Assalamualaikum semua,
Mesti semuanya tengah busy buat persiapan raya hari ni. Saya pulak masih berkerja dan cuti start 30hb nanti tapi mood raya tu semakin terasa sampaikan terasa malas pulak nak kerja. Dun worry! Walau camner pun, saya akan tetap motivate diri saya supaya jangan malas
Sebenarnya saya ada buat dua post sebelum ini tapi disebabkan server down 2 kali dalam minggu ni, tah mana perginya post-post tu. Saya pulak dah lupa nak buat back up copy. Hish! Careless betui saya ni kan. Terpaksa la buat balik. To cut the story short, aritu saya cuba check blog ni dia google, tup-tup ternampak satu lagi blog SMPT. Blog ni dipunyai oleh abang senior kite. Saya rasa non of us know him sebab dia last kat SMPT tahun ‘82 dan kite pulak mula belajar di SMPT tahun ‘83. Abang dan kakak saya kenal la abang ni. Kalau tak silap nama dia Abang Mohd. Noh. Kalau you all senang, silalah layari blog abang ni di http://smpt82.blogspot.com ataupun klik jer sidebar under blogroll. Kalau dah layari, mesti you all perasan yang mereka ni pun dah buat reunion gak. Kalau tak silap nampak gambar Puan Norlia jugak. Derang adakan sesi karaoke sekali hehehe.. Masa ni la nak tengok bakat guru-guru kite tu ye.
Okay lah. Setakat ni dulu post kali ini. Saya akan letakkan gambar-gambar nostalgia di SMPT lagi lepas ni. Bagi saya upload dulu kat Photobucket ye.
Wassalam.





