Salam kawan-kawan semua,
Minda saya terasa segar hari ini sebab baru balik dari bercuti di Cherating :-D. Agenda bercuti di Cherating langsung tak ada dalam perancangan cuti-cuti Malaysia saya tahun ini. Last minute, kawan saya mengajak untuk temankan dia bercuti di sana setelah penat menghabiskan satu projek besar beliau. Kebetulan, langkah kanan saya ni. Semua ditanggung oleh beliau. Bestkan! Hahahaaa….jangan salah sangka ye, saya kena jadi driver sebab dia tak ada lesen memandu. Best jugak memandu tapi oleh kerana saya sudah lama tidak memandu dan ditambahkan pulak kereta Toyota Wish yang saya tidak biasa, saya memandu mengikut mengikut “speed limit” sahaja. Sudah lama saya tidak ke Cherating nih! Banyak perubahan, cuba anda bayangkan, last saya pergi ke Cherating, rasa-rasanya pertengahan tahun 90an. Pergh! Lama tu! Masa itu, kita ikut jalan lama yang berliku dan ditambahkan pulak dengan banyak lori. Letih jugak memandu zaman tu. Kena berikan sepenuh tumpuan atas jalanraya. Zaman tu, darah masih muda dan sudah biasa memandu so tidak menjadi apa-apa masalah.
Kami memandu pada sebelah malam dan singgah ke Kuantan kerana mengambil kawan kami di sana. Banyak betul perubahan, nasib tidak sesat jalan. Perjalanan daripada Kuantan ke Cherating,tukar driver, kawan saya yang dari Kuantan itu pulak yang memandu kerana dia lebih arif jalan ke Cherating. Dalam perjalanan ke sana jam sudah menunjukkan 12.30am. Eeeeee….seram pulak. Jalanraya tidak berapa sibuk tapi teringat pulak cerita-cerita seram. Pergh! Meremang bulu roma! Bayangkanlah 3 orang dara pinggitan sahaja dalam kereta. Uwahhhh!!!! Mulut saya terkumat kamit membaca segala ayat-ayat Al-quran yang saya hafal. Akhirnya selamat juga kami sampai ke Cherating, itu pun mengambil masa lebih kurang satu jam perjalanan daipada Kuantan. Saya tidak berapa kenal sangat dengan kawan yang lagi satu ni. Dalam hati saya ni terdetik jugak kenapa dia memandu perlahan sangat. Rupa-rupanya, dia ni rabun. Lar…..nasib tidak ada apa-apa yang berlaku.
Sampai sahaja ke Cherating, kami tidak ‘check in’ ke chalet yang sepatutnya sebab penuh chalet tu. Nasib ada chalet lain. Saya tidak berapa berkenan chalet tu, kelihatan macam tidak diurus dengan sempurna. Nak buat macammana, tidur sahajalah, lagipun untuk satu malam sahaja. Suasana terlampau sunyi, seram jugak bulu roma saya. Saya biarkan saja lampu terpasang sampai pagi. Saya ni penakut. Badan saja besar :-D.
Walau macammana penat dan lambat tidur, mata saya ni memang sudah terbiasa bangun pagi. Pandai pulak saya cari kedai untuk sarapan. Saya kena minum kopi kalau tidak, seharian akan rasa mengantuk. Kena pulak tunggu kawan saya bangun sebab kami akan berpindah ke chalet lain. Chalet kawan kami tu penuh lagi. Hari ini kami ‘check in’ ke chalet yang menghadap laut. Best jugak chalet ni, kami ambil ‘connecting room’, dalam hati saya berkata memang bagus kalau bawa anak-anak saudara saya bercuti satu hari nanti sebab besar chalet tu. Boleh muat 5 orang tapi saya tak ingat pulak nama chalet tu. Pantainya bersih dan tenang sahaja air di laut tu. Sebelah petang kelihatan anak-anak belajar ’surfing’. Cuaca cerah sepanjang percutian saya.
Bekas kawan serumah saya ada seorang kakak dan masa dulu-dulu, setiap hujung minggu kami akan menziarahi beliau. Memang masa tu kawan-kawan yang lain panggil saya ‘beach bum’ sebab memanjang tidak akan dapat keluar dengan saya di cuti hujung minggu :-D. Trip kali ini, ingat hendak mencari kakak kawan saya ni tapi sudah terlampau banyak sangat perubahan di Cherating so hajat tak kesampaian…Hendak dijadikan cerita, kawan saya asyik menyebut nama Kak Ani. Terdetik jugak hati saya ni, adakah Kak Ani tu adalah Kak Ani kakak bekas teman serumah saya dulu. Alhamdullillah….memang betul! Kalau dah jodoh tak ke mana. Akhirnya terjawab jugak teka teki tu. Gembira sungguh hati saya. Rupa-rupanya Kak Ani dikurniakan rezeki yang lebih lalu membuka chalet yang dikongsi bersama suaminya. Cantik chalet tu, walaupun cuma 10 buah chalet sahaja dan lokasi jauh sedikit daripada laut tapi beliau menjaganya dengan baik. Chalet tu sentiasa penuh dengan ’surfer’ seluruh dunia. Bangga saya! Kawan-kawan, jangan terperanjat jika satu hari nanti saya berpindah ke Cherating heheeeee…..tenang minda saya di sana. Sunyi, memang sesuai untuk berkarya.
Uik! Panjang sungguh post saya kali ini. Excited! Janji kawan saya, kami hanya ingin tinggal 2 malam sahaja tapi kami extend 2 malam lagi di sana sampaikan saya terpaksa batalkan trip ke Pulau Pinang. Masing-masing suka dengan suasana sepi di chalet Kak Ani. Bagi yang ingin ke Cherating untuk Cuti-Cuti Malaysia, bolehlah melayari chalet kawan saya tu DI SINI!






