Salam semua,
Apa khabar? Harap-harap semuanya sihat disamping keluarga. Sibuk sungguh saya 2 minggu ni. Hari ini baru ada masa untuk update blog ni. Semalam. seharian saya edit foto dan video sekitar majlis pernikahan adik perempuan saya. Itu pun foto dan video koleksi daripada kamera saya dan abang. Untuk makluman semua, yang bernikah ni adalah adik nombor 11 saya. Besarkan nombor tu. Ialah, saya dibesarkan di dalam keluarga yang besar. 12 semuanya, itupun yang masih hidup. Kalau tak, 14 semuanya. Hahahaaa…..satu team bola sepak! Cuba anda semua bayangkan keadaan kami masa kecil-kecil dulu. Bagi ibu-ibu yang suka mengeluh untuk menjaga anak-anak masing-masing, bersyukurlah. Rasanya tidak ada lagi kawan-kawan kita yang ada anak sampai 12 orang. Bayangkanlah betapa tabahnya arwah ibu saya demi untuk menjaga kami semua. Sebab tu saya pandai menguruskan hal ehwal rumah dan ‘baby’. Saya telah dapat ‘training’ secukupnya sejak daripada umur saya 6 tahun :-D. Bukan setakat adik-adikĀ (ada 5 orang bawah saya) tapi sampailah ke anak buah. Mungkin sebab itu saya masih single hahahaaa…..alasan….
Masa hari pernikahan tu, sayu jugak tengok adik saya tu, ialah….rasanya macam baru semalam saya nampak dia dengan baju sekolah. Tup-tup dah berumur jugak adik saya tu. Tahun ni 30 tahun umur dia, disebabkan badan dia yang kecil, tak nampak yang dia sudah mencecah 30 tahun. Alhamdullillah….semuanya berjalan lancar. Suami dia tu, kawan sekelasnya jugak. Terus teringat kat Raja Ana dan Hisyam. Bercinta masa sekolah terus ke jinjang pelamin, Saadiah dan Rahman juga. Itu yang saya teringat, siapa lagi ye?
Semasa majlis pernikahan adik saya, kami 12 adik beradik berkumpul sampaikan abang saya yang kat Kuching, Sarawak pun dapat pulang walaupun isterinya baru bersalin anak mereka yang ke 5. Last kami dapat berkumpul beramai-ramai adalah 4 tahun yang lepas semasa arwah ibu tercinta meninggalkan kami. Boleh dilihat di muka masing-masing, betapa gembiranya rasa di hati terutamanya abang pertama saya. Kami tidak pandai hendak menunjukkan kasih sayang sesama keluarga kerana ialah, dalam keluarga yang besar macam kami, arwah ibu sentiasa sibuk menguruskan rumah dan anak-anak tapi saya dapat merasakan kemesraan itu bila dah berumur ni
Saya ni memang susah untuk mengeluarkan airmata tapi bila majlis akad nikah (bapa pengantin lelaki yang menjalankan acara akad nikah tu) dan sudah sah akad nikah tu, bergenang jugak airmata saya. Kini adik saya sudah bergelar isteri orang. Memang sudah tradisi keluarga kami, arwah ibu akan memberikan tips-tips hal ehwal rumahtangga tapi sebabkan ibu sudah tiada lagi, tanggungjawab ini diambil alih oleh kakak atas saya (kakak yang paling tua tidak qualified sebab dia pun masih single :-D). Sehari sebelum akad nikah, Mawar (nama adik saya) kena lecture dengan kakak saya tu. Lepas tu masak jugak adik saya kena usik dengan kakak serta abangnya heheheeee……
Adik saya ni tidak pernah make-up, so bila sudah disiapkan oleh adik bongsu saya tu, Wah! Muka dia macam patung. Cantik! Berseri muka dia. Silalah tengok foto-foto dan video dibawah tu!
SILA KLIK DI BAWAH UNTUK MELIHAT
KLIK SINI untuk melihat video yang saya upload di YouTube sehari sebelum hari persandingan.





