MONY

Blog perkongsian maklumat terkini,foto,video,aktiviti dan pertemuan bekas pelajar SMPT

Oct
23

Perkembangan Terkini

admin

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Saya baru menerima email daripada Mazita mengenai beberapa perkara :-

RUMAH TERBUKA HARI RAYA

Bagi semua warga SMPT87 yang mengenali Hanizah Md.Sani (Along untuk member-member rapat) (5P), anda dan keluarga dijemput hadir. Lihat detail di bawah ni:-

Tarikh : 25hb Oktober 2008 (Sabtu)

Masa : Bermula dari jam 2 petang

Lokasi : Padang permainan AU2A/11 (depan rumah dia)

Kalau u all nak contact no Along, sila call saya. Maleh nak publish kat sini, kang banyak pulak call yang tak sepatutnya :)

HAJI

Message daripada kawan kite Siti Rahayu Nordin (5G). Beliau dan suami akan berangkat untuk menunaikan ibadat Haji pada 6hb November 2008 (kapal terawal yg berlepas). Beliau ingin meminta ampun dan maaf kepada semua rakan-rakan yang mengenali beliau. Marilah kite bersama-sama mendoakan supaya beliau dan suami selamat pergi dan selamat pulang.

SELAMAT DATANG

Di sini ingin saya dan Mazita mengalu-alukan kedatangan Hayati Mohd. Yusup (5P). Ok geng! Warga SMPT87 ni dah semakin besar. Kalau terlanggar bahu kat luar sana, jangan la segan atau silu untuk bertegur sapa :)

p/s wa sempoi jer beb! Klu aku nampak you all atau cam muka, gerenti aku yang tak reti malu ni akan tegur.

Share/Save/Bookmark