MONY

Blog perkongsian maklumat terkini,foto,video,aktiviti dan pertemuan bekas pelajar SMPT

Mar
20

Kota Singa

admin

Assalamualaikum semua,

Lama sungguh saya tidak update blog ini. Maafkan saya ye. Saya sebenarnya masih lagi di Singapura. Sudah sebulan lamanya saya di sini. Mesti ada yang tertanya-tanya apa yang saya buat di sini. Saya di sini menemani kawan serta anak dia kerana suami dia pergi outstation. Kebetulan saya sudah berhenti kerja, boleh la saya melepak kat sini lama-lama :-D Bukan sekadar melepak saja ye. Sempat saya membuat satu blog untuk update kegiatan anak mereka kepada si suami. Almaklum jer la. Sapa yang tak sayang anak. Kalau si suami yang mencari rezeki di luar sana, hendak buat macammana. By the time dia sampai rumah, anak membesar dengan cepat. Banyak yang dia akan ketinggalan so saya la yang menjadi photographer ataupun jadi videographer mereka. Lapang la sikit dada si suami bila dapat menatap video anaknya.

 Saya set-up blog di blogger.com sahaja. Senang. Dah la free, dah tu senang nak update pulak. Bila dah set-up, just upload saja gambar-gambar ataupun video untuk tatapan umum. Tak sangka jugak, tak sampai sebulan, ramai jugak pengunjung di blog tu. Bangga sekejap saya.

Saya menggunakan Microsoft Windows 2000 di sini, which saya tak berapa familiar dengan fungsi-fungsinya. Redah sajalah! Nak buat macamana tapi alhamdullillah, dapat jugak saya harungi. Tidak banyak software yang saya dapat gunakan untuk edit video dan header blog tu. Semuanya kena tunggu sampai saya pulang ke KL. Saya upload jer dulu video-video dan gambar-gambar tu. Ada hikmah jugak disebalik tak cukup software ni. Sedar tak sedar, kreatif jugak saya ni. Kadang-kadang kalau semuanya di depan mata, kita akan jadi malas dan tidak kreatif. Bila dah takder, meraban cari alternative. Bole jugak kita tengok kalau-kalau kita ni jenis orang yang suka cari jalan penyelesaian. Kat Singapura ni, saya tak berani nak download software sebarangan. Kang silap sikit kena sama. Tak mampu nanti saya nak bayar sama tu. Mesti ingat kat sini pakai SGD, dah tu exchange rate dia tinggi. Fuh! Penat nak cari duit tuk membayarnya.

p/s pergi la tengok blog tu kat SINI! Jenuh jugak nak mencari dan ’sort out’ gambar-gambar lama. Berhari-hari jugak la nak siapkan post yang pertama tu.

p/p/s kalau anda hendak buat blog yang begitu, call ataupun pakai la contact form kat atas tu tuk berhubung dengan saya. Don’t worry. Saya bagi harga special untuk kawan-kawan. Mesti ingat, blog tu memang senang nak buat tapi yang melambatkan keje adalah nak memilih gambar dan video.

p/p/p/s saya akan pulang ke KL pada akhir bulan ini. Ha! Tak reti-reti nak pegi minum kopi! Rindu kat keluarga dan kawan-kawan. Dah lama saya tidak pergi outstation sebegini lama :-D

Share/Save/Bookmark

Salam semua,

Apa khabar? Harap-harap semuanya sihat disamping keluarga. Sibuk sungguh saya 2 minggu ni. Hari ini baru ada masa untuk update blog ni. Semalam. seharian saya edit foto dan video sekitar majlis pernikahan adik perempuan saya. Itu pun foto dan video koleksi daripada kamera saya dan abang. Untuk makluman semua, yang bernikah ni adalah adik nombor 11 saya. Besarkan nombor tu. Ialah, saya dibesarkan di dalam keluarga yang besar. 12 semuanya, itupun yang masih hidup. Kalau tak, 14 semuanya. Hahahaaa…..satu team bola sepak! Cuba anda semua bayangkan keadaan kami masa kecil-kecil dulu. Bagi ibu-ibu yang suka mengeluh untuk menjaga anak-anak masing-masing, bersyukurlah. Rasanya tidak ada lagi kawan-kawan kita yang ada anak sampai 12 orang. Bayangkanlah betapa tabahnya arwah ibu saya demi untuk menjaga kami semua. Sebab tu saya pandai menguruskan hal ehwal rumah dan ‘baby’. Saya telah dapat ‘training’ secukupnya sejak daripada umur saya 6 tahun :-D. Bukan setakat adik-adik  (ada 5 orang bawah saya) tapi sampailah ke anak buah. Mungkin sebab itu saya masih single hahahaaa…..alasan….

Masa hari pernikahan tu, sayu jugak tengok adik saya tu, ialah….rasanya macam baru semalam saya nampak dia dengan baju sekolah. Tup-tup dah berumur jugak adik saya tu. Tahun ni 30 tahun umur dia, disebabkan badan dia yang kecil, tak nampak yang dia sudah mencecah 30 tahun. Alhamdullillah….semuanya berjalan lancar. Suami dia tu, kawan sekelasnya jugak. Terus teringat kat Raja Ana dan Hisyam. Bercinta masa sekolah terus ke jinjang pelamin, Saadiah dan Rahman juga. Itu yang saya teringat, siapa lagi ye?

Semasa majlis pernikahan adik saya, kami 12 adik beradik berkumpul sampaikan abang saya yang kat Kuching, Sarawak pun dapat pulang walaupun isterinya baru bersalin anak mereka yang ke 5. Last kami dapat berkumpul beramai-ramai adalah 4 tahun yang lepas semasa arwah ibu tercinta meninggalkan kami. Boleh dilihat di muka masing-masing, betapa gembiranya rasa di hati terutamanya abang pertama saya. Kami tidak pandai hendak menunjukkan kasih sayang sesama keluarga kerana ialah, dalam keluarga yang besar macam kami, arwah ibu sentiasa sibuk menguruskan rumah dan anak-anak tapi saya dapat merasakan kemesraan itu bila dah berumur ni :-D

Saya ni memang susah untuk mengeluarkan airmata tapi bila majlis akad nikah (bapa pengantin lelaki yang menjalankan acara akad nikah tu) dan sudah sah akad nikah tu, bergenang jugak airmata saya. Kini adik saya sudah bergelar isteri orang. Memang sudah tradisi keluarga kami, arwah ibu akan memberikan tips-tips hal ehwal rumahtangga tapi sebabkan ibu sudah tiada lagi, tanggungjawab ini diambil alih oleh kakak atas saya (kakak yang paling tua tidak qualified sebab dia pun masih single :-D). Sehari sebelum akad nikah, Mawar (nama adik saya) kena lecture dengan kakak saya tu. Lepas tu masak jugak adik saya kena usik dengan kakak serta abangnya heheheeee……

Adik saya ni tidak pernah make-up, so bila sudah disiapkan oleh adik bongsu saya tu, Wah! Muka dia macam patung. Cantik! Berseri muka dia. Silalah tengok foto-foto dan video dibawah tu!

SILA KLIK DI BAWAH UNTUK MELIHAT

MY SISTER\’S WEDDING PHOTO

KLIK SINI untuk melihat video yang saya upload di YouTube sehari sebelum hari persandingan.

Share/Save/Bookmark

Dec
26

Perlukan Jurugambar?

admin

Salam semua,

Sekarang ini masih lagi cuti sekolah dan saya rasa setiap ujung minggu ada sahaja undangan ke majlis perkahwinan. Bagi saya pulak, hujung minggu ini ada 3 jemputan ke majlis perkahwinan tapi semuanya tidak dapat saya penuhi kerana terikat dengan kerja. Erm….minta maaf semuanya ye. Kalau kamu semua masih ingat, saya ni selalu terlepas untuk ke perkahwinan anda :-D. Saya terlalu commited dengan perkerjaan saya. Kadang-kadang saya terlupa yang selain daripada perkerjaan, saya ada famili dan kawan-kawan. Saya sedar kesilapan saya itu dan saya berjanji untuk imbangkan masa untuk berkerja dan kawan-kawan. Jangan marah ye. Saya ini ‘workaholic’ sampaikan kadang-kadang hari cuti pun saya ingat hari bekerja saya. Sudah tahap parah problem saya ni! Sebab itu saya sudah meletakkan jawatan saya. Hari akhir saya bekerja di situ adalah pada 7hb Januari 2009. Selepas itu, saya ‘MERDEKA!’. Hantar sahaja kad jemputan tu, insyaallah, akan saya penuhi :-D

Baiklah! Sebenarnya saya sedang menolong kawan saya ni. Dia baru sahaja menyiapkan profil photography beliau. Kawan tempat kerja saya. Saya memang kagum dengan orang-orang yang mempunyai bakat dan minat yang mendalam dalam sesuatu perkara. Masalahnya pulak, mereka-mereka ini tidak tau untuk menengahkan bakat mereka ini. At the end, bakat mereka ini ‘terkubur’ begitu sahaja. Sayangkan! Oleh itu kawan-kawan, jikalau anda semua ingin mencari photographer @ videographer untuk majlis perkahwinan, kanak-kanak atau majlis-majlis sewaktu dengannya, anda bolehlah menghubungi kawan saya ini. Untuk melihat profile beliau, anda semua bolelah KLIK DI SINI atau untuk ‘kids photography‘ beliau, anda semua boleh KLIK DI SINI!

Kalau ada yang berminat, jangan lupa untuk bagitau nama saya semasa anda menghubungi saya atau kawan saya itu ye! Beliau akan memberi harga istimewa kalau anda mention nama saya :-D. Memang perjanjian kami begitu! Saya pun menggunakan khidmat beliau untuk membuat header blog Abang Nizam di mana saya belum ada masa terluang untuk upload ke blog Abang Nizam lagi. Takpe la, biar saya uploadkan sahaja di sini dahulu.

From Drop Box

Amacam? Ok tak header baru Abang Nizam ni?

Share/Save/Bookmark