinta meninggalkan kami. Boleh dilihat di muka masing-masing, betapa gembiranya rasa di hati terutamanya abang pertama saya. Kami tidak pandai hendak menunjukkan kasih sayang sesama keluarga kerana ialah, dalam keluarga yang besar macam kami, arwah ibu sentiasa sibuk menguruskan rumah dan anak-anak tapi saya dapat merasakan kemesraan itu bila dah berumur ni :-D

Saya ni memang susah untuk mengeluarkan airmata tapi bila majlis akad nikah (bapa pengantin lelaki yang menjalankan acara akad nikah tu) dan sudah sah akad nikah tu, bergenang jugak airmata saya. Kini adik saya sudah bergelar isteri orang. Memang sudah tradisi keluarga kami, arwah ibu akan memberikan tips-tips hal ehwal rumahtangga tapi sebabkan ibu sudah tiada lagi, tanggungjawab ini diambil alih oleh kakak atas saya (kakak yang paling tua tidak qualified sebab dia pun masih single :-D). Sehari sebelum akad nikah, Mawar (nama adik saya) kena lecture dengan kakak saya tu. Lepas tu masak jugak adik saya kena usik dengan kakak serta abangnya heheheeee……

Adik saya ni tidak pernah make-up, so bila sudah disiapkan oleh adik bongsu saya tu, Wah! Muka dia macam patung. Cantik! Berseri muka dia. Silalah tengok foto-foto dan video dibawah tu!

SILA KLIK DI BAWAH UNTUK MELIHAT

MY SISTER\’S WEDDING PHOTO

KLIK SINI untuk melihat video yang saya upload di YouTube sehari sebelum hari persandingan.

Share/Save/Bookmark

Jan
10

Wedding

admin

Salam semuanya,

Sudah 3 ari saya berhenti keje. Syok giler rasanya dapat berehat kat rumah sambil melayari internet. Aman rasanya bila handphone saya sudah tak berdering-dering macam biasa. Sejuk sikit telinga ini heheheee….. Pagi tadi semasa melayari Facebook, ternampak kawan kite Marziani dari SMPT’87 - 5sc2 add saya di Facebook. Bila saya dah add, ternampak pulak dia online, apa lagi berborak sakan la. Best jugak layan Facebook ni. Orang lain tak boleh tenguk profile kita kalau dia belum jadi kawan so takde lah orang-orang yang tidak diingini ‘add’ kita.

Berbalik kepada Marziani, masa borak tu, dia bagitau saya yang kawan sekelas beliau Ajaq bernikah pada 1hb Januari yang lepas. Sumpah saya tak tau pun, kalau tak, mesti saya dah ‘attend wedding’ tu. Kan saya dah cakap di post yang sebelum ni, saya takakan menolak ‘wedding invitation’. Mana boleh lepaskan nasi minyak beb! Dah rindu nak makan nasi minyak heheheeeee….tapi takper, adik saya akan mendirikan rumah tangga juga akhir bulan ni so tak kempunan lah saya nak makan nasi minyak. Apa? Nak makan nasi minyak dari saya pulak? Korang tunggu la sampai berjanggut wakakkakakkaaaa…….. Siap la saya ni, adik dah kawin, kakak dia belum lagi sudah tentu la telinga saya ni akan cair 24hb Januari ni dengan ‘lecture’ dari makcik-makcik dan sepupu sekelian. Lariiiiii!!!!!!!!……..Nak tinggal kat London lah! :-D

Cukup! Ni ada gambar sekitar perkahwinan Ajaq di Bangunan Risda, Jalan Ampang. Gambar ni courtesy daripada Marziani, Marzita, kalau ko ada gambar lg, tolonglah emailkan kat aku ek!

Here’s the photo! Ajaq tak nampak tua pun!

Ajaq 5sc2 Wedding1

Ajaq 5sc2 Wedding

Photobucket

Photobucket

p/s….kalau ada sesiapa yang tengah mencari wedding photographer,kids photographer ataupun videographer KLIKLAH KAT SINI!

Share/Save/Bookmark

Sep
06

Abang Nizam

admin

Salam semua!

Haa….ada kenal ka dengan orang kat gambar ni? Bagi sesiapa yang tak ingat lagi, inilah Abang Nizam. Masa kite kat tingkatan 4, dia kat tingkatan 5P dan buat pengetahuan semua, dia masih lagi aktif di dalam bidang seni suara dan dah travel merata Malaysia dan Asia dalam bidang ini.
Kebetulan toward end of the year ni, mesti company you all akan adakan annual dinner so kalau ada yang jadi committee members tuk annual dinner tu dan nak mencari penyanyi @ band @ one man show atau sewaktu dengannya, haaa….bole la contact saya. Saya ni part time manager dia hahahaha….
Kalau nak profile dia untuk present kat commitee members yang lain, u all bole klik kat sini! atau pun you all bole klik jer kat blogroll kat sebelah tu under Abang Nizam. You all akan dia directkan ke blog dia.
Bukan untuk annual dinner sahaja tapi untuk wedding, jingles,private function pun bole. Function you all gerenti menjadik punya la sebab dia ni otai dalam bidang ni dan saya pernah keje dengan dia hehehe (ni kisah lama beb! La ni makcik dah tutup buku…insyaallah!). Bukan nak promote lebih-lebih tapi dah terbukti, klu tak, takkan la Adibah Noor pun invite dia dalam dua rancangan di NTV7 dan RTM2. Kalau tak caya, p tengok kat blog dia tu di bahagian My Video. Ada saya tolong uploadkan kat YouTube, rasa-rasanya rating dia pun dah 400 lebih orang dah view. Kalau tak silap, saya upload 2 ke 3 bulan yang lepas. So…sile-sile la melayari blog dia jap la ni ek!

Bagi sesiapa yang nak promote perniagaan atau ada apa-apa yang nak disampaikan kepada semua kawan-kawan yang lain, saya pun bole publishkan kat blog ni. So kawan-kawan, jangan segan silu, all you have to do is ask. Chewahhhh….cakap omputih jap.
Okay la, setakat ini dulu. Sementara tu, bole la tengok video duet Abang Nizam dengan Adibah Noor ni…..


Share/Save/Bookmark