MONY

Blog perkongsian maklumat terkini,foto,video,aktiviti dan pertemuan bekas pelajar SMPT

Mar
20

Kota Singa

admin

Assalamualaikum semua,

Lama sungguh saya tidak update blog ini. Maafkan saya ye. Saya sebenarnya masih lagi di Singapura. Sudah sebulan lamanya saya di sini. Mesti ada yang tertanya-tanya apa yang saya buat di sini. Saya di sini menemani kawan serta anak dia kerana suami dia pergi outstation. Kebetulan saya sudah berhenti kerja, boleh la saya melepak kat sini lama-lama :-D Bukan sekadar melepak saja ye. Sempat saya membuat satu blog untuk update kegiatan anak mereka kepada si suami. Almaklum jer la. Sapa yang tak sayang anak. Kalau si suami yang mencari rezeki di luar sana, hendak buat macammana. By the time dia sampai rumah, anak membesar dengan cepat. Banyak yang dia akan ketinggalan so saya la yang menjadi photographer ataupun jadi videographer mereka. Lapang la sikit dada si suami bila dapat menatap video anaknya.

 Saya set-up blog di blogger.com sahaja. Senang. Dah la free, dah tu senang nak update pulak. Bila dah set-up, just upload saja gambar-gambar ataupun video untuk tatapan umum. Tak sangka jugak, tak sampai sebulan, ramai jugak pengunjung di blog tu. Bangga sekejap saya.

Saya menggunakan Microsoft Windows 2000 di sini, which saya tak berapa familiar dengan fungsi-fungsinya. Redah sajalah! Nak buat macamana tapi alhamdullillah, dapat jugak saya harungi. Tidak banyak software yang saya dapat gunakan untuk edit video dan header blog tu. Semuanya kena tunggu sampai saya pulang ke KL. Saya upload jer dulu video-video dan gambar-gambar tu. Ada hikmah jugak disebalik tak cukup software ni. Sedar tak sedar, kreatif jugak saya ni. Kadang-kadang kalau semuanya di depan mata, kita akan jadi malas dan tidak kreatif. Bila dah takder, meraban cari alternative. Bole jugak kita tengok kalau-kalau kita ni jenis orang yang suka cari jalan penyelesaian. Kat Singapura ni, saya tak berani nak download software sebarangan. Kang silap sikit kena sama. Tak mampu nanti saya nak bayar sama tu. Mesti ingat kat sini pakai SGD, dah tu exchange rate dia tinggi. Fuh! Penat nak cari duit tuk membayarnya.

p/s pergi la tengok blog tu kat SINI! Jenuh jugak nak mencari dan ’sort out’ gambar-gambar lama. Berhari-hari jugak la nak siapkan post yang pertama tu.

p/p/s kalau anda hendak buat blog yang begitu, call ataupun pakai la contact form kat atas tu tuk berhubung dengan saya. Don’t worry. Saya bagi harga special untuk kawan-kawan. Mesti ingat, blog tu memang senang nak buat tapi yang melambatkan keje adalah nak memilih gambar dan video.

p/p/p/s saya akan pulang ke KL pada akhir bulan ini. Ha! Tak reti-reti nak pegi minum kopi! Rindu kat keluarga dan kawan-kawan. Dah lama saya tidak pergi outstation sebegini lama :-D

Share/Save/Bookmark

Dec
26

Perlukan Jurugambar?

admin

Salam semua,

Sekarang ini masih lagi cuti sekolah dan saya rasa setiap ujung minggu ada sahaja undangan ke majlis perkahwinan. Bagi saya pulak, hujung minggu ini ada 3 jemputan ke majlis perkahwinan tapi semuanya tidak dapat saya penuhi kerana terikat dengan kerja. Erm….minta maaf semuanya ye. Kalau kamu semua masih ingat, saya ni selalu terlepas untuk ke perkahwinan anda :-D. Saya terlalu commited dengan perkerjaan saya. Kadang-kadang saya terlupa yang selain daripada perkerjaan, saya ada famili dan kawan-kawan. Saya sedar kesilapan saya itu dan saya berjanji untuk imbangkan masa untuk berkerja dan kawan-kawan. Jangan marah ye. Saya ini ‘workaholic’ sampaikan kadang-kadang hari cuti pun saya ingat hari bekerja saya. Sudah tahap parah problem saya ni! Sebab itu saya sudah meletakkan jawatan saya. Hari akhir saya bekerja di situ adalah pada 7hb Januari 2009. Selepas itu, saya ‘MERDEKA!’. Hantar sahaja kad jemputan tu, insyaallah, akan saya penuhi :-D

Baiklah! Sebenarnya saya sedang menolong kawan saya ni. Dia baru sahaja menyiapkan profil photography beliau. Kawan tempat kerja saya. Saya memang kagum dengan orang-orang yang mempunyai bakat dan minat yang mendalam dalam sesuatu perkara. Masalahnya pulak, mereka-mereka ini tidak tau untuk menengahkan bakat mereka ini. At the end, bakat mereka ini ‘terkubur’ begitu sahaja. Sayangkan! Oleh itu kawan-kawan, jikalau anda semua ingin mencari photographer @ videographer untuk majlis perkahwinan, kanak-kanak atau majlis-majlis sewaktu dengannya, anda bolehlah menghubungi kawan saya ini. Untuk melihat profile beliau, anda semua bolelah KLIK DI SINI atau untuk ‘kids photography‘ beliau, anda semua boleh KLIK DI SINI!

Kalau ada yang berminat, jangan lupa untuk bagitau nama saya semasa anda menghubungi saya atau kawan saya itu ye! Beliau akan memberi harga istimewa kalau anda mention nama saya :-D. Memang perjanjian kami begitu! Saya pun menggunakan khidmat beliau untuk membuat header blog Abang Nizam di mana saya belum ada masa terluang untuk upload ke blog Abang Nizam lagi. Takpe la, biar saya uploadkan sahaja di sini dahulu.

From Drop Box

Amacam? Ok tak header baru Abang Nizam ni?

Share/Save/Bookmark

Salam sejahtera semua,

Nampaknya Hari Raya Aidilfitri sudah ke penghujungnya so ramai la yang mengambil kesempatan untuk membuat rumah terbuka. Di tambahkan pulak cuti umum Deepavali jatuh kepada hari Isnin oleh itu berderet 3 hari la cuti minggu ini. Bagi yang keje ‘office hours’ tu memang la best tapi bagi saya yang keje industri retail ni, nak buat macammana, terpaksa keje la jawapannya. Nasib semalam saya dapat cuti. Dapat la saya pergi rumah terbuka kawan-kawan tahun ni :-D

Semalam sempat saya singgah ke Majlis Mesra Aidilfitri yang dikelolakan oleh rakan kite dari kelas 5P Hanizah Md Sani @ Along bagi rakan-rakan yang rapat dengan dia. Saya sampai agak lambat dan majlis pun sudah tamat sebenarnya. Walaupun badan saya masih terasa letih dek kena keje direct 13 hari tanpa cuti, mengingatkan lama tak jenguk Along, saya gagahkan jugak badan ni tuk pergi. Kawan punya pasal, takpe! :-D. Dari rumah saya ke Taman Keramat tu, bila dah masuk ke jalan depan Flat Keramat Jaya tu, saya jadi tercengang sebab dah banyak sangat perubahan dan pembangunan di kawasan tu sampai la ke Pasar Keramat. Rasa-rasanya dah bertahun saya tak menggunakan jalan tu, rasa macam ‘rusa masuk kampung’ :-D Bila dah sampai AU2 pulak, puas la pulak nak cari taman permainan depan rumah Along tu. Maklumlah, last saya pergi rumah dia, 20 tahun yang lepas wakakaka…mesti la pokok-pokok yang baru ditanam masa tu dah tinggi melampai dan mesti la padang permainan tu dah dilindungi. Nasib la saya ni bangsa minah sempoi, redah saja la. Alhamdullilah, sampai jugak akhirnya. Dari jauh Along dah jerit nama saya. Maluuuuuu!!!!!! Pakkal la saya dah kenal sangat Along ni, dengan muka selamba saya masuk dan bersalam dengan saki baki orang yang tinggal. Dan dengan muka tak malunya saya terus sambar makanan. Lapar beb! Purposely tak masak semalam sebab nak makan kat rumah terbuka. Yang paling bestnya memang dalam hati teringin nak makan ‘beehoon bodo’ (maknanya beehoon yang digoreng dengan tak banyak perencah). Kalau orang datang rumah terbuka mesti nak makan rendang, ketupat, nasi impit atau lain-lain la, tapi bagi saya pulak beehoon bodo tu jugak tetap pilihanku :-D Susah nak cari beb! Mesti korang ingat aku pelik. Itulah aku! Dah tak larat nak makan benda-benda tu sebab saya cepat muak. Kalau sekali sekala tu tak pe tapi kalau dah selalu tu muak jugak.

Diam tak dia Along dah jadi Ketua Wanita dan Ketua Cawangan Umno Kawasan Perumahan Andalas Taman Sri Keramat. Sapa sangka Along yang sempoi dan sama-sama sempoi dengan aku dan Biziah masa sekolah bole terlibat dengan politik. Caya la Long! Aku bangga dengan ko! Sempat lagi aku posing ambil gambar dengan dia. Cik Abang dia tak berapa tau guna kamera digital saya so jangan terperanjat ada gambar candid lak kat sini :-D

Ni dia gambar-gambar tu , korang klik jer kat gambar tu untuk gambar yang besar!
















Diselitkan juga gambar rumah terbuka saya (hari raya ke 5). Maaflah sebab tak jemput you all semua. Adik beradik saya jer dah 12 orang belum campur dengan anak-anak buah heheheee.. Raya ke 4, terbuka untuk teman-teman musician dan customer. Rumah saya kecil so tahun depan, saya dan housemate saya nak panggil caterer dan panggil saudara dan teman-teman kami serentak. Kena buat kat swimming pool nih! Besa skit kawasan tu. Tungguuuuuu……










Semoga Aidilfitri tahun ini disambut dengan meriah oleh semua!

Share/Save/Bookmark


Kad Ucapan Raya Percuma

::

Sempena hari yang mulia ini, saya ingin menyusun sepuluh jari meminta ampun dan maaf kepada semua, yang mana termakan serta terminum tu, harap dapat dihalalkan jua. Tahun ni, hari raya ini disambut dengan serdahana sahaja. Ziarah menziarah tu biasa jer la. Almaklum jer la, hari biasa masing-masing sibuk bekerja ditambahkan pula waktu kerja saya di retail ni, susah nak dapat cuti weekend so di Aidilfitri ni la baru dapat berjumpa dengan keluarga serta sanak saudara. Saya harap di hari lembaran ini, kengkawan semua pun bergitu juga. Yang mana yang nak buat open house tu, jangan la lupa saya ye!

Okay la setakat di sini sahaja buat kali ini. Di lain post, saya akan letakkan gambar-gambar nostalgia kite di SMPT lagi.

Salam buat semua!

 

Share/Save/Bookmark

Sep
28

Gambar

admin

Salam,

Nampaknya saya ni membalas dendam sebab post pasal gambar-gambar memori ni dah terpadam semasa server hosting saya down dua tiga hari yang lepas. Geram saya dibuatnya. Pakkal jer la bulan puasa, sabar jer lah. Minggu ni jer dah dua kali server down. Takpelah, nasib gambar-gambar ni masih ada di akaun Photobucket saya so tak lah parah sangat tuk letakkan kat post ni tapi ulasan-ulasan tentang gambar tu jer la, saya dah lupa. Anyway, baru-baru ni Maidzatul Faidza ada kata yang dia langsung takde gambar masa main netball. Beb! dun worry. Aku ada la skit gambar tu. Gambar muka ko tengah ngantuk pun ada :)

Gambar-gambarnya…….

 Klik untuk besarkan gambar

Ini gambar yang di ambil semasa kami tengah tunggu kengkawan yang lain tuk pergi kalau tak silap Sekolah (P) Air Panas kut tuk game yang seterusnya. Tengok la muka sorang-sorang yang keletihan tu. Hari sebelumnya pun ada game.

Klik untuk besarkan gambar

Yang ni lak, gambar kiteorang tengah practice kat padang diantara blok C dan D. Jangan tak tau ye, padang ni dah jadi surau. Lincahnya saya masa tu. Cuba la ajak saya main netball masa ni. Tak sampai 5 minit gerenti dah mengah hahahahaha….


 Klik untuk besarkan gambar

Gambar ini pulak diambil semasa perlawanan netball antara kelas tahun ‘85 (kami di tingkatan 3). Saya terlupa lak yang saya ni di kelas 3P2. Mana ada 3PJingga masa tu….Kelas kami dapat nombor 2 kalau tak siap saya. Dalam gambar tu saya tengah ambil hadiah daripada Cikgu Fuad. Belakang saya pulak Rabiahton dan Saidah. Cuba tengok Along (Hanizah) kat belakang cikgu tu. Lar….apsal lak muka ko sedih jer Long. Kepenatan kut sebab dia yang menguruskan semuanya.

 Klik untuk besarkan gambar

Faidz, ko kata takde gambar netball team kan? Nah! Amek ni. Ko tengok jer la gambar kite sume. Mata terpaksa dikecikkan sebab panas sangat hari tu. Tak tahan rasanya nak lawan matahari. Ayunya….Si Diana tu.
 


Klik untuk besarkan gambar

The Gangster Paradise :) Shiha(Beb! ko kat Dubai lagi ke?), Sharon (where have u been? Contact me ok.), saya dan Saidah (mana lah pegi kawan aku sorang ni?).

p/s jangan lupa…..singgah-singah la selalu ke blog ni. Jangan malu dan jangan segan tuk tulis komen kat bawah tu :)

Share/Save/Bookmark