MONY

Blog perkongsian maklumat terkini,foto,video,aktiviti dan pertemuan bekas pelajar SMPT

Archive for the ‘Foto’ Category

Jan
12

2nd Reunion- Gambar

admin

Salam,

Baru sahaja saya edit gambar 2nd reunion kita di Bora Ombak. Mak ai! Susah betul nak mengedit gambar tersebut sb original foto yang dihantar tu bersaiz kecil so edit sebaik mungkin untuk tatapan kamu semua. Berpeluh jugak la makcik nak edit. Software photoshop saya sudah ter’erase’ semasa laptop ni buat hal bulan lepas. Mahal woo…software tu. Cuba jugak cari cd software tu tapi saya dah tak ingat di mana saya letak. Dah bertahun pun. Mana nak ingat. Salah satu faktornya adalah faktor umur hehehheeee…saya mengaku diri ini dah semakin berumur :-D

As semua dah baca post yang sebelum ini, saya terjumpa Marziani di halaman social networking Facebook beberapa hari yang lepas so dia telah menyelongkar album dia tuk berkongsi gambar-gambar semasa reunion ke2 kita di Bora Ombak pada tahun 2006 yang lepas. Fuuuyoooo….dah 3 tahun berlalu beb! Cepat tul masa berlalu. Marziani! Terima kasih ye! Jasamu di kenang sebab ada jugak gambar saya kat album tu. Badan saya masa tu pun kecik sikit daripada sekarang wakakakaaaa….walau macam mana pun, ko tetap maintain! Sampaikan Biziah makan hati dengan ko. Azam dia tahun ni, nak kuruskan badan so dia boleh pakai baju cantik-cantik macam ko! Biziah, ko jangan marah aku postkan azam ko kat sini ek. Apa-apapun aku sokong ko 100 percent! Ko tunggu la, sikit masa nanti aku akan buka satu kedai online untuk semua orang yang mengalami masalah berat badan cam kita. Hidup mesti happy beb! Oi! Bila nak kuar makan dengan aku? Aku tengah free giler masa ni. Esuk-esuk bila aku dah mulakan projek, aku dah tak ada masa nak keluar.

Cukup la sampai di sini saya merapu. Enjoy the photo!

From Recently Updated
From Recently Updated
From Recently Updated
From Recently Updated
From Recently Updated

p/s Marziani dah donate gambar ni so yang lain-lain tu bila lagi? Jangan kemut sorang-sorang ek. Meh sini, kita share dengan semua orang. *Peace* :-D

Share/Save/Bookmark

Jan
10

Wedding

admin

Salam semuanya,

Sudah 3 ari saya berhenti keje. Syok giler rasanya dapat berehat kat rumah sambil melayari internet. Aman rasanya bila handphone saya sudah tak berdering-dering macam biasa. Sejuk sikit telinga ini heheheee….. Pagi tadi semasa melayari Facebook, ternampak kawan kite Marziani dari SMPT’87 - 5sc2 add saya di Facebook. Bila saya dah add, ternampak pulak dia online, apa lagi berborak sakan la. Best jugak layan Facebook ni. Orang lain tak boleh tenguk profile kita kalau dia belum jadi kawan so takde lah orang-orang yang tidak diingini ‘add’ kita.

Berbalik kepada Marziani, masa borak tu, dia bagitau saya yang kawan sekelas beliau Ajaq bernikah pada 1hb Januari yang lepas. Sumpah saya tak tau pun, kalau tak, mesti saya dah ‘attend wedding’ tu. Kan saya dah cakap di post yang sebelum ni, saya takakan menolak ‘wedding invitation’. Mana boleh lepaskan nasi minyak beb! Dah rindu nak makan nasi minyak heheheeeee….tapi takper, adik saya akan mendirikan rumah tangga juga akhir bulan ni so tak kempunan lah saya nak makan nasi minyak. Apa? Nak makan nasi minyak dari saya pulak? Korang tunggu la sampai berjanggut wakakkakakkaaaa…….. Siap la saya ni, adik dah kawin, kakak dia belum lagi sudah tentu la telinga saya ni akan cair 24hb Januari ni dengan ‘lecture’ dari makcik-makcik dan sepupu sekelian. Lariiiiii!!!!!!!!……..Nak tinggal kat London lah! :-D

Cukup! Ni ada gambar sekitar perkahwinan Ajaq di Bangunan Risda, Jalan Ampang. Gambar ni courtesy daripada Marziani, Marzita, kalau ko ada gambar lg, tolonglah emailkan kat aku ek!

Here’s the photo! Ajaq tak nampak tua pun!

Ajaq 5sc2 Wedding1

Ajaq 5sc2 Wedding

Photobucket

Photobucket

p/s….kalau ada sesiapa yang tengah mencari wedding photographer,kids photographer ataupun videographer KLIKLAH KAT SINI!

Share/Save/Bookmark

Salam semua,

Baru-baru ini saya mendapat satu email daripada kawan kite Khairul Nizar (5sc1-class of ‘87). Dia ada attach 3 gambar yang diambil semasa camp fire gathering di rumah Zunita. Kalau tak silap saya gathering tu setelah abis SPM kut. Saya pun dah lupa pasal gathering ni. Kalau tak silap, semasa gathering tu, kami yang pelajar perempuan melepak kat rumah Zunita. Masih samar-samar memori saya heheheeee….bila tengok gambar ni, teringat zaman-zaman muda dulu. Kalau tak silap, banyak lagi gambar-gambar tu. Siapa yang ada gambar tu, jangan la kedekut! Marilah kite share untuk tatapan umum :-D

Tak lupa juga, Khairul ada lampirkan sekali gambar dia bergasak dalam acara Karate semasa mewakili Universiti dia. Di bawah ini saya lampirkan sekali email yang dihantar kepada saya. Kawan-kawan, saya alu-alukan gambar-gambar nostalgia ni. Tak kiralah kalau gambar itu daripada kelas lain. Blog inikan untuk kite semua so jangan la rasa malu atau segan. Hantar jer gambar tu ke email saya. Kalau nak tulis sekali pasal gambar tu pun takpe. Senang sikit keje saya, “just copy and paste” sahaja :-D

Ini dia email daripada Khairul Nizar :-

Mony, aku minta maaf lambat reply email kau ni. Aku sertakan pic lama2 masa sekolah dulu. Pic aku lawan karate kat jepun tahun 1996 pun ada satu sini. Dalam pic tu aku tgh bergasak dgn George Kotaka, juara dunia karate 2000 & 2008, juara dunia remaja 1996, 7 kali juara kebangsaan amerika, etc. .  Aku kalah tipis ngan dia 3-1. Aku kena marah dgn arwah Sheikh Naser pasal sebenarnya dia kata aku bole beat budak tu. Aku bagi alasan budak tu juara dunia. Arwah balas balik “so what?”. Baru aku sedar, aku takda kepercayaan pada kebolehan yg aku ada.Dlm apa saja bidang, aku buat tak sepenuh hati.Lepas balik drp jepun, aku berada di persimpangan samada aku nak serius dlm karate atau tak. Aku ambik keputusan,aku taknak pergi jauh dlm karate. Sekejap training, sekejap tak.Sekarang ni aku menyesal. Nasib baik karate bukan acara sukan olimpik. Kalau tak, lagi aku menyesal. Pengajarannya di sini, apa saja kita buat, buat dgn bersungguh2 dan sepenuh hati. Kejayaan luar biasa dilakukan dgn usaha yang luar biasa oleh manusia biasa. :)

p/s “aku takda kepercayaan pada kebolehan yg aku ada. Dlm apa saja bidang, aku buat tak sepenuh hati” -  ermmm….kata-kata ini pun selalu bermain di fikiran saya suatu ketika dulu.

“Pengajarannya di sini, apa saja kita buat, buat dgn bersungguh2 dan sepenuh hati. Kejayaan luar biasa dilakukan dgn usaha yang luar biasa oleh manusia biasa.” Terima kasih Khairul! Ini adalah kata-kata semangat untuk saya terus maju kehadapan!

p/p/s Khairul! “Happy Belated Birthday” ye. Still remembered, your birthday falls on 16th Dec! Nampaknya ko dan Yurina lah yang paling mudo among us :-D

Inilah gambar yang saya katakan sebentar tadi! Enjoy!

From Drop Box
From Drop Box
From Drop Box
From Drop Box

Share/Save/Bookmark

Sep
28

Gambar

admin

Salam,

Nampaknya saya ni membalas dendam sebab post pasal gambar-gambar memori ni dah terpadam semasa server hosting saya down dua tiga hari yang lepas. Geram saya dibuatnya. Pakkal jer la bulan puasa, sabar jer lah. Minggu ni jer dah dua kali server down. Takpelah, nasib gambar-gambar ni masih ada di akaun Photobucket saya so tak lah parah sangat tuk letakkan kat post ni tapi ulasan-ulasan tentang gambar tu jer la, saya dah lupa. Anyway, baru-baru ni Maidzatul Faidza ada kata yang dia langsung takde gambar masa main netball. Beb! dun worry. Aku ada la skit gambar tu. Gambar muka ko tengah ngantuk pun ada :)

Gambar-gambarnya…….

 Klik untuk besarkan gambar

Ini gambar yang di ambil semasa kami tengah tunggu kengkawan yang lain tuk pergi kalau tak silap Sekolah (P) Air Panas kut tuk game yang seterusnya. Tengok la muka sorang-sorang yang keletihan tu. Hari sebelumnya pun ada game.

Klik untuk besarkan gambar

Yang ni lak, gambar kiteorang tengah practice kat padang diantara blok C dan D. Jangan tak tau ye, padang ni dah jadi surau. Lincahnya saya masa tu. Cuba la ajak saya main netball masa ni. Tak sampai 5 minit gerenti dah mengah hahahahaha….


 Klik untuk besarkan gambar

Gambar ini pulak diambil semasa perlawanan netball antara kelas tahun ‘85 (kami di tingkatan 3). Saya terlupa lak yang saya ni di kelas 3P2. Mana ada 3PJingga masa tu….Kelas kami dapat nombor 2 kalau tak siap saya. Dalam gambar tu saya tengah ambil hadiah daripada Cikgu Fuad. Belakang saya pulak Rabiahton dan Saidah. Cuba tengok Along (Hanizah) kat belakang cikgu tu. Lar….apsal lak muka ko sedih jer Long. Kepenatan kut sebab dia yang menguruskan semuanya.

 Klik untuk besarkan gambar

Faidz, ko kata takde gambar netball team kan? Nah! Amek ni. Ko tengok jer la gambar kite sume. Mata terpaksa dikecikkan sebab panas sangat hari tu. Tak tahan rasanya nak lawan matahari. Ayunya….Si Diana tu.
 


Klik untuk besarkan gambar

The Gangster Paradise :) Shiha(Beb! ko kat Dubai lagi ke?), Sharon (where have u been? Contact me ok.), saya dan Saidah (mana lah pegi kawan aku sorang ni?).

p/s jangan lupa…..singgah-singah la selalu ke blog ni. Jangan malu dan jangan segan tuk tulis komen kat bawah tu :)

Share/Save/Bookmark