MONY

Blog perkongsian maklumat terkini,foto,video,aktiviti dan pertemuan bekas pelajar SMPT

Jan
10

Wedding

admin

Salam semuanya,

Sudah 3 ari saya berhenti keje. Syok giler rasanya dapat berehat kat rumah sambil melayari internet. Aman rasanya bila handphone saya sudah tak berdering-dering macam biasa. Sejuk sikit telinga ini heheheee….. Pagi tadi semasa melayari Facebook, ternampak kawan kite Marziani dari SMPT’87 - 5sc2 add saya di Facebook. Bila saya dah add, ternampak pulak dia online, apa lagi berborak sakan la. Best jugak layan Facebook ni. Orang lain tak boleh tenguk profile kita kalau dia belum jadi kawan so takde lah orang-orang yang tidak diingini ‘add’ kita.

Berbalik kepada Marziani, masa borak tu, dia bagitau saya yang kawan sekelas beliau Ajaq bernikah pada 1hb Januari yang lepas. Sumpah saya tak tau pun, kalau tak, mesti saya dah ‘attend wedding’ tu. Kan saya dah cakap di post yang sebelum ni, saya takakan menolak ‘wedding invitation’. Mana boleh lepaskan nasi minyak beb! Dah rindu nak makan nasi minyak heheheeeee….tapi takper, adik saya akan mendirikan rumah tangga juga akhir bulan ni so tak kempunan lah saya nak makan nasi minyak. Apa? Nak makan nasi minyak dari saya pulak? Korang tunggu la sampai berjanggut wakakkakakkaaaa…….. Siap la saya ni, adik dah kawin, kakak dia belum lagi sudah tentu la telinga saya ni akan cair 24hb Januari ni dengan ‘lecture’ dari makcik-makcik dan sepupu sekelian. Lariiiiii!!!!!!!!……..Nak tinggal kat London lah! :-D

Cukup! Ni ada gambar sekitar perkahwinan Ajaq di Bangunan Risda, Jalan Ampang. Gambar ni courtesy daripada Marziani, Marzita, kalau ko ada gambar lg, tolonglah emailkan kat aku ek!

Here’s the photo! Ajaq tak nampak tua pun!

Ajaq 5sc2 Wedding1

Ajaq 5sc2 Wedding

Photobucket

Photobucket

p/s….kalau ada sesiapa yang tengah mencari wedding photographer,kids photographer ataupun videographer KLIKLAH KAT SINI!

Share/Save/Bookmark