MONY

Blog perkongsian maklumat terkini,foto,video,aktiviti dan pertemuan bekas pelajar SMPT

Jan
12

2nd Reunion- Gambar

admin

Salam,

Baru sahaja saya edit gambar 2nd reunion kita di Bora Ombak. Mak ai! Susah betul nak mengedit gambar tersebut sb original foto yang dihantar tu bersaiz kecil so edit sebaik mungkin untuk tatapan kamu semua. Berpeluh jugak la makcik nak edit. Software photoshop saya sudah ter’erase’ semasa laptop ni buat hal bulan lepas. Mahal woo…software tu. Cuba jugak cari cd software tu tapi saya dah tak ingat di mana saya letak. Dah bertahun pun. Mana nak ingat. Salah satu faktornya adalah faktor umur hehehheeee…saya mengaku diri ini dah semakin berumur :-D

As semua dah baca post yang sebelum ini, saya terjumpa Marziani di halaman social networking Facebook beberapa hari yang lepas so dia telah menyelongkar album dia tuk berkongsi gambar-gambar semasa reunion ke2 kita di Bora Ombak pada tahun 2006 yang lepas. Fuuuyoooo….dah 3 tahun berlalu beb! Cepat tul masa berlalu. Marziani! Terima kasih ye! Jasamu di kenang sebab ada jugak gambar saya kat album tu. Badan saya masa tu pun kecik sikit daripada sekarang wakakakaaaa….walau macam mana pun, ko tetap maintain! Sampaikan Biziah makan hati dengan ko. Azam dia tahun ni, nak kuruskan badan so dia boleh pakai baju cantik-cantik macam ko! Biziah, ko jangan marah aku postkan azam ko kat sini ek. Apa-apapun aku sokong ko 100 percent! Ko tunggu la, sikit masa nanti aku akan buka satu kedai online untuk semua orang yang mengalami masalah berat badan cam kita. Hidup mesti happy beb! Oi! Bila nak kuar makan dengan aku? Aku tengah free giler masa ni. Esuk-esuk bila aku dah mulakan projek, aku dah tak ada masa nak keluar.

Cukup la sampai di sini saya merapu. Enjoy the photo!

From Recently Updated
From Recently Updated
From Recently Updated
From Recently Updated
From Recently Updated

p/s Marziani dah donate gambar ni so yang lain-lain tu bila lagi? Jangan kemut sorang-sorang ek. Meh sini, kita share dengan semua orang. *Peace* :-D

Share/Save/Bookmark

Jan
10

Wedding

admin

Salam semuanya,

Sudah 3 ari saya berhenti keje. Syok giler rasanya dapat berehat kat rumah sambil melayari internet. Aman rasanya bila handphone saya sudah tak berdering-dering macam biasa. Sejuk sikit telinga ini heheheee….. Pagi tadi semasa melayari Facebook, ternampak kawan kite Marziani dari SMPT’87 - 5sc2 add saya di Facebook. Bila saya dah add, ternampak pulak dia online, apa lagi berborak sakan la. Best jugak layan Facebook ni. Orang lain tak boleh tenguk profile kita kalau dia belum jadi kawan so takde lah orang-orang yang tidak diingini ‘add’ kita.

Berbalik kepada Marziani, masa borak tu, dia bagitau saya yang kawan sekelas beliau Ajaq bernikah pada 1hb Januari yang lepas. Sumpah saya tak tau pun, kalau tak, mesti saya dah ‘attend wedding’ tu. Kan saya dah cakap di post yang sebelum ni, saya takakan menolak ‘wedding invitation’. Mana boleh lepaskan nasi minyak beb! Dah rindu nak makan nasi minyak heheheeeee….tapi takper, adik saya akan mendirikan rumah tangga juga akhir bulan ni so tak kempunan lah saya nak makan nasi minyak. Apa? Nak makan nasi minyak dari saya pulak? Korang tunggu la sampai berjanggut wakakkakakkaaaa…….. Siap la saya ni, adik dah kawin, kakak dia belum lagi sudah tentu la telinga saya ni akan cair 24hb Januari ni dengan ‘lecture’ dari makcik-makcik dan sepupu sekelian. Lariiiiii!!!!!!!!……..Nak tinggal kat London lah! :-D

Cukup! Ni ada gambar sekitar perkahwinan Ajaq di Bangunan Risda, Jalan Ampang. Gambar ni courtesy daripada Marziani, Marzita, kalau ko ada gambar lg, tolonglah emailkan kat aku ek!

Here’s the photo! Ajaq tak nampak tua pun!

Ajaq 5sc2 Wedding1

Ajaq 5sc2 Wedding

Photobucket

Photobucket

p/s….kalau ada sesiapa yang tengah mencari wedding photographer,kids photographer ataupun videographer KLIKLAH KAT SINI!

Share/Save/Bookmark



Salam semua, Arini saya baru mendapat satu resepi daripada kawan karib saya Chef Wan Noor Zamran. Walaupun dia tiada di tanahair buat masa ini kerana mendapat kontrak memasak di tanah suci Mekkah selama 2 bulan namun pembantunya bermurah hati untuk berkongsi resepi ini buat semua pembaca blog ini. Buat pengetahuan semua, Chef Wan Noor Zamran baru menyiapkan blog beliau. Kalau you all semua hendak membuat tempahan untuk kek atau cookies boleh la anda semua pergi ke blog beliau di SINI! Disamping tempahan kek dan pastri beliau juga ada mengadakan bengkel membuat kek dan pastri tetapi kelas hanya bermula pada bulan Januari. Anda boleh la menyemaknya di blog beliau. Oklah dibawah ini saya sertakan resepi terbaru beliau (maaf, resepinya di dalam bahasa Inggeris)

“CHOCOLATE ROCK’ COOKIES

INGREDIENT

Butter / Margarine - 175gm

Castor Sugar - 250gm

Egg - 1 nos

Cake Flour - 450gm

Baking Powder - 2 tspn

Raisin - 50gm

Choc Chip - 100gm

Cocoa Powder - 25gm

Melted chocolate for decoration. Optional decor item….m&m chocolate.

Method of Preparation

Beat butter and castor sugar with a wooden spoon in a mixing bowl until the mixture turn to light yellow or creamy color. (Creaming method) Do Not beat too long.

Add in egg in the mixing bowl, stir well.

Mix cake flour, cocoa powder, milk powder and baking powder in other bowl. Sieve the mixture of flour.

Then put in the sieve flour, bit by bit into the butter mixture and mix till form of dough.

Add in raisin and choc chip into the mixture and knead well.

Roll out the dough to desired thickness and cut out to form a shape to your liking.

Bake at 180 C for 15 to 20mins

Preparation for 20 to 25pcs each weighing about 50gm

Time of overall preparation - 45 mins.

Share/Save/Bookmark

Dapatkan panduan memperolehi pendapatan lumayan di eBay hari ini!

Salam buat semua!

Maafkan saya kalau you all menanti post terbaru dari saya. Minggu lepas, saya bercuti 4 hari kerana teman karib dari Sarawak yang telah menghilang diri bertahun-tahun tu, datang menjenguk saya di Kuala Lumpur ni. Orang kata “sambil menyelam, sambil minum air”, saya berbincang dengan kawan saya tu untuk menjadi supplier busines eBay saya hehehehe….jangan pulak kamu kata saya suka mengambil kesempatan! Saya akan bercerita pasal busines eBay ni pada orang-orang yang nak merubah keadaan kewangan family sahaja. Baik kite tunjuk kepada yang berminat sahaja. Kerja saya sebagai jurujual “fine watches” yang harus menerangkan pasal produk kepada pelanggan tu pun dah tak larat nak pikul. Biarlah saya jimatkan tenaga skit hehehee…Ooopssss….jangan marah ye! Anyway, saya mintak kawan saya tu tolong hantarkan barangan untuk saya jual di eBay. Fyi, saya pernah bekerja di Miri,Sarawak dahulu so kedai mana yang boleh bagi murah tu, saya dah tau. Aik! Rupa-rupanya dia tahu kedai yang boleh bagi harga yang lebih murah daripada kedai yang saya selalu beli tu (kalau kite orang Semenanjung nak pergi membeli-belah, baik bawak sekali kawan-kawan yang bole “madah Sarawak”[maksudnya boleh bercakap dalam bahasa Sarawak]. Baru boleh dapat diskaun lebih heheheee). Biasa la tu….mana-mana korang ‘travel’pun, kalau tak tau bahasa perantaraan negara tu, gerenti kena tipu dengan penjual. Haaa… jangan salah sangka ye, saya bukan begitu. bagi saya kalau nak jadi jurujual atau usahawan berjaya, mesti JUJUR dengan pelanggan. Baru la mereka ‘trust’ kite dan akan datang lagi mencari anda untuk berurusniaga.

Mengenai bisnes saya di eBay, walaupun dah tau lama tapi 2 minggu yang lepas saya memulakan langkah yang kedua saya ke arah menjadi usahawan eBay, menjual di eBay Malaysia. Alhamdulillah, saya list barangan selama seminggu dan 4 item dah terjual. Syukur alhamdulillah! Saya tumpukan di eBay Malaysia sahaja dahulu untuk mengumpul feedback untuk orang percaya dengan kredibiliti saya sebagai penjual. Selepas ini baru saya akan tumpukan ke pasaran luar negara pulak. Saya masih lagi membuat kajian-kajian barangan yang popular di pasaran luar negara. Doakan kejayaan saya ye! :-D

Kamu semua by now mesti dah tau yang saya ini memang berminat sesangat dengan bisnes di internet ni. Insyaallah, kalau semuanya berjalan lancar, saya akan melancarkan kedai online saya tahun depan. Saya di peringkat mencari ’supplier’ dan mengumpul dana heheheee…..so kalau tahun depan, kamu tengok blog ini dikemaskini setiap hari, maknanya saya dah berenti kerja la tu! SOHO, best tak perkataan tu ‘Small Office, Home Office’. Dah lama saya idamkan, harap-harap mimpi ini menjadi kenyataanlah, di tahun hadapan.

Selama 3 tahun saya buat kajian tentang ‘online business’ ini. Dah banyak seminar dan ebook saya telah beli demi untuk menambahkan ilmu pendapatan di internet ini. Sekarang tibalah masanya saya membuat tindakan! Satu persatu ilmu itu telah saya adaptasikan. Walaupun pulangannya baru sedikit saya perolehi tapi saya yakin, saya akan berjaya dengan bisnes ini. Mony Boleh! Yeay! Fyi, saya make sure yang seminar dah ebook tu ada service support. Bukannya apa, almaklumlah faktor-faktor umur ekekekeke kite mudah lupa yang kite sudah pelajari so dari service support tu, kite boleh la refer balik dengan mereka. Apa pepatah melayu tu “alah membeli, menang memakai”? Betul ke? Iya lah, saya tak kisah nak untuk berbelanja demi untuk ilmu pengetahuan. Duit boleh cari beb! :-D

Sepanjang tempoh 3 tahun belajar tentang busines di internet ni, banyak jugak saya terjebak dengan penipuan (atau bahasa di internet ni, derang pakai nama SCAM) di internet ini. Dah banyak jugak duit saya kena ‘burn’. Hish! Memang tak patut! Takpe takpe, at least itu menjadi satu pengajaraan yang bermakna buat diri saya. Oleh itu, jikalau sesiapa yang ingin menceburkan diri dengan bisnes di internet ini. Anda bertuah kerana di bawah ini, ingin saya berkongsi satu artikel daripada jutawan internet kite, IRFAN KHAIRI. Beliau ada mengatakan cara-cara mengelakkan SCAM.

SILA LA BACA!

=========================================================
Cara mengelakkan diri daripada tertipu di Internet (SCAM)
=========================================================
Oleh: Irfan Khairi

Mony, dalam mengumpul kewangan dan menambahkan kekayaan, kita
bukan sahaja sepatutnya fikir bagaimana nak invest, bagaimana nak
jimat wang, bagaimana nak tambahkan pendapatan, dan sebagainya…
tetapi, kita perlu juga fikir bagaimana tidak mahu rugi/hilang/burn
wang kita…

Contoh:

* meminjam wang pada kawan, dan pinjaman tidak di bayar
(mungkin anda pernah terkena!)
* membuat pelaburan yang jelas merugikan (seperti beli rumah
untuk disewa di kawasan tiada permintaan)
* tertipu dengan program-program Inetrnet atau dikenali sebagai
SCAM

Tip saya kali ini, hendak kongsikan pada anda satu “formula” supaya
kita tidak rugi/hilang/burn duit kita pada SCAM (penipuan). Formula
ini berbunyi: NO SCAM!

N-O S-C-A-M

N bermaksud: NAME.

Siapakah nama di sebalik sesuatu pelaburan atau peluang perniagaan
tersebut. Sering kali, SCAM dilakukan oleh mereka yang suka
menyorokkan identiti mereka. Jadi, pastikan anda ketahui nama
sebenar dan juga maklumat peribadi siapakah yang mengendalikan
sesuatu pelaburan atau peluang menjana pendapatan itu.

O bermaksud: OVER PROMISE.

OVER PROMISE. Pelaburan atau peluang yang menjana pendapatan yang
diberikan adakah ianya over promising? Atau janji yang lebih-lebih
dan tak masuk akal? Ketahui bahawa menjana pendapatan yang lumayan
bukanlah perkara yang mudah. Mana ada goyang kaki, duit masuk
(melainkan bisnes menjahit). Kebanyakan SCAM akan menipu mangsa
dnegan cara membuat janji-janji manis berlebihan, atau OVER PROMISE!

S bermaksud: SEARCH.

Internet penuh dengan maklumat-maklumat. Dan maklumat di Internet
bersebar dengan pantas. Oleh itu, apa kata anda menggunakan
kekuatan Internet ini untuk membuat sedikit research. Anda perlu
membuat SEARCH atau CARIAN, terutamanya di Google.com. Masuk
http://www.Google.com dan lakukan research dengan cara type nama
pemilik program tersebut. Atau, typekan nama syarikat. Atau type
nama program atau sistem yang digunakan.

Dengan hanya menggunakan SEARCH di google, anda pasti akan
mengetahui banyak maklumat-maklumat seperti pelanggan tidak berpuas
hati, dan sebagainya. Cara ini amatlah efektif, tetapi, sayangnya,
ramai yang terjerat dalam SCAM, salah diri juga kerana tidak
melakukan research, dengan hanya menggunakan SEARCH di GOOGLE.COM!

C bermaksud: CONTACT.

Pastikan anda mempunyai contact details lengkap syarikat atau
perniagaan tersebut. Sekali lagi, mereka yang melakukan SCAM suka
menyorok dan berselindung. Jarang sekali mereka dedahkan alamat,
nombor telefon, cara hubungi, dan lain-lain. Sekiranya ada, apa
kata anda cuba hubungi secara offline untuk memastikan kewujudan
CONTACT details mereka. Ingat, wang anda dalam keadaan bahaya
sekiranya tertipu. Oleh itu, apa kata usaha lebih sikit supaya tak
terjerat!

A bermaksud: ASK.

Tanya orang ramai. Tanya kenalan-kenalan dan tanya juga pakar-pakar
industri! Jangan hanya tanya kenalan yang mempromosikan sesuatu
program tersebut, kerana mungkin mereka juga tertipu dengan SCAM.
Tanya orang lain juga supaya kita lebih banyak maklumat tentang
sesuatu program sebelum melaburkan our hard earned money! Islam
juga menggalakkan kita banyak bertanya untuk mendapat ilmu.
Pastikan anda mempunyai ilmu supaya tidak tertipu. Tanya - tanya
dan tanya lagi!

M bermaksud: MAKE SURE!

Pastikan anda melakukan kesemua di atas! Ulang kembali langkah
N-O-S-C-A-M sehingga anda 100% berpuas hati dan rasa selamat dengan
pelaburan anda. Sering kali mereka yang terjerat dengan SCAM,
sebenarnya, sebelum menyertai telah ada “rasa tak sedap hati”.
Tetapi, sebabkan perasaan “ingin tahu” dan juga “cepat kaya”
memenangi diri, maka, kita pun tertumpas dengan janji-janji manis
SCAM.

Sekiranya anda tertipu dengan SCAM, bukan sahaja anda rugi
WANG. tetapi, anda juga akan rugi MASA dan USAHA anda dalam
memperolehi dan menjana wang tersebut! Dan yang penting juga, anda
akan rugi dan kehilangan keyakinan anda dalam memulakan perniagaan
dan pelaburan yang sebenar. Bila hilang keyakinan, self esteem akan
kurang, dan kita mula stress… harapnya tidak terjadi pada kita ok?
:)

Baca kembali NO SCAM di atas dan fikirkan. Kalaulah semua kita
ikuti langkah-langkah ini, insyaallah tiadalah yang terjerat dengan
SCAM-SCAM yang berlaku keliling kita.

Bagi anda yang pernah terkena SCAM (harapnya tidak ramai lah dari
pembaca blog saya:)), apa kata anda rujuk semua di atas dan cuba
jawab point-point di atas. Adakah anda melakukan segalanya sebelum
terkena SCAM tersebut?

* N - NAME
* O - OVER PROMISE
* S - SEARCH
* C - CONTACT
* A - ASK
* M - MAKE SURE!

p/s…pssssstttttttt…..saya mendapat artikel ini dengan mendaftar di website beliau. Kalau nak dapat berita-berita terkini mengenai bisnes di internet, layari lah  website beliau. Apa lagi KLIK LA KAT SINI!

Dapatkan panduan memperolehi pendapatan lumayan di eBay hari ini!

Share/Save/Bookmark

Dapatkan panduan memperolehi pendapatan lumayan di eBay hari ini!

Salam semua,

Seperti tajuk post untuk hari ini, memang ini adalah berita baik untuk para penjual di ebay kerana saya terjumpa satu artikel di akhbar KOSMO hari yang mengatakan kadar surcaj PosLaju dikurangkan kepada 23%. Seperti yang kite semua tahu yang cara terbaik untuk menghantar barang-barangan yang terjual kepada pembeli di ebay adalah dengan cara menghantarnya menggunakan servis PosLaju. Barangan yang dihantar boleh di semak di website Pos Malaysia siap dengan ‘trackking no’. Sebelum ini saya sudah mencuba membeli di laman web ebay Malaysia dan penjual telah menggunakan servis PosLaju ini. Servis memang cepat dan tepat. So far, saya tidak ada masalah untuk menggunakan perkhidmatan PosLaju ini. Cubalah! Kalau tak percaya. Bukan setakat itu sahaja, saya pernah menghantar jam tangan kepada pelanggan saya di luar negeri. Di bawah ini saya sertakan artikel tersebut bagi sesiapa yang takde kesempatan untuk membeli akhbar KOSMO hari ini….

ebook panduan ebay paling laris tahun 2008. dapatkan sekarang!

Artikelnya……

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad akan mengurangkan kadar surcaj bahan api bagi perkhidmatan penghantaran PosLaju daripada 25% kepada 23% berkuatkuasa hari ini berikutan keputusan kerajaan menurunkan harga bahan api di pasaran.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Faisal Albar dalam satu kenyataan memberitahu, penurunan surcaj bahan api itu bermakna harga barangan PosLaju yang biasa akan turun sebanyak 10 sen berbanding kadar lama.

“Kadar untuk barangan seberat 500 gram yang dihantar melalui PosLaju ke mana-mana lokasi di Semenanjung Malaysia akan dikurangkan daripada RM5.90 ke RM5.80 iaitu selepas cukai perkhidmatan kerajaan sebanyak 5%.

“Pengurangan surcaj itu adalah selari dengan aspirasi Pos Malaysia ke arah meringankan beban pelanggan,” katanya.

Jelas Syed Faisal, pihaknya turut mengalu-alukan usaha kerajaan menurunkan harga bahan api kerana ia akan membantu pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan PosLaju.

PosLaju sentiasa mengenakan surcaj bahan api yang terendah iaitu sebanyak 10% sehingga 30 September 2008 dan kadar itu ternyata lebih rendah berbanding kadar surcaj bahan api yang dikenakan oleh syarikat kurier lain iaitu 15% mulai Januari 2008 dan 25% sejak Julai 2008.

PosLaju akan memberi perkhidmatan yang cemerlang pada kadar yang lebih rendah. Kami akan sentiasa memantau kadar surcaj bahan api ini dan membuat perubahan sekiranya perlu berbuat demikian,”katanya.

ps….. psssstttttt…..apa yang di tunggu lagi? Mulakan langkah anda sebagai usahawan di ebay. Tak perlu nak ada banyak modal pun. Cari jer barang-barang yang ada disekeliling anda untuk permulaan. Kalau tak pasti bagaimana nak mula, haa…pegi la website NI! Beli jer ebook tu. Bukannya mahal sangat! Jangan takut untuk melabur sedikit untuk masa hadapan anda dan keluarga. Lagipun kalau anda beli ebook ini, anda akan dapat support forum. Di forum tertutup ini, anda akan berjumpa ramai lagi newbie macam saya :-D

MULAKAN LANGKAH PERTAMA ANDA DENGAN KLIK DI BANNER INI!

Share/Save/Bookmark