MONY

Blog perkongsian maklumat terkini,foto,video,aktiviti dan pertemuan bekas pelajar SMPT

Salam semua,

Apa khabar? Harap-harap semuanya sihat disamping keluarga. Sibuk sungguh saya 2 minggu ni. Hari ini baru ada masa untuk update blog ni. Semalam. seharian saya edit foto dan video sekitar majlis pernikahan adik perempuan saya. Itu pun foto dan video koleksi daripada kamera saya dan abang. Untuk makluman semua, yang bernikah ni adalah adik nombor 11 saya. Besarkan nombor tu. Ialah, saya dibesarkan di dalam keluarga yang besar. 12 semuanya, itupun yang masih hidup. Kalau tak, 14 semuanya. Hahahaaa…..satu team bola sepak! Cuba anda semua bayangkan keadaan kami masa kecil-kecil dulu. Bagi ibu-ibu yang suka mengeluh untuk menjaga anak-anak masing-masing, bersyukurlah. Rasanya tidak ada lagi kawan-kawan kita yang ada anak sampai 12 orang. Bayangkanlah betapa tabahnya arwah ibu saya demi untuk menjaga kami semua. Sebab tu saya pandai menguruskan hal ehwal rumah dan ‘baby’. Saya telah dapat ‘training’ secukupnya sejak daripada umur saya 6 tahun :-D. Bukan setakat adik-adik  (ada 5 orang bawah saya) tapi sampailah ke anak buah. Mungkin sebab itu saya masih single hahahaaa…..alasan….

Masa hari pernikahan tu, sayu jugak tengok adik saya tu, ialah….rasanya macam baru semalam saya nampak dia dengan baju sekolah. Tup-tup dah berumur jugak adik saya tu. Tahun ni 30 tahun umur dia, disebabkan badan dia yang kecil, tak nampak yang dia sudah mencecah 30 tahun. Alhamdullillah….semuanya berjalan lancar. Suami dia tu, kawan sekelasnya jugak. Terus teringat kat Raja Ana dan Hisyam. Bercinta masa sekolah terus ke jinjang pelamin, Saadiah dan Rahman juga. Itu yang saya teringat, siapa lagi ye?

Semasa majlis pernikahan adik saya, kami 12 adik beradik berkumpul sampaikan abang saya yang kat Kuching, Sarawak pun dapat pulang walaupun isterinya baru bersalin anak mereka yang ke 5. Last kami dapat berkumpul beramai-ramai adalah 4 tahun yang lepas semasa arwah ibu tercinta meninggalkan kami. Boleh dilihat di muka masing-masing, betapa gembiranya rasa di hati terutamanya abang pertama saya. Kami tidak pandai hendak menunjukkan kasih sayang sesama keluarga kerana ialah, dalam keluarga yang besar macam kami, arwah ibu sentiasa sibuk menguruskan rumah dan anak-anak tapi saya dapat merasakan kemesraan itu bila dah berumur ni :-D

Saya ni memang susah untuk mengeluarkan airmata tapi bila majlis akad nikah (bapa pengantin lelaki yang menjalankan acara akad nikah tu) dan sudah sah akad nikah tu, bergenang jugak airmata saya. Kini adik saya sudah bergelar isteri orang. Memang sudah tradisi keluarga kami, arwah ibu akan memberikan tips-tips hal ehwal rumahtangga tapi sebabkan ibu sudah tiada lagi, tanggungjawab ini diambil alih oleh kakak atas saya (kakak yang paling tua tidak qualified sebab dia pun masih single :-D). Sehari sebelum akad nikah, Mawar (nama adik saya) kena lecture dengan kakak saya tu. Lepas tu masak jugak adik saya kena usik dengan kakak serta abangnya heheheeee……

Adik saya ni tidak pernah make-up, so bila sudah disiapkan oleh adik bongsu saya tu, Wah! Muka dia macam patung. Cantik! Berseri muka dia. Silalah tengok foto-foto dan video dibawah tu!

SILA KLIK DI BAWAH UNTUK MELIHAT

MY SISTER\’S WEDDING PHOTO

KLIK SINI untuk melihat video yang saya upload di YouTube sehari sebelum hari persandingan.

Share/Save/Bookmark

Sep
28

Gambar

admin

Salam,

Nampaknya saya ni membalas dendam sebab post pasal gambar-gambar memori ni dah terpadam semasa server hosting saya down dua tiga hari yang lepas. Geram saya dibuatnya. Pakkal jer la bulan puasa, sabar jer lah. Minggu ni jer dah dua kali server down. Takpelah, nasib gambar-gambar ni masih ada di akaun Photobucket saya so tak lah parah sangat tuk letakkan kat post ni tapi ulasan-ulasan tentang gambar tu jer la, saya dah lupa. Anyway, baru-baru ni Maidzatul Faidza ada kata yang dia langsung takde gambar masa main netball. Beb! dun worry. Aku ada la skit gambar tu. Gambar muka ko tengah ngantuk pun ada :)

Gambar-gambarnya…….

 Klik untuk besarkan gambar

Ini gambar yang di ambil semasa kami tengah tunggu kengkawan yang lain tuk pergi kalau tak silap Sekolah (P) Air Panas kut tuk game yang seterusnya. Tengok la muka sorang-sorang yang keletihan tu. Hari sebelumnya pun ada game.

Klik untuk besarkan gambar

Yang ni lak, gambar kiteorang tengah practice kat padang diantara blok C dan D. Jangan tak tau ye, padang ni dah jadi surau. Lincahnya saya masa tu. Cuba la ajak saya main netball masa ni. Tak sampai 5 minit gerenti dah mengah hahahahaha….


 Klik untuk besarkan gambar

Gambar ini pulak diambil semasa perlawanan netball antara kelas tahun ‘85 (kami di tingkatan 3). Saya terlupa lak yang saya ni di kelas 3P2. Mana ada 3PJingga masa tu….Kelas kami dapat nombor 2 kalau tak siap saya. Dalam gambar tu saya tengah ambil hadiah daripada Cikgu Fuad. Belakang saya pulak Rabiahton dan Saidah. Cuba tengok Along (Hanizah) kat belakang cikgu tu. Lar….apsal lak muka ko sedih jer Long. Kepenatan kut sebab dia yang menguruskan semuanya.

 Klik untuk besarkan gambar

Faidz, ko kata takde gambar netball team kan? Nah! Amek ni. Ko tengok jer la gambar kite sume. Mata terpaksa dikecikkan sebab panas sangat hari tu. Tak tahan rasanya nak lawan matahari. Ayunya….Si Diana tu.
 


Klik untuk besarkan gambar

The Gangster Paradise :) Shiha(Beb! ko kat Dubai lagi ke?), Sharon (where have u been? Contact me ok.), saya dan Saidah (mana lah pegi kawan aku sorang ni?).

p/s jangan lupa…..singgah-singah la selalu ke blog ni. Jangan malu dan jangan segan tuk tulis komen kat bawah tu :)

Share/Save/Bookmark

Sep
28

Senior

admin

Assalamualaikum semua,

Mesti semuanya tengah busy buat persiapan raya hari ni. Saya pulak masih berkerja dan cuti start 30hb nanti tapi mood raya tu semakin terasa sampaikan terasa malas pulak nak kerja. Dun worry! Walau camner pun, saya akan tetap motivate diri saya supaya jangan malas :)

Sebenarnya saya ada buat dua post sebelum ini tapi disebabkan server down 2 kali dalam minggu ni, tah mana perginya post-post tu. Saya pulak dah lupa nak buat back up copy. Hish! Careless betui saya ni kan. Terpaksa la buat balik. To cut the story short, aritu saya cuba check blog ni dia google, tup-tup ternampak satu lagi blog SMPT. Blog ni dipunyai oleh abang senior kite. Saya rasa non of us know him sebab dia last kat SMPT tahun ‘82 dan kite pulak mula belajar di SMPT tahun ‘83. Abang dan kakak saya kenal la abang ni. Kalau tak silap nama dia Abang Mohd. Noh. Kalau you all senang, silalah layari blog abang ni di http://smpt82.blogspot.com ataupun klik jer sidebar under blogroll. Kalau dah layari, mesti you all perasan yang mereka ni pun dah buat reunion gak. Kalau tak silap nampak gambar Puan Norlia jugak. Derang adakan sesi karaoke sekali hehehe.. Masa ni la nak tengok bakat guru-guru kite tu ye.

Okay lah. Setakat ni dulu post kali ini. Saya akan letakkan gambar-gambar nostalgia di SMPT lagi lepas ni. Bagi saya upload dulu kat Photobucket ye.

Wassalam.

Share/Save/Bookmark

Salam semua!

Perjumpaan kali ni memang di tunggu oleh aku sb tahun yg sebelumnya aku terlepas dek kena keje kat Brunei. Mmg best giler! Aku seronok dpt berborak dgn kengkwn lama, kalau sesiapa yg aku tak sempat borak,korang jgn amek ati ek. Mintak ampun! Aku tetap seperti dulu, dgn sesapa pun aku kawan, tak pilih bulu. Perangai minah sempoi tu tetap kat crown aku ni :). Jap2 sebelum aku lupa, aku nak tunjuk gambar sebelum dan selepas hehehe….

NI GAMBAR SEBELUM.


Mak ai! Cun nya budak 2 org ni. Slim giler! lol! Gambar di ambil kat depan bilik guru (cikgu mana tah yang tolong amekkan gambar. Dh lupa! Kelaskan, cikgu tlg amek kan..lol)

Bersedia untuk tgk gambar selepas!

SELEPAS!


Hahahah..dia gambar selepas aku kena sumpah! Kena sumpah sebab dah lama tak excersize. Camni la jadinya ekekeke…Nampak tu! Aku nyorok belakang Sam supaya badan nampak kecik skit wakakaka..

As promise, ni dia gambar sekitar reunion yang ke 2. Gambar ni jer yang ada kat aku, tu pun courtesy drp Suzieyana…









 KLIK UNTUK BESARKAN GAMBAR

Ni sume gambar2 wanita2 jelita SMPT. Abang2 punya gambar, saya takde lagi tp takpe. Saya akan update gambar2 yg lain bile dah dpt ye. Harap sume dapat bersabar :) . Bulan Ramadhan, bulan yang mulia so harap dapat bersabar hehehe…

Jumpa lagi di lain ari..Tunggu……..

p/s sapa2 yang ada gambar2 lama n gambar masa aktiviti yang lalu, jangan la kemut sorang. Hantar la gambar tu ke email saya ye.

Share/Save/Bookmark