Salam,
Nampaknya saya ni membalas dendam sebab post pasal gambar-gambar memori ni dah terpadam semasa server hosting saya down dua tiga hari yang lepas. Geram saya dibuatnya. Pakkal jer la bulan puasa, sabar jer lah. Minggu ni jer dah dua kali server down. Takpelah, nasib gambar-gambar ni masih ada di akaun Photobucket saya so tak lah parah sangat tuk letakkan kat post ni tapi ulasan-ulasan tentang gambar tu jer la, saya dah lupa. Anyway, baru-baru ni Maidzatul Faidza ada kata yang dia langsung takde gambar masa main netball. Beb! dun worry. Aku ada la skit gambar tu. Gambar muka ko tengah ngantuk pun ada
Gambar-gambarnya…….
Klik untuk besarkan gambar
Ini gambar yang di ambil semasa kami tengah tunggu kengkawan yang lain tuk pergi kalau tak silap Sekolah (P) Air Panas kut tuk game yang seterusnya. Tengok la muka sorang-sorang yang keletihan tu. Hari sebelumnya pun ada game.
Klik untuk besarkan gambar
Yang ni lak, gambar kiteorang tengah practice kat padang diantara blok C dan D. Jangan tak tau ye, padang ni dah jadi surau. Lincahnya saya masa tu. Cuba la ajak saya main netball masa ni. Tak sampai 5 minit gerenti dah mengah hahahahaha….
Gambar ini pulak diambil semasa perlawanan netball antara kelas tahun ‘85 (kami di tingkatan 3). Saya terlupa lak yang saya ni di kelas 3P2. Mana ada 3PJingga masa tu….Kelas kami dapat nombor 2 kalau tak siap saya. Dalam gambar tu saya tengah ambil hadiah daripada Cikgu Fuad. Belakang saya pulak Rabiahton dan Saidah. Cuba tengok Along (Hanizah) kat belakang cikgu tu. Lar….apsal lak muka ko sedih jer Long. Kepenatan kut sebab dia yang menguruskan semuanya.
Klik untuk besarkan gambar
Faidz, ko kata takde gambar netball team kan? Nah! Amek ni. Ko tengok jer la gambar kite sume. Mata terpaksa dikecikkan sebab panas sangat hari tu. Tak tahan rasanya nak lawan matahari. Ayunya….Si Diana tu.

Klik untuk besarkan gambar
The Gangster Paradise
Shiha(Beb! ko kat Dubai lagi ke?), Sharon (where have u been? Contact me ok.), saya dan Saidah (mana lah pegi kawan aku sorang ni?).
p/s jangan lupa…..singgah-singah la selalu ke blog ni. Jangan malu dan jangan segan tuk tulis komen kat bawah tu








