Assalamualaikum semua,
Lama sungguh saya tidak update blog ini. Maafkan saya ye. Saya sebenarnya masih lagi di Singapura. Sudah sebulan lamanya saya di sini. Mesti ada yang tertanya-tanya apa yang saya buat di sini. Saya di sini menemani kawan serta anak dia kerana suami dia pergi outstation. Kebetulan saya sudah berhenti kerja, boleh la saya melepak kat sini lama-lama
Bukan sekadar melepak saja ye. Sempat saya membuat satu blog untuk update kegiatan anak mereka kepada si suami. Almaklum jer la. Sapa yang tak sayang anak. Kalau si suami yang mencari rezeki di luar sana, hendak buat macammana. By the time dia sampai rumah, anak membesar dengan cepat. Banyak yang dia akan ketinggalan so saya la yang menjadi photographer ataupun jadi videographer mereka. Lapang la sikit dada si suami bila dapat menatap video anaknya.
Saya set-up blog di blogger.com sahaja. Senang. Dah la free, dah tu senang nak update pulak. Bila dah set-up, just upload saja gambar-gambar ataupun video untuk tatapan umum. Tak sangka jugak, tak sampai sebulan, ramai jugak pengunjung di blog tu. Bangga sekejap saya.
Saya menggunakan Microsoft Windows 2000 di sini, which saya tak berapa familiar dengan fungsi-fungsinya. Redah sajalah! Nak buat macamana tapi alhamdullillah, dapat jugak saya harungi. Tidak banyak software yang saya dapat gunakan untuk edit video dan header blog tu. Semuanya kena tunggu sampai saya pulang ke KL. Saya upload jer dulu video-video dan gambar-gambar tu. Ada hikmah jugak disebalik tak cukup software ni. Sedar tak sedar, kreatif jugak saya ni. Kadang-kadang kalau semuanya di depan mata, kita akan jadi malas dan tidak kreatif. Bila dah takder, meraban cari alternative. Bole jugak kita tengok kalau-kalau kita ni jenis orang yang suka cari jalan penyelesaian. Kat Singapura ni, saya tak berani nak download software sebarangan. Kang silap sikit kena sama. Tak mampu nanti saya nak bayar sama tu. Mesti ingat kat sini pakai SGD, dah tu exchange rate dia tinggi. Fuh! Penat nak cari duit tuk membayarnya.
p/s pergi la tengok blog tu kat SINI! Jenuh jugak nak mencari dan ’sort out’ gambar-gambar lama. Berhari-hari jugak la nak siapkan post yang pertama tu.
p/p/s kalau anda hendak buat blog yang begitu, call ataupun pakai la contact form kat atas tu tuk berhubung dengan saya. Don’t worry. Saya bagi harga special untuk kawan-kawan. Mesti ingat, blog tu memang senang nak buat tapi yang melambatkan keje adalah nak memilih gambar dan video.
p/p/p/s saya akan pulang ke KL pada akhir bulan ini. Ha! Tak reti-reti nak pegi minum kopi! Rindu kat keluarga dan kawan-kawan. Dah lama saya tidak pergi outstation sebegini lama





