
Salam buat semua!
Maafkan saya kalau you all menanti post terbaru dari saya. Minggu lepas, saya bercuti 4 hari kerana teman karib dari Sarawak yang telah menghilang diri bertahun-tahun tu, datang menjenguk saya di Kuala Lumpur ni. Orang kata “sambil menyelam, sambil minum air”, saya berbincang dengan kawan saya tu untuk menjadi supplier busines eBay saya hehehehe….jangan pulak kamu kata saya suka mengambil kesempatan! Saya akan bercerita pasal busines eBay ni pada orang-orang yang nak merubah keadaan kewangan family sahaja. Baik kite tunjuk kepada yang berminat sahaja. Kerja saya sebagai jurujual “fine watches” yang harus menerangkan pasal produk kepada pelanggan tu pun dah tak larat nak pikul. Biarlah saya jimatkan tenaga skit hehehee…Ooopssss….jangan marah ye! Anyway, saya mintak kawan saya tu tolong hantarkan barangan untuk saya jual di eBay. Fyi, saya pernah bekerja di Miri,Sarawak dahulu so kedai mana yang boleh bagi murah tu, saya dah tau. Aik! Rupa-rupanya dia tahu kedai yang boleh bagi harga yang lebih murah daripada kedai yang saya selalu beli tu (kalau kite orang Semenanjung nak pergi membeli-belah, baik bawak sekali kawan-kawan yang bole “madah Sarawak”[maksudnya boleh bercakap dalam bahasa Sarawak]. Baru boleh dapat diskaun lebih heheheee). Biasa la tu….mana-mana korang ‘travel’pun, kalau tak tau bahasa perantaraan negara tu, gerenti kena tipu dengan penjual. Haaa… jangan salah sangka ye, saya bukan begitu. bagi saya kalau nak jadi jurujual atau usahawan berjaya, mesti JUJUR dengan pelanggan. Baru la mereka ‘trust’ kite dan akan datang lagi mencari anda untuk berurusniaga.
Mengenai bisnes saya di eBay, walaupun dah tau lama tapi 2 minggu yang lepas saya memulakan langkah yang kedua saya ke arah menjadi usahawan eBay, menjual di eBay Malaysia. Alhamdulillah, saya list barangan selama seminggu dan 4 item dah terjual. Syukur alhamdulillah! Saya tumpukan di eBay Malaysia sahaja dahulu untuk mengumpul feedback untuk orang percaya dengan kredibiliti saya sebagai penjual. Selepas ini baru saya akan tumpukan ke pasaran luar negara pulak. Saya masih lagi membuat kajian-kajian barangan yang popular di pasaran luar negara. Doakan kejayaan saya ye!
Kamu semua by now mesti dah tau yang saya ini memang berminat sesangat dengan bisnes di internet ni. Insyaallah, kalau semuanya berjalan lancar, saya akan melancarkan kedai online saya tahun depan. Saya di peringkat mencari ’supplier’ dan mengumpul dana heheheee…..so kalau tahun depan, kamu tengok blog ini dikemaskini setiap hari, maknanya saya dah berenti kerja la tu! SOHO, best tak perkataan tu ‘Small Office, Home Office’. Dah lama saya idamkan, harap-harap mimpi ini menjadi kenyataanlah, di tahun hadapan.
Selama 3 tahun saya buat kajian tentang ‘online business’ ini. Dah banyak seminar dan ebook saya telah beli demi untuk menambahkan ilmu pendapatan di internet ini. Sekarang tibalah masanya saya membuat tindakan! Satu persatu ilmu itu telah saya adaptasikan. Walaupun pulangannya baru sedikit saya perolehi tapi saya yakin, saya akan berjaya dengan bisnes ini. Mony Boleh! Yeay! Fyi, saya make sure yang seminar dah ebook tu ada service support. Bukannya apa, almaklumlah faktor-faktor umur ekekekeke kite mudah lupa yang kite sudah pelajari so dari service support tu, kite boleh la refer balik dengan mereka. Apa pepatah melayu tu “alah membeli, menang memakai”? Betul ke? Iya lah, saya tak kisah nak untuk berbelanja demi untuk ilmu pengetahuan. Duit boleh cari beb!
Sepanjang tempoh 3 tahun belajar tentang busines di internet ni, banyak jugak saya terjebak dengan penipuan (atau bahasa di internet ni, derang pakai nama SCAM) di internet ini. Dah banyak jugak duit saya kena ‘burn’. Hish! Memang tak patut! Takpe takpe, at least itu menjadi satu pengajaraan yang bermakna buat diri saya. Oleh itu, jikalau sesiapa yang ingin menceburkan diri dengan bisnes di internet ini. Anda bertuah kerana di bawah ini, ingin saya berkongsi satu artikel daripada jutawan internet kite, IRFAN KHAIRI. Beliau ada mengatakan cara-cara mengelakkan SCAM.
SILA LA BACA!
=========================================================
Cara mengelakkan diri daripada tertipu di Internet (SCAM)
=========================================================
Oleh: Irfan Khairi
Mony, dalam mengumpul kewangan dan menambahkan kekayaan, kita
bukan sahaja sepatutnya fikir bagaimana nak invest, bagaimana nak
jimat wang, bagaimana nak tambahkan pendapatan, dan sebagainya…
tetapi, kita perlu juga fikir bagaimana tidak mahu rugi/hilang/burn
wang kita…
Contoh:
* meminjam wang pada kawan, dan pinjaman tidak di bayar
(mungkin anda pernah terkena!)
* membuat pelaburan yang jelas merugikan (seperti beli rumah
untuk disewa di kawasan tiada permintaan)
* tertipu dengan program-program Inetrnet atau dikenali sebagai
SCAM
Tip saya kali ini, hendak kongsikan pada anda satu “formula” supaya
kita tidak rugi/hilang/burn duit kita pada SCAM (penipuan). Formula
ini berbunyi: NO SCAM!
N-O S-C-A-M
N bermaksud: NAME.
Siapakah nama di sebalik sesuatu pelaburan atau peluang perniagaan
tersebut. Sering kali, SCAM dilakukan oleh mereka yang suka
menyorokkan identiti mereka. Jadi, pastikan anda ketahui nama
sebenar dan juga maklumat peribadi siapakah yang mengendalikan
sesuatu pelaburan atau peluang menjana pendapatan itu.
O bermaksud: OVER PROMISE.
OVER PROMISE. Pelaburan atau peluang yang menjana pendapatan yang
diberikan adakah ianya over promising? Atau janji yang lebih-lebih
dan tak masuk akal? Ketahui bahawa menjana pendapatan yang lumayan
bukanlah perkara yang mudah. Mana ada goyang kaki, duit masuk
(melainkan bisnes menjahit). Kebanyakan SCAM akan menipu mangsa
dnegan cara membuat janji-janji manis berlebihan, atau OVER PROMISE!
S bermaksud: SEARCH.
Internet penuh dengan maklumat-maklumat. Dan maklumat di Internet
bersebar dengan pantas. Oleh itu, apa kata anda menggunakan
kekuatan Internet ini untuk membuat sedikit research. Anda perlu
membuat SEARCH atau CARIAN, terutamanya di Google.com. Masuk
http://www.Google.com dan lakukan research dengan cara type nama
pemilik program tersebut. Atau, typekan nama syarikat. Atau type
nama program atau sistem yang digunakan.
Dengan hanya menggunakan SEARCH di google, anda pasti akan
mengetahui banyak maklumat-maklumat seperti pelanggan tidak berpuas
hati, dan sebagainya. Cara ini amatlah efektif, tetapi, sayangnya,
ramai yang terjerat dalam SCAM, salah diri juga kerana tidak
melakukan research, dengan hanya menggunakan SEARCH di GOOGLE.COM!
C bermaksud: CONTACT.
Pastikan anda mempunyai contact details lengkap syarikat atau
perniagaan tersebut. Sekali lagi, mereka yang melakukan SCAM suka
menyorok dan berselindung. Jarang sekali mereka dedahkan alamat,
nombor telefon, cara hubungi, dan lain-lain. Sekiranya ada, apa
kata anda cuba hubungi secara offline untuk memastikan kewujudan
CONTACT details mereka. Ingat, wang anda dalam keadaan bahaya
sekiranya tertipu. Oleh itu, apa kata usaha lebih sikit supaya tak
terjerat!
A bermaksud: ASK.
Tanya orang ramai. Tanya kenalan-kenalan dan tanya juga pakar-pakar
industri! Jangan hanya tanya kenalan yang mempromosikan sesuatu
program tersebut, kerana mungkin mereka juga tertipu dengan SCAM.
Tanya orang lain juga supaya kita lebih banyak maklumat tentang
sesuatu program sebelum melaburkan our hard earned money! Islam
juga menggalakkan kita banyak bertanya untuk mendapat ilmu.
Pastikan anda mempunyai ilmu supaya tidak tertipu. Tanya - tanya
dan tanya lagi!
M bermaksud: MAKE SURE!
Pastikan anda melakukan kesemua di atas! Ulang kembali langkah
N-O-S-C-A-M sehingga anda 100% berpuas hati dan rasa selamat dengan
pelaburan anda. Sering kali mereka yang terjerat dengan SCAM,
sebenarnya, sebelum menyertai telah ada “rasa tak sedap hati”.
Tetapi, sebabkan perasaan “ingin tahu” dan juga “cepat kaya”
memenangi diri, maka, kita pun tertumpas dengan janji-janji manis
SCAM.
Sekiranya anda tertipu dengan SCAM, bukan sahaja anda rugi
WANG. tetapi, anda juga akan rugi MASA dan USAHA anda dalam
memperolehi dan menjana wang tersebut! Dan yang penting juga, anda
akan rugi dan kehilangan keyakinan anda dalam memulakan perniagaan
dan pelaburan yang sebenar. Bila hilang keyakinan, self esteem akan
kurang, dan kita mula stress… harapnya tidak terjadi pada kita ok?
Baca kembali NO SCAM di atas dan fikirkan. Kalaulah semua kita
ikuti langkah-langkah ini, insyaallah tiadalah yang terjerat dengan
SCAM-SCAM yang berlaku keliling kita.
Bagi anda yang pernah terkena SCAM (harapnya tidak ramai lah dari
pembaca blog saya:)), apa kata anda rujuk semua di atas dan cuba
jawab point-point di atas. Adakah anda melakukan segalanya sebelum
terkena SCAM tersebut?
* N - NAME
* O - OVER PROMISE
* S - SEARCH
* C - CONTACT
* A - ASK
* M - MAKE SURE!
p/s…pssssstttttttt…..saya mendapat artikel ini dengan mendaftar di website beliau. Kalau nak dapat berita-berita terkini mengenai bisnes di internet, layari lah website beliau. Apa lagi KLIK LA KAT SINI!
