Salam sejahtera semua,
Apakah azam tahun 2009 anda? Adakah anda ingin menguruskan badan? Cari pendapatan sampingan? Cari kerja baru? Cari isteri baru? kahkahkahkah….(ada yang kena pukul sat ni nanti!). Ini adalah sebahagian daripada azam-azam yang mungkin tercatit di diari anda semua. Ini pulak adalah sebahagian azam tahun baru saya :-
1) Ingin lebih mendekatkan diri dengan Allah S.W.T (insyaallah, sekarang sedang diimplitasikan)!
2) Berhenti daripada kerja sekarang (hari akhir saya adalah 7hb Januari 2009)
3) Bekerja sendiri (akan diimplitasikan seminggu selepas tarikh akhir bekerja saya)
4) Pergi bercuti dengan rakan-rakan lama (kalau tidak ada aral melintang 11hb hingga 15hb Jun 2009, saya akan ke Bali, Indonesia dengan teman-teman lama)
5) Projek internet marketing ( di peringkat akhir, akan di ‘launch’ sedikit masa lagi. Saya akan umumkan nanti ye!)
Azam ini sahaja yang dapat saya paparkan buat anda semua, yang selainnya…..ehm ehm…tak boleh nak paparkan atas alasan-alasan tertentu
Bagaimana pulak anda? Saya tahu, bukan senang untuk kita memenuhi semua azam-azam itu. Buatlah yang terdaya. Kalau anda rasa anda berdisiplin dan ingin mencapai lebih daripada itu. Buatlah bersungguh-sungguh ye. Bukan senang nak senang! Di mana saya dengar perkataan ini ye? Dah terlampau banyak artikel dan buku-buku motivasi yang telah saya baca, sebab itu tak boleh nak ‘recall’ ;-D
Tahun 2009 ini, adalah tahun saya mengambil semua tindakan. Asyik pergi seminar dan membaca sahaja. Saya yakin, saya BOLEH! Tidak ada alasan tiada masa lagi buat saya. Akan saya implimentasikan satu per satu apa yang telah saya belajar! MONY BOLEH!!!! Dengar tu! Saya melaungkan sekuat hati saya ini sampai cleaner kat tempat kerja ni pun ingat saya dah gila hahahahaaaaa….. akan saya kejar kembali masa yang telah saya buang selama ini. Sesuatu projek itu akan saya buat macam esuk dah tak ada lagi (ini untuk membuang sifat suka bertangguh). Buat yang terbaik! Kita semua ini adalah manusia biasa, tak lari daripada melakukan kesilapan so pandai-pandai la suruh pasangan anda mengingatkan anda. Haiii…..saya ni yang takde pasangan, nak suruh sapa lak yang ingatkan? Alamat suruh housemate saya jer la yang ingatkan saya. Takpe, takpe. Saya akan make sure yang saya akan sentiasa bersemangat! Hidup mesti selalu ceria dan gembira selalu. Bukan begitu?
Akhir kata, mari kite renung kembali apa yang kite telah capai dalam tahun 2008? Hummmm……..Peace!
p/s…. silalah tengok lagu azam baru daripada YouTube ini! Enjoy!
p/p/s pissssstttt….jangan lupa tengok lirik lagu tu kat sebelah kanannya ye. Nak tergelak pun ada. cam terkena batang hidung sendiri





