MONY

Blog perkongsian maklumat terkini,foto,video,aktiviti dan pertemuan bekas pelajar SMPT

Dapatkan panduan memperolehi pendapatan lumayan di eBay hari ini!

Salam semua,

Seperti tajuk post untuk hari ini, memang ini adalah berita baik untuk para penjual di ebay kerana saya terjumpa satu artikel di akhbar KOSMO hari yang mengatakan kadar surcaj PosLaju dikurangkan kepada 23%. Seperti yang kite semua tahu yang cara terbaik untuk menghantar barang-barangan yang terjual kepada pembeli di ebay adalah dengan cara menghantarnya menggunakan servis PosLaju. Barangan yang dihantar boleh di semak di website Pos Malaysia siap dengan ‘trackking no’. Sebelum ini saya sudah mencuba membeli di laman web ebay Malaysia dan penjual telah menggunakan servis PosLaju ini. Servis memang cepat dan tepat. So far, saya tidak ada masalah untuk menggunakan perkhidmatan PosLaju ini. Cubalah! Kalau tak percaya. Bukan setakat itu sahaja, saya pernah menghantar jam tangan kepada pelanggan saya di luar negeri. Di bawah ini saya sertakan artikel tersebut bagi sesiapa yang takde kesempatan untuk membeli akhbar KOSMO hari ini….

ebook panduan ebay paling laris tahun 2008. dapatkan sekarang!

Artikelnya……

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad akan mengurangkan kadar surcaj bahan api bagi perkhidmatan penghantaran PosLaju daripada 25% kepada 23% berkuatkuasa hari ini berikutan keputusan kerajaan menurunkan harga bahan api di pasaran.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Faisal Albar dalam satu kenyataan memberitahu, penurunan surcaj bahan api itu bermakna harga barangan PosLaju yang biasa akan turun sebanyak 10 sen berbanding kadar lama.

“Kadar untuk barangan seberat 500 gram yang dihantar melalui PosLaju ke mana-mana lokasi di Semenanjung Malaysia akan dikurangkan daripada RM5.90 ke RM5.80 iaitu selepas cukai perkhidmatan kerajaan sebanyak 5%.

“Pengurangan surcaj itu adalah selari dengan aspirasi Pos Malaysia ke arah meringankan beban pelanggan,” katanya.

Jelas Syed Faisal, pihaknya turut mengalu-alukan usaha kerajaan menurunkan harga bahan api kerana ia akan membantu pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan PosLaju.

PosLaju sentiasa mengenakan surcaj bahan api yang terendah iaitu sebanyak 10% sehingga 30 September 2008 dan kadar itu ternyata lebih rendah berbanding kadar surcaj bahan api yang dikenakan oleh syarikat kurier lain iaitu 15% mulai Januari 2008 dan 25% sejak Julai 2008.

PosLaju akan memberi perkhidmatan yang cemerlang pada kadar yang lebih rendah. Kami akan sentiasa memantau kadar surcaj bahan api ini dan membuat perubahan sekiranya perlu berbuat demikian,”katanya.

ps….. psssstttttt…..apa yang di tunggu lagi? Mulakan langkah anda sebagai usahawan di ebay. Tak perlu nak ada banyak modal pun. Cari jer barang-barang yang ada disekeliling anda untuk permulaan. Kalau tak pasti bagaimana nak mula, haa…pegi la website NI! Beli jer ebook tu. Bukannya mahal sangat! Jangan takut untuk melabur sedikit untuk masa hadapan anda dan keluarga. Lagipun kalau anda beli ebook ini, anda akan dapat support forum. Di forum tertutup ini, anda akan berjumpa ramai lagi newbie macam saya :-D

MULAKAN LANGKAH PERTAMA ANDA DENGAN KLIK DI BANNER INI!

Share/Save/Bookmark

Assalamualaikum semua!

Harap-harap semuanya sihat. Maklumlah dengan cuaca yang panas sekarang ni, mau demam dibuatnya. Banyak-banyak la minum air masak. Lagi-lagi baru habis musim raya dan ramai yang terlebih berbelanja. Mesti ada yang mengeluh dan pening kepala bila gaji belum keluar lagi. Banyak bil untuk dibayar. Jangan macam tu ye!Jangan stresskan diri anda!

Salah satu sebab saya buat blog ni pun kerana ingin berkongsi peluang-peluang untuk menambahkan pendapatan. Maklum la sekarang ni, barang-barang sudah naik harga tapi gaji kite tak jugak naik. Kengkadang kite tak tau barang-barang yang ada di rumah tu (yang mana kite rasa dah tak bole pakai tu!), bole juga di jual untuk mendapat duit lebih ataupun kemahiran yang kite ada tu, bole jugak ditawarkan untuk mendapat pendapatan lebih.  Sikit pun takpe la! Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit! Betul tak?

Biar saya kongsi satu pengalaman ini. Pada bulan puasa yang lepas, saya ada juga rasa tertekan sebab takut tak cukup budget untuk persiapan Hari Raya. Bonus belum keluar dan komisen untuk bulan lepas tak berapa banyak. Puas saya berfikir macammana saya nak dapat duit lebih tuk budget Raya. Puas saya belek handphone saya. Tiba-tiba terpandang nama kawan serumah saya dulu. Lama tak jumpa dia ni. Rasa-rasanya lebih 10 tahun kut. Saja jer saya telepon dia, sekadar bertanya khabar. Kebetulan hari tu saya tak bekerja, dia pun jemput saya ke rumah baru dia kat Bandar Tasik Selatan. Mak ai! Jauh tu dari rumah saya yang di Jalan Ipoh ni. Tiba kat rumah dia…..ermmmmm…..sepah beb! Dia ni pembersih, tak sangka la plak jadi camni. Rupa-rupanya, maid dia lari. Saya memang tak bole tengok rumah bersepah. Letak jer beg, terus saya tolong dia bersihkan rumah. Kite pernah tinggal serumah kan so dah macam adik beradik. Takde hal la kalau setakat nak bersihkan tu. Rumah besar dan cantik tapi cat tak kena dengan design rumah tu. Saja jer saya cadangkan suruh dia cat balik rumah tu, lagipun Raya dah nak dekat. Dia pun setuju. Terus saya panggil ‘housemate’ saya tolong sebab dia pun kerja seminggu 4 hari saja. Kite berdua memang tak reti duduk diam. Dua 3 hari kami siapkan rumah dia. Sebelum tu dia ada bagi duit tuk beli perlengkapan tuk mengecat. Dah habis kerja-kerja tu, saya pulangkan baki duit. Dia tak mau ambil, dia kata duit tu untuk kami belanja Raya. Segan pulak nak ambil sebab niat memang nak tolong saja. Terpaksa ambil jugak sebab nak bagi muka. Alhamdullillah…..rezeki….(ada jugak saya terpikir nak buat bisnes interior design ni tapi saya tak berapa pandai. Housemate saya memang terer. My part, marketing. That’s what i’m good at). Banyak jugak duit yang dia bagi tu so saya datang lagi minggu yang berikutnya sebab kena tunggu off day heheee.. kata part time :-D Tak best la. Rasa macam kurang sangat servis yang saya kasi tu so saya bundle la dengan menggosok baju dia. Baru puas hati saya. At least berbaloi la dengan duit yang dia kasi tu.

Kakak saya pulak, semenjak jadi ‘housewife” (bukan “desperate housewife ye! :-D) sepenuh masa ni, dia kumpul suratkhabar dan barang-barang besi untuk dijual. Kalau nak lebih, awak kumpulkan… camner nak cakap ea…alaaa…kalau minum air tin, awak kena tarik penutup tu kan. Haaa….benda tu kalau sekilo kalau tak silap RM 14. Itu harga kat Tioman. Kat KL ni mesti mahal lagi. Pegi la survey. Lumayan jugak pendapatan dia tu. Tak sangka! Panjang akal jugak kakak saya ni. Mungkin segelintir daripada kite memandang rendah dengan kerja ini tapi bagi saya, saya memandang tinggi orang-orang macam ni sebab dia tau, pendapatan suami dia tak berapa banyak untuk menampung keluarga mereka.  Kena la bantu suami tu ea. So kalau siapa-siapa yang suka buang saja suratkhabar lama dan tin-tin minuman tu, bawak-bawak la kumpul. Bole la jual di pusat pengumpulan. Awak semua bole ‘check’ kalau-kalau ada pusat-pusat ini di sekitar tempat tinggal anda.

Sebelum saya mengundurkan diri, ingin saya kongsi video tutorial menjual produk di EBay dan anda bole membaca artikel DI SINI. Selalu jugak saya pergi ke blog Encik Zamri Nanyan ni. You all tak payah keluarkan duit untuk pergi ke one on one coaching macam saya tu. Eh eh! Ada pulak gambar saya kat situ! Saya ni bengap sikit, tu pasal kena ada cikgu depan mata :-D

ps… pandai anak-anak muda ni cari duit lebih. Pandai membahagikan masa. Important tu!

pps..banyak lagi cara nak menampah pendapatan ni. Saya akan kongsi lagi di lain post ya!

ppps…terjumpa satu artikel di NST mengenai seorang surirumah sepenuh masa yang telah berjaya di EBay. Jadikan artikel ini sebagai satu motivasi diri untuk mencari peluang menampahkan pendapatan anda. Sila KLIK DI SINI!

Share/Save/Bookmark