Salam semua,
Sekarang ini masih lagi cuti sekolah dan saya rasa setiap ujung minggu ada sahaja undangan ke majlis perkahwinan. Bagi saya pulak, hujung minggu ini ada 3 jemputan ke majlis perkahwinan tapi semuanya tidak dapat saya penuhi kerana terikat dengan kerja. Erm….minta maaf semuanya ye. Kalau kamu semua masih ingat, saya ni selalu terlepas untuk ke perkahwinan anda :-D. Saya terlalu commited dengan perkerjaan saya. Kadang-kadang saya terlupa yang selain daripada perkerjaan, saya ada famili dan kawan-kawan. Saya sedar kesilapan saya itu dan saya berjanji untuk imbangkan masa untuk berkerja dan kawan-kawan. Jangan marah ye. Saya ini ‘workaholic’ sampaikan kadang-kadang hari cuti pun saya ingat hari bekerja saya. Sudah tahap parah problem saya ni! Sebab itu saya sudah meletakkan jawatan saya. Hari akhir saya bekerja di situ adalah pada 7hb Januari 2009. Selepas itu, saya ‘MERDEKA!’. Hantar sahaja kad jemputan tu, insyaallah, akan saya penuhi
Baiklah! Sebenarnya saya sedang menolong kawan saya ni. Dia baru sahaja menyiapkan profil photography beliau. Kawan tempat kerja saya. Saya memang kagum dengan orang-orang yang mempunyai bakat dan minat yang mendalam dalam sesuatu perkara. Masalahnya pulak, mereka-mereka ini tidak tau untuk menengahkan bakat mereka ini. At the end, bakat mereka ini ‘terkubur’ begitu sahaja. Sayangkan! Oleh itu kawan-kawan, jikalau anda semua ingin mencari photographer @ videographer untuk majlis perkahwinan, kanak-kanak atau majlis-majlis sewaktu dengannya, anda bolehlah menghubungi kawan saya ini. Untuk melihat profile beliau, anda semua bolelah KLIK DI SINI atau untuk ‘kids photography‘ beliau, anda semua boleh KLIK DI SINI!
Kalau ada yang berminat, jangan lupa untuk bagitau nama saya semasa anda menghubungi saya atau kawan saya itu ye! Beliau akan memberi harga istimewa kalau anda mention nama saya :-D. Memang perjanjian kami begitu! Saya pun menggunakan khidmat beliau untuk membuat header blog Abang Nizam di mana saya belum ada masa terluang untuk upload ke blog Abang Nizam lagi. Takpe la, biar saya uploadkan sahaja di sini dahulu.
![]() |
| From Drop Box |
Amacam? Ok tak header baru Abang Nizam ni?






