Salam semua,
Rasa-rasanya bahang hari raya masih terasa nih! Cuti hujung minggu lepas mesti ramai yang pergi rumah terbuka. Jangan-jangan ramai yang amek MC ari Isnin sebab sakit perut terkena cirit birit hahahaaa…yang ini memang alasan yang selalu digunakan. Entah lah! Saya tak pernah ambil MC, bukan nak kata baik sangat tapi bersyukur kepada Allah SWT kerana mengkurniakan kesihatan yang baik untuk saya. Lagi pun saya ni, bangsa tak suka duduk saja. Ada saja benda yang nak di buat atau nak di rancang. Sampaikan masa cuti raya aritu, sempat pergi kursus serta ambil part-time job tuk memenuhkan masa yang terluang. Tak pe lah. Biar bersusah-susah dahulu, mana tau esuk-esuk kalau ada rezeki lebih, masa tu bole la lepak saja heheheeeee….
Baik la! Saya sebenarnya hendak bagitau kepada semua yang Abang Nizam sekarang ini menyanyi di Bosa Nova, Park Royal Hotel, Kuala Lumpur. Kontrak keje dia kalau tak silap saya, sampai bulan Disember ni, tapi selalunya mesti kena extend lagi sebulan dua.Biasa la tu! Dengan cara keje yang disiplin dan pandai berinteraksi dengan ‘guest’, membuatkan Abang Nizam sudah ada “follower”. Ke mana saja dia bekerja di Kuala Lumpur atau Petaling Jaya, mesti ada regular customer dia. Abang Nizam disertai oleh seorang lagi penyayi perempuan (haaa…..dia ni housemate saya!) dan dua orang musician (guitarist dan keyboardist)
Kalau yang suka lagu-lagu latin atau pun yang suka menari salsa, dua kali sebulan, hari Jumaat, korang bole tengok ramai penari-penari salsa atau ballroom kat sini. Kebanyakkan mereka ni saya pun dah kenal jugak sebab masa saya kerja dengan Abang Nizam di Holiday Villay, Subang, muka-muka ni jugak yang akan kite nampak. Hari Sabtu minggu lepas, saya ada pergi ke sana untuk melihat persembahan dia, saya perasan ada jugak muka-muka baru yang menari ballroom dan salsa ni. Mungkin, mereka ni baru belajar menari kut! Lain macam jer tarian mereka
Keras semacam wakakaka..
Selalunya kumpulan-kumpulan ni di ketuai oleh dance instructor. Mereka akan pergi ke tempat-tempat ini untuk berlatih. Senangkan! Kalau yang berminat tetapi tak cukup duit nak sertai kelas tarian tu, korang datang jer ari Jumaat. Ikut jer derang menari. Sebulan atau 2 bulan, gerenti dah pandai tapi kalau yang dah kaki bangku dan keras tu, nasihat saya, pergi la kelas hahahahahaaa…..jangan marah tau, saya bergurau jer. Kalau dah minat, why not! Keluarkan duit sikit.
Ni ada saya sertakan video daripada YouTube untuk tatapan mereka-mereka yang tak tau apa itu tarian Salsa. Kalau nak diterangkan, memang tak cukup page. Menjela-jela la jadinya “post” arini nanti.
Amacam geng! Ada rasa nak menari tak? Kalau yang badan dah makin slim cam saya ni hahahahaha….memang patut belajar tarian ni. Takyah la nak bazirkan duit beli treadmill atau join gym
Senaman paling efektif. Sambil dengar lagu, sambil mengoyangkan badan. Janji keluar peluh. Betul tak? KaLau tak pun pandai-pandai la cari geng-geng menari Poco-poco..cheeeewwwaaaahhhh!
So kalau agak-agak nak pergi berhibur di hujung minggu tu, jangan lupa telepon saya ye! Bole la kite bersenam bersama-sama. Oh ya! Korang bole bawak anak-anak sekali sebab tempat ni macam Bora Ombak jugak, tempat makan-makan.
Okay, setakat ini saja dulu. Ke temu di lain post. ENJOY!






