MONY

Blog perkongsian maklumat terkini,foto,video,aktiviti dan pertemuan bekas pelajar SMPT

Jan
12

2nd Reunion- Gambar

admin

Salam,

Baru sahaja saya edit gambar 2nd reunion kita di Bora Ombak. Mak ai! Susah betul nak mengedit gambar tersebut sb original foto yang dihantar tu bersaiz kecil so edit sebaik mungkin untuk tatapan kamu semua. Berpeluh jugak la makcik nak edit. Software photoshop saya sudah ter’erase’ semasa laptop ni buat hal bulan lepas. Mahal woo…software tu. Cuba jugak cari cd software tu tapi saya dah tak ingat di mana saya letak. Dah bertahun pun. Mana nak ingat. Salah satu faktornya adalah faktor umur hehehheeee…saya mengaku diri ini dah semakin berumur :-D

As semua dah baca post yang sebelum ini, saya terjumpa Marziani di halaman social networking Facebook beberapa hari yang lepas so dia telah menyelongkar album dia tuk berkongsi gambar-gambar semasa reunion ke2 kita di Bora Ombak pada tahun 2006 yang lepas. Fuuuyoooo….dah 3 tahun berlalu beb! Cepat tul masa berlalu. Marziani! Terima kasih ye! Jasamu di kenang sebab ada jugak gambar saya kat album tu. Badan saya masa tu pun kecik sikit daripada sekarang wakakakaaaa….walau macam mana pun, ko tetap maintain! Sampaikan Biziah makan hati dengan ko. Azam dia tahun ni, nak kuruskan badan so dia boleh pakai baju cantik-cantik macam ko! Biziah, ko jangan marah aku postkan azam ko kat sini ek. Apa-apapun aku sokong ko 100 percent! Ko tunggu la, sikit masa nanti aku akan buka satu kedai online untuk semua orang yang mengalami masalah berat badan cam kita. Hidup mesti happy beb! Oi! Bila nak kuar makan dengan aku? Aku tengah free giler masa ni. Esuk-esuk bila aku dah mulakan projek, aku dah tak ada masa nak keluar.

Cukup la sampai di sini saya merapu. Enjoy the photo!

From Recently Updated
From Recently Updated
From Recently Updated
From Recently Updated
From Recently Updated

p/s Marziani dah donate gambar ni so yang lain-lain tu bila lagi? Jangan kemut sorang-sorang ek. Meh sini, kita share dengan semua orang. *Peace* :-D

Share/Save/Bookmark

Salam semua!

Perjumpaan kali ni memang di tunggu oleh aku sb tahun yg sebelumnya aku terlepas dek kena keje kat Brunei. Mmg best giler! Aku seronok dpt berborak dgn kengkwn lama, kalau sesiapa yg aku tak sempat borak,korang jgn amek ati ek. Mintak ampun! Aku tetap seperti dulu, dgn sesapa pun aku kawan, tak pilih bulu. Perangai minah sempoi tu tetap kat crown aku ni :). Jap2 sebelum aku lupa, aku nak tunjuk gambar sebelum dan selepas hehehe….

NI GAMBAR SEBELUM.


Mak ai! Cun nya budak 2 org ni. Slim giler! lol! Gambar di ambil kat depan bilik guru (cikgu mana tah yang tolong amekkan gambar. Dh lupa! Kelaskan, cikgu tlg amek kan..lol)

Bersedia untuk tgk gambar selepas!

SELEPAS!


Hahahah..dia gambar selepas aku kena sumpah! Kena sumpah sebab dah lama tak excersize. Camni la jadinya ekekeke…Nampak tu! Aku nyorok belakang Sam supaya badan nampak kecik skit wakakaka..

As promise, ni dia gambar sekitar reunion yang ke 2. Gambar ni jer yang ada kat aku, tu pun courtesy drp Suzieyana…









 KLIK UNTUK BESARKAN GAMBAR

Ni sume gambar2 wanita2 jelita SMPT. Abang2 punya gambar, saya takde lagi tp takpe. Saya akan update gambar2 yg lain bile dah dpt ye. Harap sume dapat bersabar :) . Bulan Ramadhan, bulan yang mulia so harap dapat bersabar hehehe…

Jumpa lagi di lain ari..Tunggu……..

p/s sapa2 yang ada gambar2 lama n gambar masa aktiviti yang lalu, jangan la kemut sorang. Hantar la gambar tu ke email saya ye.

Share/Save/Bookmark