MONY

Blog perkongsian maklumat terkini,foto,video,aktiviti dan pertemuan bekas pelajar SMPT

Jan
12

2nd Reunion- Gambar

admin

Salam,

Baru sahaja saya edit gambar 2nd reunion kita di Bora Ombak. Mak ai! Susah betul nak mengedit gambar tersebut sb original foto yang dihantar tu bersaiz kecil so edit sebaik mungkin untuk tatapan kamu semua. Berpeluh jugak la makcik nak edit. Software photoshop saya sudah ter’erase’ semasa laptop ni buat hal bulan lepas. Mahal woo…software tu. Cuba jugak cari cd software tu tapi saya dah tak ingat di mana saya letak. Dah bertahun pun. Mana nak ingat. Salah satu faktornya adalah faktor umur hehehheeee…saya mengaku diri ini dah semakin berumur :-D

As semua dah baca post yang sebelum ini, saya terjumpa Marziani di halaman social networking Facebook beberapa hari yang lepas so dia telah menyelongkar album dia tuk berkongsi gambar-gambar semasa reunion ke2 kita di Bora Ombak pada tahun 2006 yang lepas. Fuuuyoooo….dah 3 tahun berlalu beb! Cepat tul masa berlalu. Marziani! Terima kasih ye! Jasamu di kenang sebab ada jugak gambar saya kat album tu. Badan saya masa tu pun kecik sikit daripada sekarang wakakakaaaa….walau macam mana pun, ko tetap maintain! Sampaikan Biziah makan hati dengan ko. Azam dia tahun ni, nak kuruskan badan so dia boleh pakai baju cantik-cantik macam ko! Biziah, ko jangan marah aku postkan azam ko kat sini ek. Apa-apapun aku sokong ko 100 percent! Ko tunggu la, sikit masa nanti aku akan buka satu kedai online untuk semua orang yang mengalami masalah berat badan cam kita. Hidup mesti happy beb! Oi! Bila nak kuar makan dengan aku? Aku tengah free giler masa ni. Esuk-esuk bila aku dah mulakan projek, aku dah tak ada masa nak keluar.

Cukup la sampai di sini saya merapu. Enjoy the photo!

From Recently Updated
From Recently Updated
From Recently Updated
From Recently Updated
From Recently Updated

p/s Marziani dah donate gambar ni so yang lain-lain tu bila lagi? Jangan kemut sorang-sorang ek. Meh sini, kita share dengan semua orang. *Peace* :-D

Share/Save/Bookmark

Dapatkan panduan memperolehi pendapatan lumayan di eBay hari ini!

Salam buat semua!

Maafkan saya kalau you all menanti post terbaru dari saya. Minggu lepas, saya bercuti 4 hari kerana teman karib dari Sarawak yang telah menghilang diri bertahun-tahun tu, datang menjenguk saya di Kuala Lumpur ni. Orang kata “sambil menyelam, sambil minum air”, saya berbincang dengan kawan saya tu untuk menjadi supplier busines eBay saya hehehehe….jangan pulak kamu kata saya suka mengambil kesempatan! Saya akan bercerita pasal busines eBay ni pada orang-orang yang nak merubah keadaan kewangan family sahaja. Baik kite tunjuk kepada yang berminat sahaja. Kerja saya sebagai jurujual “fine watches” yang harus menerangkan pasal produk kepada pelanggan tu pun dah tak larat nak pikul. Biarlah saya jimatkan tenaga skit hehehee…Ooopssss….jangan marah ye! Anyway, saya mintak kawan saya tu tolong hantarkan barangan untuk saya jual di eBay. Fyi, saya pernah bekerja di Miri,Sarawak dahulu so kedai mana yang boleh bagi murah tu, saya dah tau. Aik! Rupa-rupanya dia tahu kedai yang boleh bagi harga yang lebih murah daripada kedai yang saya selalu beli tu (kalau kite orang Semenanjung nak pergi membeli-belah, baik bawak sekali kawan-kawan yang bole “madah Sarawak”[maksudnya boleh bercakap dalam bahasa Sarawak]. Baru boleh dapat diskaun lebih heheheee). Biasa la tu….mana-mana korang ‘travel’pun, kalau tak tau bahasa perantaraan negara tu, gerenti kena tipu dengan penjual. Haaa… jangan salah sangka ye, saya bukan begitu. bagi saya kalau nak jadi jurujual atau usahawan berjaya, mesti JUJUR dengan pelanggan. Baru la mereka ‘trust’ kite dan akan datang lagi mencari anda untuk berurusniaga.

Mengenai bisnes saya di eBay, walaupun dah tau lama tapi 2 minggu yang lepas saya memulakan langkah yang kedua saya ke arah menjadi usahawan eBay, menjual di eBay Malaysia. Alhamdulillah, saya list barangan selama seminggu dan 4 item dah terjual. Syukur alhamdulillah! Saya tumpukan di eBay Malaysia sahaja dahulu untuk mengumpul feedback untuk orang percaya dengan kredibiliti saya sebagai penjual. Selepas ini baru saya akan tumpukan ke pasaran luar negara pulak. Saya masih lagi membuat kajian-kajian barangan yang popular di pasaran luar negara. Doakan kejayaan saya ye! :-D

Kamu semua by now mesti dah tau yang saya ini memang berminat sesangat dengan bisnes di internet ni. Insyaallah, kalau semuanya berjalan lancar, saya akan melancarkan kedai online saya tahun depan. Saya di peringkat mencari ’supplier’ dan mengumpul dana heheheee…..so kalau tahun depan, kamu tengok blog ini dikemaskini setiap hari, maknanya saya dah berenti kerja la tu! SOHO, best tak perkataan tu ‘Small Office, Home Office’. Dah lama saya idamkan, harap-harap mimpi ini menjadi kenyataanlah, di tahun hadapan.

Selama 3 tahun saya buat kajian tentang ‘online business’ ini. Dah banyak seminar dan ebook saya telah beli demi untuk menambahkan ilmu pendapatan di internet ini. Sekarang tibalah masanya saya membuat tindakan! Satu persatu ilmu itu telah saya adaptasikan. Walaupun pulangannya baru sedikit saya perolehi tapi saya yakin, saya akan berjaya dengan bisnes ini. Mony Boleh! Yeay! Fyi, saya make sure yang seminar dah ebook tu ada service support. Bukannya apa, almaklumlah faktor-faktor umur ekekekeke kite mudah lupa yang kite sudah pelajari so dari service support tu, kite boleh la refer balik dengan mereka. Apa pepatah melayu tu “alah membeli, menang memakai”? Betul ke? Iya lah, saya tak kisah nak untuk berbelanja demi untuk ilmu pengetahuan. Duit boleh cari beb! :-D

Sepanjang tempoh 3 tahun belajar tentang busines di internet ni, banyak jugak saya terjebak dengan penipuan (atau bahasa di internet ni, derang pakai nama SCAM) di internet ini. Dah banyak jugak duit saya kena ‘burn’. Hish! Memang tak patut! Takpe takpe, at least itu menjadi satu pengajaraan yang bermakna buat diri saya. Oleh itu, jikalau sesiapa yang ingin menceburkan diri dengan bisnes di internet ini. Anda bertuah kerana di bawah ini, ingin saya berkongsi satu artikel daripada jutawan internet kite, IRFAN KHAIRI. Beliau ada mengatakan cara-cara mengelakkan SCAM.

SILA LA BACA!

=========================================================
Cara mengelakkan diri daripada tertipu di Internet (SCAM)
=========================================================
Oleh: Irfan Khairi

Mony, dalam mengumpul kewangan dan menambahkan kekayaan, kita
bukan sahaja sepatutnya fikir bagaimana nak invest, bagaimana nak
jimat wang, bagaimana nak tambahkan pendapatan, dan sebagainya…
tetapi, kita perlu juga fikir bagaimana tidak mahu rugi/hilang/burn
wang kita…

Contoh:

* meminjam wang pada kawan, dan pinjaman tidak di bayar
(mungkin anda pernah terkena!)
* membuat pelaburan yang jelas merugikan (seperti beli rumah
untuk disewa di kawasan tiada permintaan)
* tertipu dengan program-program Inetrnet atau dikenali sebagai
SCAM

Tip saya kali ini, hendak kongsikan pada anda satu “formula” supaya
kita tidak rugi/hilang/burn duit kita pada SCAM (penipuan). Formula
ini berbunyi: NO SCAM!

N-O S-C-A-M

N bermaksud: NAME.

Siapakah nama di sebalik sesuatu pelaburan atau peluang perniagaan
tersebut. Sering kali, SCAM dilakukan oleh mereka yang suka
menyorokkan identiti mereka. Jadi, pastikan anda ketahui nama
sebenar dan juga maklumat peribadi siapakah yang mengendalikan
sesuatu pelaburan atau peluang menjana pendapatan itu.

O bermaksud: OVER PROMISE.

OVER PROMISE. Pelaburan atau peluang yang menjana pendapatan yang
diberikan adakah ianya over promising? Atau janji yang lebih-lebih
dan tak masuk akal? Ketahui bahawa menjana pendapatan yang lumayan
bukanlah perkara yang mudah. Mana ada goyang kaki, duit masuk
(melainkan bisnes menjahit). Kebanyakan SCAM akan menipu mangsa
dnegan cara membuat janji-janji manis berlebihan, atau OVER PROMISE!

S bermaksud: SEARCH.

Internet penuh dengan maklumat-maklumat. Dan maklumat di Internet
bersebar dengan pantas. Oleh itu, apa kata anda menggunakan
kekuatan Internet ini untuk membuat sedikit research. Anda perlu
membuat SEARCH atau CARIAN, terutamanya di Google.com. Masuk
http://www.Google.com dan lakukan research dengan cara type nama
pemilik program tersebut. Atau, typekan nama syarikat. Atau type
nama program atau sistem yang digunakan.

Dengan hanya menggunakan SEARCH di google, anda pasti akan
mengetahui banyak maklumat-maklumat seperti pelanggan tidak berpuas
hati, dan sebagainya. Cara ini amatlah efektif, tetapi, sayangnya,
ramai yang terjerat dalam SCAM, salah diri juga kerana tidak
melakukan research, dengan hanya menggunakan SEARCH di GOOGLE.COM!

C bermaksud: CONTACT.

Pastikan anda mempunyai contact details lengkap syarikat atau
perniagaan tersebut. Sekali lagi, mereka yang melakukan SCAM suka
menyorok dan berselindung. Jarang sekali mereka dedahkan alamat,
nombor telefon, cara hubungi, dan lain-lain. Sekiranya ada, apa
kata anda cuba hubungi secara offline untuk memastikan kewujudan
CONTACT details mereka. Ingat, wang anda dalam keadaan bahaya
sekiranya tertipu. Oleh itu, apa kata usaha lebih sikit supaya tak
terjerat!

A bermaksud: ASK.

Tanya orang ramai. Tanya kenalan-kenalan dan tanya juga pakar-pakar
industri! Jangan hanya tanya kenalan yang mempromosikan sesuatu
program tersebut, kerana mungkin mereka juga tertipu dengan SCAM.
Tanya orang lain juga supaya kita lebih banyak maklumat tentang
sesuatu program sebelum melaburkan our hard earned money! Islam
juga menggalakkan kita banyak bertanya untuk mendapat ilmu.
Pastikan anda mempunyai ilmu supaya tidak tertipu. Tanya - tanya
dan tanya lagi!

M bermaksud: MAKE SURE!

Pastikan anda melakukan kesemua di atas! Ulang kembali langkah
N-O-S-C-A-M sehingga anda 100% berpuas hati dan rasa selamat dengan
pelaburan anda. Sering kali mereka yang terjerat dengan SCAM,
sebenarnya, sebelum menyertai telah ada “rasa tak sedap hati”.
Tetapi, sebabkan perasaan “ingin tahu” dan juga “cepat kaya”
memenangi diri, maka, kita pun tertumpas dengan janji-janji manis
SCAM.

Sekiranya anda tertipu dengan SCAM, bukan sahaja anda rugi
WANG. tetapi, anda juga akan rugi MASA dan USAHA anda dalam
memperolehi dan menjana wang tersebut! Dan yang penting juga, anda
akan rugi dan kehilangan keyakinan anda dalam memulakan perniagaan
dan pelaburan yang sebenar. Bila hilang keyakinan, self esteem akan
kurang, dan kita mula stress… harapnya tidak terjadi pada kita ok?
:)

Baca kembali NO SCAM di atas dan fikirkan. Kalaulah semua kita
ikuti langkah-langkah ini, insyaallah tiadalah yang terjerat dengan
SCAM-SCAM yang berlaku keliling kita.

Bagi anda yang pernah terkena SCAM (harapnya tidak ramai lah dari
pembaca blog saya:)), apa kata anda rujuk semua di atas dan cuba
jawab point-point di atas. Adakah anda melakukan segalanya sebelum
terkena SCAM tersebut?

* N - NAME
* O - OVER PROMISE
* S - SEARCH
* C - CONTACT
* A - ASK
* M - MAKE SURE!

p/s…pssssstttttttt…..saya mendapat artikel ini dengan mendaftar di website beliau. Kalau nak dapat berita-berita terkini mengenai bisnes di internet, layari lah  website beliau. Apa lagi KLIK LA KAT SINI!

Dapatkan panduan memperolehi pendapatan lumayan di eBay hari ini!

Share/Save/Bookmark

Salam sejahtera semua,

Nampaknya Hari Raya Aidilfitri sudah ke penghujungnya so ramai la yang mengambil kesempatan untuk membuat rumah terbuka. Di tambahkan pulak cuti umum Deepavali jatuh kepada hari Isnin oleh itu berderet 3 hari la cuti minggu ini. Bagi yang keje ‘office hours’ tu memang la best tapi bagi saya yang keje industri retail ni, nak buat macammana, terpaksa keje la jawapannya. Nasib semalam saya dapat cuti. Dapat la saya pergi rumah terbuka kawan-kawan tahun ni :-D

Semalam sempat saya singgah ke Majlis Mesra Aidilfitri yang dikelolakan oleh rakan kite dari kelas 5P Hanizah Md Sani @ Along bagi rakan-rakan yang rapat dengan dia. Saya sampai agak lambat dan majlis pun sudah tamat sebenarnya. Walaupun badan saya masih terasa letih dek kena keje direct 13 hari tanpa cuti, mengingatkan lama tak jenguk Along, saya gagahkan jugak badan ni tuk pergi. Kawan punya pasal, takpe! :-D. Dari rumah saya ke Taman Keramat tu, bila dah masuk ke jalan depan Flat Keramat Jaya tu, saya jadi tercengang sebab dah banyak sangat perubahan dan pembangunan di kawasan tu sampai la ke Pasar Keramat. Rasa-rasanya dah bertahun saya tak menggunakan jalan tu, rasa macam ‘rusa masuk kampung’ :-D Bila dah sampai AU2 pulak, puas la pulak nak cari taman permainan depan rumah Along tu. Maklumlah, last saya pergi rumah dia, 20 tahun yang lepas wakakaka…mesti la pokok-pokok yang baru ditanam masa tu dah tinggi melampai dan mesti la padang permainan tu dah dilindungi. Nasib la saya ni bangsa minah sempoi, redah saja la. Alhamdullilah, sampai jugak akhirnya. Dari jauh Along dah jerit nama saya. Maluuuuuu!!!!!! Pakkal la saya dah kenal sangat Along ni, dengan muka selamba saya masuk dan bersalam dengan saki baki orang yang tinggal. Dan dengan muka tak malunya saya terus sambar makanan. Lapar beb! Purposely tak masak semalam sebab nak makan kat rumah terbuka. Yang paling bestnya memang dalam hati teringin nak makan ‘beehoon bodo’ (maknanya beehoon yang digoreng dengan tak banyak perencah). Kalau orang datang rumah terbuka mesti nak makan rendang, ketupat, nasi impit atau lain-lain la, tapi bagi saya pulak beehoon bodo tu jugak tetap pilihanku :-D Susah nak cari beb! Mesti korang ingat aku pelik. Itulah aku! Dah tak larat nak makan benda-benda tu sebab saya cepat muak. Kalau sekali sekala tu tak pe tapi kalau dah selalu tu muak jugak.

Diam tak dia Along dah jadi Ketua Wanita dan Ketua Cawangan Umno Kawasan Perumahan Andalas Taman Sri Keramat. Sapa sangka Along yang sempoi dan sama-sama sempoi dengan aku dan Biziah masa sekolah bole terlibat dengan politik. Caya la Long! Aku bangga dengan ko! Sempat lagi aku posing ambil gambar dengan dia. Cik Abang dia tak berapa tau guna kamera digital saya so jangan terperanjat ada gambar candid lak kat sini :-D

Ni dia gambar-gambar tu , korang klik jer kat gambar tu untuk gambar yang besar!
















Diselitkan juga gambar rumah terbuka saya (hari raya ke 5). Maaflah sebab tak jemput you all semua. Adik beradik saya jer dah 12 orang belum campur dengan anak-anak buah heheheee.. Raya ke 4, terbuka untuk teman-teman musician dan customer. Rumah saya kecil so tahun depan, saya dan housemate saya nak panggil caterer dan panggil saudara dan teman-teman kami serentak. Kena buat kat swimming pool nih! Besa skit kawasan tu. Tungguuuuuu……










Semoga Aidilfitri tahun ini disambut dengan meriah oleh semua!

Share/Save/Bookmark

Oct
23

Perkembangan Terkini

admin

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Saya baru menerima email daripada Mazita mengenai beberapa perkara :-

RUMAH TERBUKA HARI RAYA

Bagi semua warga SMPT87 yang mengenali Hanizah Md.Sani (Along untuk member-member rapat) (5P), anda dan keluarga dijemput hadir. Lihat detail di bawah ni:-

Tarikh : 25hb Oktober 2008 (Sabtu)

Masa : Bermula dari jam 2 petang

Lokasi : Padang permainan AU2A/11 (depan rumah dia)

Kalau u all nak contact no Along, sila call saya. Maleh nak publish kat sini, kang banyak pulak call yang tak sepatutnya :)

HAJI

Message daripada kawan kite Siti Rahayu Nordin (5G). Beliau dan suami akan berangkat untuk menunaikan ibadat Haji pada 6hb November 2008 (kapal terawal yg berlepas). Beliau ingin meminta ampun dan maaf kepada semua rakan-rakan yang mengenali beliau. Marilah kite bersama-sama mendoakan supaya beliau dan suami selamat pergi dan selamat pulang.

SELAMAT DATANG

Di sini ingin saya dan Mazita mengalu-alukan kedatangan Hayati Mohd. Yusup (5P). Ok geng! Warga SMPT87 ni dah semakin besar. Kalau terlanggar bahu kat luar sana, jangan la segan atau silu untuk bertegur sapa :)

p/s wa sempoi jer beb! Klu aku nampak you all atau cam muka, gerenti aku yang tak reti malu ni akan tegur.

Share/Save/Bookmark

Oct
10

EBay

admin

Salam sejahtera semua!

Arini adalah ari pertama saya kerja setelah cuti panjang sempena AidilFitri. Korang semua jangan jeles ye, saya terpaksa sebab cuti tahunan banyak lagi. Dah ambil tujuh hari, still tinggal lima hari, itu belum campur replacement off day saya. Takpe! Bulan depan ambil cuti lagi (provided, ada cukup staff) heheheee…Macammana dengan cuti AidilFitri kamu semua tahun ini? Keluarga dan kawan-kawan musician saya datang beraya di rumah saya tahun. First time buat open house setelah 8 tahun tinggal kat rumah tu. Pecah rekod! :) Nak patah pinggang jugak la dibuatnya (dah lama tak masak tuk orang ramai). Tahun depan, insyaallah saya dan housemate akan panggil catering jer untuk open house kami nanti. Buat kat swimming pool, lagi senang.

Hari Isnin lepas (6hb Okt.), sempat lagi saya pergi menuntut ilmu. Nak tau ilmu apa? Ilmu buat duit kat EBay hehehehe…maybe ramai dah tau pasal EBay ni dan mesti ramai akan kata saya ni suka membazir duit. Perasaan ingin tahu tu terlalu tebal dalam diri saya ni. Pelik! Macammana orang biasa bole buat part-time menjual barangan di EBay dan memperolehi pendapatan lebih daripada RM5K dalam sebulan. Tak kira la kena bayarpun (nasib dapat diskaun!heheee), janji saya dapat ilmu tu dengan orang yang pakar dalam bidang ni. Bagi saya, kalau nak menuntut tu, biarlah berguru dan make sure guru tu adalah pakar dalam bidang mereka. Lagipun dia ni dah ambil exam untuk jadi EBay Specialist dan jangan tak tau, saya pun ada EBay Certificate tau! (saya lum print lagi, toner habis la plak! :)

Saya belajar ni pun sebab kebetulan kawan ada bagi barangan dari Bali. Dia bawak masuk sekontena untuk bisnis tapi atas sebab-sebab tertentu, bisnis tu tak menjadi so saya pun tolong la kawan saya ni jualkan barangan tersebut.  Lagi pun banyak barang terpakai kat rumah saya tu. Daripada buang begitu saja, baik saya jual jer kat EBay. Bole la dapat duit poket skit. Maklum sajer la dah lepas cuti raya ni, poket saya ada berlubang skit ekekekek…Kalau saya dah abis ambil gambar barangan tu nanti, saya akan postkan url kedai EBay saya nanti ye! Kalau nak beli direct dari saya pun takpe. Dun worry! Saya akan bagi diskaun tuk kengkawan! :)

Pinjam kamera Nikon member semalam tapi yang bestnya, saya lupa nak ambil bateri charger dan USB Port kamera tu. Pandai tak? :)

p/s Saya tengah practice menulis dalam bahasa melayu walaupun tulisan saya ini dalam bahasa pasar. Tak kira la apa ajer lang terlintas dalam kepala ini, akan saya cuba menulis dengan sebaiknya. Zalina, HELP ME! :)

Share/Save/Bookmark