Salam semua,
Mesti kamu semua tertanya-tanya kenapa blog ni tak di update telah sekian lamanya. Minta ampun dan mintak maaf ye, saya terlalu sibuk dengan hal kerja, almaklum sajalah exhibition jam tangan mewah baru sahaja berlalu. Selama 10 hari exhibition berjalan, takde seorang pun yang boleh ambil cuti. Bagi diri saya pulak, daripada 28hb Nov saya bekerja sampailah 16hb Dis. Bayangkanlah, berapa hari tu saya dah bekerja, 20 hari! Parah! Penatnya, tuhan sahaja yang tahu. Dah tak larat saya ni, salah satunya adalah faktor-faktor umur
Kalau dulu-dulu tu, sejam dua jer tido pun ok lagi tapi la ni…..Ampunnnnn!!!!!!! Balik saja cuti sehari, problem tak cukup staff pulak sampaikan waktu makan pun kena tunggu petang. Saya yang tak pernah ada gastrik ni, rasa macam nak kena jer penyakit tu. Perut lak la ni cepat masuk angin. Puas la pulak nak cari tukang urut bertauliah. Kalau setakat tukang urut yang kat spa tu, tak payahlah. Badan saya yang besar lagi tegap ni, tak terasa langsung tangan tukang urut tu. Takpelah! Saya dapat cuti 3 hari starting esuk. Yeeha! Yahoo! Yabadabedu! Merdeka rasanya. Dapatlah saya berehat secukupnya. Akan saya off kan handphone saya selama 3 hari itu. Tak mahu di ganggu cuti saya tu. Kalau ada yang nak berhubung dengan saya, hantar mesej saja ye
Dalam kesibukan berkerja tu, sempat saya buat satu video gambar-gambar semasa exhibition tu. Sila la tengok kat bawah tu. Kalau internet line anda lambat, biarkan video tu load dulu ye. Lagunya sedikit rancak so be prepare





