Salam sejahtera semua,
Nampaknya Hari Raya Aidilfitri sudah ke penghujungnya so ramai la yang mengambil kesempatan untuk membuat rumah terbuka. Di tambahkan pulak cuti umum Deepavali jatuh kepada hari Isnin oleh itu berderet 3 hari la cuti minggu ini. Bagi yang keje ‘office hours’ tu memang la best tapi bagi saya yang keje industri retail ni, nak buat macammana, terpaksa keje la jawapannya. Nasib semalam saya dapat cuti. Dapat la saya pergi rumah terbuka kawan-kawan tahun ni
Semalam sempat saya singgah ke Majlis Mesra Aidilfitri yang dikelolakan oleh rakan kite dari kelas 5P Hanizah Md Sani @ Along bagi rakan-rakan yang rapat dengan dia. Saya sampai agak lambat dan majlis pun sudah tamat sebenarnya. Walaupun badan saya masih terasa letih dek kena keje direct 13 hari tanpa cuti, mengingatkan lama tak jenguk Along, saya gagahkan jugak badan ni tuk pergi. Kawan punya pasal, takpe! :-D. Dari rumah saya ke Taman Keramat tu, bila dah masuk ke jalan depan Flat Keramat Jaya tu, saya jadi tercengang sebab dah banyak sangat perubahan dan pembangunan di kawasan tu sampai la ke Pasar Keramat. Rasa-rasanya dah bertahun saya tak menggunakan jalan tu, rasa macam ‘rusa masuk kampung’
Bila dah sampai AU2 pulak, puas la pulak nak cari taman permainan depan rumah Along tu. Maklumlah, last saya pergi rumah dia, 20 tahun yang lepas wakakaka…mesti la pokok-pokok yang baru ditanam masa tu dah tinggi melampai dan mesti la padang permainan tu dah dilindungi. Nasib la saya ni bangsa minah sempoi, redah saja la. Alhamdullilah, sampai jugak akhirnya. Dari jauh Along dah jerit nama saya. Maluuuuuu!!!!!! Pakkal la saya dah kenal sangat Along ni, dengan muka selamba saya masuk dan bersalam dengan saki baki orang yang tinggal. Dan dengan muka tak malunya saya terus sambar makanan. Lapar beb! Purposely tak masak semalam sebab nak makan kat rumah terbuka. Yang paling bestnya memang dalam hati teringin nak makan ‘beehoon bodo’ (maknanya beehoon yang digoreng dengan tak banyak perencah). Kalau orang datang rumah terbuka mesti nak makan rendang, ketupat, nasi impit atau lain-lain la, tapi bagi saya pulak beehoon bodo tu jugak tetap pilihanku
Susah nak cari beb! Mesti korang ingat aku pelik. Itulah aku! Dah tak larat nak makan benda-benda tu sebab saya cepat muak. Kalau sekali sekala tu tak pe tapi kalau dah selalu tu muak jugak.
Diam tak dia Along dah jadi Ketua Wanita dan Ketua Cawangan Umno Kawasan Perumahan Andalas Taman Sri Keramat. Sapa sangka Along yang sempoi dan sama-sama sempoi dengan aku dan Biziah masa sekolah bole terlibat dengan politik. Caya la Long! Aku bangga dengan ko! Sempat lagi aku posing ambil gambar dengan dia. Cik Abang dia tak berapa tau guna kamera digital saya so jangan terperanjat ada gambar candid lak kat sini
Ni dia gambar-gambar tu , korang klik jer kat gambar tu untuk gambar yang besar!





Diselitkan juga gambar rumah terbuka saya (hari raya ke 5). Maaflah sebab tak jemput you all semua. Adik beradik saya jer dah 12 orang belum campur dengan anak-anak buah heheheee.. Raya ke 4, terbuka untuk teman-teman musician dan customer. Rumah saya kecil so tahun depan, saya dan housemate saya nak panggil caterer dan panggil saudara dan teman-teman kami serentak. Kena buat kat swimming pool nih! Besa skit kawasan tu. Tungguuuuuu……



Semoga Aidilfitri tahun ini disambut dengan meriah oleh semua!






