Salam semua,
Seperti tajuk post untuk hari ini, memang ini adalah berita baik untuk para penjual di ebay kerana saya terjumpa satu artikel di akhbar KOSMO hari yang mengatakan kadar surcaj PosLaju dikurangkan kepada 23%. Seperti yang kite semua tahu yang cara terbaik untuk menghantar barang-barangan yang terjual kepada pembeli di ebay adalah dengan cara menghantarnya menggunakan servis PosLaju. Barangan yang dihantar boleh di semak di website Pos Malaysia siap dengan ‘trackking no’. Sebelum ini saya sudah mencuba membeli di laman web ebay Malaysia dan penjual telah menggunakan servis PosLaju ini. Servis memang cepat dan tepat. So far, saya tidak ada masalah untuk menggunakan perkhidmatan PosLaju ini. Cubalah! Kalau tak percaya. Bukan setakat itu sahaja, saya pernah menghantar jam tangan kepada pelanggan saya di luar negeri. Di bawah ini saya sertakan artikel tersebut bagi sesiapa yang takde kesempatan untuk membeli akhbar KOSMO hari ini….
Artikelnya……
KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad akan mengurangkan kadar surcaj bahan api bagi perkhidmatan penghantaran PosLaju daripada 25% kepada 23% berkuatkuasa hari ini berikutan keputusan kerajaan menurunkan harga bahan api di pasaran.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Faisal Albar dalam satu kenyataan memberitahu, penurunan surcaj bahan api itu bermakna harga barangan PosLaju yang biasa akan turun sebanyak 10 sen berbanding kadar lama.
“Kadar untuk barangan seberat 500 gram yang dihantar melalui PosLaju ke mana-mana lokasi di Semenanjung Malaysia akan dikurangkan daripada RM5.90 ke RM5.80 iaitu selepas cukai perkhidmatan kerajaan sebanyak 5%.
“Pengurangan surcaj itu adalah selari dengan aspirasi Pos Malaysia ke arah meringankan beban pelanggan,” katanya.
Jelas Syed Faisal, pihaknya turut mengalu-alukan usaha kerajaan menurunkan harga bahan api kerana ia akan membantu pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan PosLaju.
PosLaju sentiasa mengenakan surcaj bahan api yang terendah iaitu sebanyak 10% sehingga 30 September 2008 dan kadar itu ternyata lebih rendah berbanding kadar surcaj bahan api yang dikenakan oleh syarikat kurier lain iaitu 15% mulai Januari 2008 dan 25% sejak Julai 2008.
“PosLaju akan memberi perkhidmatan yang cemerlang pada kadar yang lebih rendah. Kami akan sentiasa memantau kadar surcaj bahan api ini dan membuat perubahan sekiranya perlu berbuat demikian,”katanya.
ps….. psssstttttt…..apa yang di tunggu lagi? Mulakan langkah anda sebagai usahawan di ebay. Tak perlu nak ada banyak modal pun. Cari jer barang-barang yang ada disekeliling anda untuk permulaan. Kalau tak pasti bagaimana nak mula, haa…pegi la website NI! Beli jer ebook tu. Bukannya mahal sangat! Jangan takut untuk melabur sedikit untuk masa hadapan anda dan keluarga. Lagipun kalau anda beli ebook ini, anda akan dapat support forum. Di forum tertutup ini, anda akan berjumpa ramai lagi newbie macam saya
MULAKAN LANGKAH PERTAMA ANDA DENGAN KLIK DI BANNER INI!





