MONY

Blog perkongsian maklumat terkini,foto,video,aktiviti dan pertemuan bekas pelajar SMPT

Mar
20

Kota Singa

admin

Assalamualaikum semua,

Lama sungguh saya tidak update blog ini. Maafkan saya ye. Saya sebenarnya masih lagi di Singapura. Sudah sebulan lamanya saya di sini. Mesti ada yang tertanya-tanya apa yang saya buat di sini. Saya di sini menemani kawan serta anak dia kerana suami dia pergi outstation. Kebetulan saya sudah berhenti kerja, boleh la saya melepak kat sini lama-lama :-D Bukan sekadar melepak saja ye. Sempat saya membuat satu blog untuk update kegiatan anak mereka kepada si suami. Almaklum jer la. Sapa yang tak sayang anak. Kalau si suami yang mencari rezeki di luar sana, hendak buat macammana. By the time dia sampai rumah, anak membesar dengan cepat. Banyak yang dia akan ketinggalan so saya la yang menjadi photographer ataupun jadi videographer mereka. Lapang la sikit dada si suami bila dapat menatap video anaknya.

 Saya set-up blog di blogger.com sahaja. Senang. Dah la free, dah tu senang nak update pulak. Bila dah set-up, just upload saja gambar-gambar ataupun video untuk tatapan umum. Tak sangka jugak, tak sampai sebulan, ramai jugak pengunjung di blog tu. Bangga sekejap saya.

Saya menggunakan Microsoft Windows 2000 di sini, which saya tak berapa familiar dengan fungsi-fungsinya. Redah sajalah! Nak buat macamana tapi alhamdullillah, dapat jugak saya harungi. Tidak banyak software yang saya dapat gunakan untuk edit video dan header blog tu. Semuanya kena tunggu sampai saya pulang ke KL. Saya upload jer dulu video-video dan gambar-gambar tu. Ada hikmah jugak disebalik tak cukup software ni. Sedar tak sedar, kreatif jugak saya ni. Kadang-kadang kalau semuanya di depan mata, kita akan jadi malas dan tidak kreatif. Bila dah takder, meraban cari alternative. Bole jugak kita tengok kalau-kalau kita ni jenis orang yang suka cari jalan penyelesaian. Kat Singapura ni, saya tak berani nak download software sebarangan. Kang silap sikit kena sama. Tak mampu nanti saya nak bayar sama tu. Mesti ingat kat sini pakai SGD, dah tu exchange rate dia tinggi. Fuh! Penat nak cari duit tuk membayarnya.

p/s pergi la tengok blog tu kat SINI! Jenuh jugak nak mencari dan ’sort out’ gambar-gambar lama. Berhari-hari jugak la nak siapkan post yang pertama tu.

p/p/s kalau anda hendak buat blog yang begitu, call ataupun pakai la contact form kat atas tu tuk berhubung dengan saya. Don’t worry. Saya bagi harga special untuk kawan-kawan. Mesti ingat, blog tu memang senang nak buat tapi yang melambatkan keje adalah nak memilih gambar dan video.

p/p/p/s saya akan pulang ke KL pada akhir bulan ini. Ha! Tak reti-reti nak pegi minum kopi! Rindu kat keluarga dan kawan-kawan. Dah lama saya tidak pergi outstation sebegini lama :-D

Share/Save/Bookmark

Sep
06

Abang Nizam

admin

Salam semua!

Haa….ada kenal ka dengan orang kat gambar ni? Bagi sesiapa yang tak ingat lagi, inilah Abang Nizam. Masa kite kat tingkatan 4, dia kat tingkatan 5P dan buat pengetahuan semua, dia masih lagi aktif di dalam bidang seni suara dan dah travel merata Malaysia dan Asia dalam bidang ini.
Kebetulan toward end of the year ni, mesti company you all akan adakan annual dinner so kalau ada yang jadi committee members tuk annual dinner tu dan nak mencari penyanyi @ band @ one man show atau sewaktu dengannya, haaa….bole la contact saya. Saya ni part time manager dia hahahaha….
Kalau nak profile dia untuk present kat commitee members yang lain, u all bole klik kat sini! atau pun you all bole klik jer kat blogroll kat sebelah tu under Abang Nizam. You all akan dia directkan ke blog dia.
Bukan untuk annual dinner sahaja tapi untuk wedding, jingles,private function pun bole. Function you all gerenti menjadik punya la sebab dia ni otai dalam bidang ni dan saya pernah keje dengan dia hehehe (ni kisah lama beb! La ni makcik dah tutup buku…insyaallah!). Bukan nak promote lebih-lebih tapi dah terbukti, klu tak, takkan la Adibah Noor pun invite dia dalam dua rancangan di NTV7 dan RTM2. Kalau tak caya, p tengok kat blog dia tu di bahagian My Video. Ada saya tolong uploadkan kat YouTube, rasa-rasanya rating dia pun dah 400 lebih orang dah view. Kalau tak silap, saya upload 2 ke 3 bulan yang lepas. So…sile-sile la melayari blog dia jap la ni ek!

Bagi sesiapa yang nak promote perniagaan atau ada apa-apa yang nak disampaikan kepada semua kawan-kawan yang lain, saya pun bole publishkan kat blog ni. So kawan-kawan, jangan segan silu, all you have to do is ask. Chewahhhh….cakap omputih jap.
Okay la, setakat ini dulu. Sementara tu, bole la tengok video duet Abang Nizam dengan Adibah Noor ni…..


Share/Save/Bookmark