MONY

Blog perkongsian maklumat terkini,foto,video,aktiviti dan pertemuan bekas pelajar SMPT

Archive for the ‘Anjung (Home)’ Category

Mar
20

Kota Singa

admin

Assalamualaikum semua,

Lama sungguh saya tidak update blog ini. Maafkan saya ye. Saya sebenarnya masih lagi di Singapura. Sudah sebulan lamanya saya di sini. Mesti ada yang tertanya-tanya apa yang saya buat di sini. Saya di sini menemani kawan serta anak dia kerana suami dia pergi outstation. Kebetulan saya sudah berhenti kerja, boleh la saya melepak kat sini lama-lama :-D Bukan sekadar melepak saja ye. Sempat saya membuat satu blog untuk update kegiatan anak mereka kepada si suami. Almaklum jer la. Sapa yang tak sayang anak. Kalau si suami yang mencari rezeki di luar sana, hendak buat macammana. By the time dia sampai rumah, anak membesar dengan cepat. Banyak yang dia akan ketinggalan so saya la yang menjadi photographer ataupun jadi videographer mereka. Lapang la sikit dada si suami bila dapat menatap video anaknya.

 Saya set-up blog di blogger.com sahaja. Senang. Dah la free, dah tu senang nak update pulak. Bila dah set-up, just upload saja gambar-gambar ataupun video untuk tatapan umum. Tak sangka jugak, tak sampai sebulan, ramai jugak pengunjung di blog tu. Bangga sekejap saya.

Saya menggunakan Microsoft Windows 2000 di sini, which saya tak berapa familiar dengan fungsi-fungsinya. Redah sajalah! Nak buat macamana tapi alhamdullillah, dapat jugak saya harungi. Tidak banyak software yang saya dapat gunakan untuk edit video dan header blog tu. Semuanya kena tunggu sampai saya pulang ke KL. Saya upload jer dulu video-video dan gambar-gambar tu. Ada hikmah jugak disebalik tak cukup software ni. Sedar tak sedar, kreatif jugak saya ni. Kadang-kadang kalau semuanya di depan mata, kita akan jadi malas dan tidak kreatif. Bila dah takder, meraban cari alternative. Bole jugak kita tengok kalau-kalau kita ni jenis orang yang suka cari jalan penyelesaian. Kat Singapura ni, saya tak berani nak download software sebarangan. Kang silap sikit kena sama. Tak mampu nanti saya nak bayar sama tu. Mesti ingat kat sini pakai SGD, dah tu exchange rate dia tinggi. Fuh! Penat nak cari duit tuk membayarnya.

p/s pergi la tengok blog tu kat SINI! Jenuh jugak nak mencari dan ’sort out’ gambar-gambar lama. Berhari-hari jugak la nak siapkan post yang pertama tu.

p/p/s kalau anda hendak buat blog yang begitu, call ataupun pakai la contact form kat atas tu tuk berhubung dengan saya. Don’t worry. Saya bagi harga special untuk kawan-kawan. Mesti ingat, blog tu memang senang nak buat tapi yang melambatkan keje adalah nak memilih gambar dan video.

p/p/p/s saya akan pulang ke KL pada akhir bulan ini. Ha! Tak reti-reti nak pegi minum kopi! Rindu kat keluarga dan kawan-kawan. Dah lama saya tidak pergi outstation sebegini lama :-D

Share/Save/Bookmark

Jan
01

Email Lucu

admin

Salam,

Pagi tadi saya check email dan ada satu email ini yang mencuri hati saya. Email lucu yang dihantar oleh rakan kerja saya. Cubalah baca kat bawah ini!

To all Employees:

Effective January 2009
Dress Code
1. It is advised that you come to work dressed according to your salary. If we see you wearing Prada shoes and carrying a Gucci bag, we assume you are doing well financially and therefore do not need a pay raise.
2. If you dress poorly, you need to learn to manage your money better, so that you may buy nicer clothes, and therefore you do not need a pay raise.
3. If you dress just right, you are right where you need to be and therefore you do not need a pay raise.
Sick Days
We will no longer accept a doctor’s certificate as proof of sickness.
If you are able to go to the doctor, you are able to come to work.
HolidayDays
Each employee will receive 104 personal days a year. They are called Saturday & Sunday.
Compassionate Leave
This is no excuse for missing work. There is nothing you can do for dead friends, relatives or co-workers. Every effort should be made to have non-employees attend to the arrangements.
In rare cases where employee involvement is necessary, the funeral should be scheduled in the late afternoon. We will be glad to allow you to work through your lunch hour and subsequently leave one hour early.
Toilet Use
1. Entirely too much time is being spent in the toilet. There is now a strict three-minute time limit in the cubicles.
2. At the end of three minutes, an alarm will sound, the toilet paper roll will retract, the cubicle door will open, and your picture will be taken.
3. After your second offence, your picture will be posted on the company notice board under the “Chronic Offenders” category.
4 Anyone caught smiling in the picture will be sanctioned under the company’s mental health policy.
Lunch Break
1. Skinny people get 30 minutes for lunch, as they need to eat more so that they can look healthy.
2. Normal size people get 15 minutes for lunch to get a balanced meal to maintain their average figure.
3. Chubby people get 5 minutes for lunch, because that’s all the time needed to drink a Slim-Fast.
Thank you for your loyalty to our company. Remember we are an employer of choice and we are here to provide a positive employment experience.
Therefore, all questions, comments, concerns, complaints, frustrations, irritations, aggravations, insinuations, allegations, accusations, contemplations, consternation and input should be directed elsewhere.
Management

p/s senyum-senyum la selalu. Tak rugipun kalau kamu sedekahkan senyuman itu so jangan kedekut untuk memberikan senyuman ya!


Share/Save/Bookmark

Tags: , ,

Salam semua,
Post arini, saya nak bercerita pasal soft launch Alumni SMKPT tahun lepas. Majlis diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tembak (dulu SMPT tp la ni SMKPT) dan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Jabatan Sekolah) iaitu bekas guru tingkatan saya selama 2 tahun Dato Noor Rezan. Saya tanya beliau…. .”saya nak panggil cikgu ke nak panggil Dato”, you all tau apa dia jawab? “once a teacher,you are always a teacher! so you can always call me cikgu”. Tengok tu. humblenya dia… macam tak sangka saya. By the way, thank you so much for you guidance during that 2 years. Because of you, i have the confidence to speak in English and i did improve. A lot!. Thank you so much! Saya hampir menitikkan airmata bile cikgu hug saya. Terasa diri ni masih diingati.

Bagi yg dah lama tak jenguk sekolah cam saya ni, dah banyak berubah especially tempat letak basikal kat tempat perhimpunan tu telah ditukar ke dewan, kat belakang blok D, dah ada bangunan baru then padang sekolah,sekarang ni kat depan sekolah,kalau masih ingat, dulunya kat lombong (jenuh makcik kutip batu-batu kecik tu tau! At least dapat gak la merasa main netball kat situ. Dengar cerita ada gak member2 yang main bola sampai kaki berdarah tersepak batu hehehe!).
Masa merayap kejap kat sekolah tu, teringat kisah-kisah lama. Padang netball di antara blok C dan D tu dah di tukar ke surau (kalau tak silap saya la!). Kalau dulu-dulu bila masa pendidikan jasmani jer, saya mesti tak bawak “track suit”, alasannya : seluar basah cikgu! Sebab semalam ada netball training la,hoki training la, volleyball training la, pokok pangkalnya mesti ada alasan. Sebenarnya maleh nak tukar “track suit” sebab peh “PE” jer kena tukar uniform balik then mesti berasak-asak kat toilet then mesti berpeluh sakan punya la. Mintak ampun and mintak maaf banyak-banyak Cikgu Jumaayah! Nakal saya ni masa sekolah. Nakal ek,bukan jahat! hehehe…Teringat saya masa main softball masa PE, Cikgu Jumaayah suh jugak saya main dengan baju kurung then saya pukul bola tu sampai ke kelas blok D. Trus dia suh saya jangan main hehehe..kuat tu pukulan saya. Nasib tak pecah tingkap. Pejam celik, dah 21 tahun kite meninggalkan SMPT. Fuuuuyoooo….dah tua rupanya saya ni ek tapi takpe hati muda lagi ekekeke….Eh! apa kata you all semua email saya kisah suka duka you all semasa di SMPT, bole kite menangis and ketawa bersama-sama. Saya akan postkan kat sini. Meh saya cabar! Sapa ada brani?

Haaa….ni dia gambar-gambar semasa majlis Alumni tu….
smpt,alumi,sekolah menengah padang tembak Kad jemputan (bahagian hadapan)

smpt,sekolah menengah padang tembak,amuni,mr.khoo Kad jemputan (bahagian dalam)

smpt,alumi,sekolah menengah padang tembak Kad jemputan (bahagian belakang)

Datuk Noor Rezan sempat merasmikan Program Usahawan Muda Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tembak.

smpt,alumi,sekolah menengah padang tembak

Gambar dan video bersama Datuk Noor Rezan tiada dalam simpanan saya buat masa ini. Akan saya usahakan sampai dapat so kengkawan, tuuuuungggguuuuu…..

smpt,alumi,sekolah menengah padang tembak
Di antara guru-guru dan bekas pelajar yang datang menjayakan majlis ini. Cikgu Siti Jumaayah sahaja yang tiada di dalam gambar ini. Oooopssss! Mulut saya terherot la plak. Tak berapa elok! Sorry!

Photobucket
Tah apa yang Haris bualkan sampai si Hisham Omar sengeh jer tu!

Photobucket
Zulham, saya dan Khairul Nizar

Photobucket
Anyway dalam gambar ni….Jeffrey,Zulham,Sam,Rudy Adnas,saya dan Khairul Nizar

Photobucket
Si Jeffrey ni kan, memang kaki lawak. Tengok gambar ni! Cameraman pun amek gambar candid :)

Photobucket
Anak lelaki Hisham,Hisham,Sam,saya dan Aziz

Photobucket
Puan Norlina, Guru besar SMKPT dan Puan Ramlah Sugiman (macam tak di makan usia,muka masih maintain cam dulu :))

Majlis Alumni SMPT'07
Puan Nasimah, Ustazah (masih mengajar di SMPT) dan Puan Norlina

smpt,alumi,sekolah menengah padang tembak
Haris bersama Mr.Khoo (guru volleyball team masa itu dan Mr.Khoo, masih mengajar di SMPT)

smpt,alumi,sekolah menengah padang tembak
Mr.Khoo masih ingat kepada kami. Dari jauh dia dah panggil nama penuh saya :) Masa sekolah saya tak nakal ea!

smpt,alumi,sekolah menengah padang tembak
Saya,Mr.Khoo and Norhiza

Photobucket
Rudy Adnas,Jeffrey dan Aziz

Share/Save/Bookmark

Sep
09

Biskut Raya

admin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua!

Diam tak diam. arini dah masuk ari yg ke 9 umat islam berpuasa. Amacam puasa tahun ni? Adakah tahun ini lebih baik daripada tahun lepas?

Orait! Mesti ramai di kalangan kite ni takde masa nak buat kuih raya (hehehe yang ni sudah semestinya saya). Mari saya rekemen kuih raya daripada kawan baik saya ni.  Nama dia Chef Wan Noor Zamran. Dia pernah kerja di Hotel Istana. Sekarang ni bekerja sambilan di KFC Holding sebagai tenaga pengajar di samping menguruskan kedai bakerynya. Bagi yang teringin nak belajar buat pastry, Chef Wan Noor ada juga menganjurkan Kelas praktikal membuat produk-produk pastri dan bakeri (selalunya diadakan ujung minggu dan kelas hanya dibuka kembali selepas Hari Raya). Sila hubungi nombor di akhir post ni untuk maklumat lanjut.

Saya kagum dengan sifat kuat berusaha dia ni dan saya tak segan mengatakan bahawa saya jadikan Chef Wan Noor ni sebagai salah seorang idola saya. Orang kata kalau nak berjaya kite pun kena study dan copy cara orang yang dah berjaya. Harap-harap saya pun akan berjaya jugak macam derang :) . Anyway, tahun ni dia jual beberapa jenis kuih raya sahaja. Cuba la tengok kuih raya kat bawah tu :-

Apa kata awak semua cuba kuih ni. Kalau tak silap, saya tak penah jumpa kat mana-mana umah pun masa raya.

Biskut Tembikai (Amacam? Ada brani nak cuba?)

Harga            : Rm 20 /container (kalau beli lebih drp 12 container - Rm 16.50/container)

Isi                 : 60 biji ++

Container     : Bulat


Biskut Cornflakes
Harga        : Rm 20 (Kalau order lebih 12 container - Rm 16.50 /container)

Isi             : 40 - 45 bijik

Container : Bulat


 
Almond Chocolate

Biskut ini adalah yang mendapat sambutan, 100 percent badam dan coklat bermutu.

Harga                 : Rm 25/ container (beli lebih 12 container - Rm 22.50/container

Isi                      : 42 - 45 biji

Container          : Bulat

Biskut Choc Flake’z (maaf, gambar tak disertakan)

Harga         : Rm 20/container (beli lebih 12 container - Rm 16.50/container)

Isi              : 42 - 45 bijik

Container  : Bulat

Oats and Raisin (maaf, gambar tidak disertakan)

Harga                : Rm 25/container (beli lebih 12 container - Rm 22.50/container)

Isi                     : 42 - 45 biji

Container         : Bulat

 

Tarikh akhir tempahan adalah pada 23hb Ogos, 2008

Kalau ada yang berminat sila hubungi 019-325 5471

p/s Chef Wan Noor bermurah hati untuk menyumbangkan resepi Sultana Cookies untuk you all semua. Kalau ada yang dah testing tu, haaa…tak reti-reti nak ajak aku p umah korang, beraya? :) Terima kasih Chef! Klik jer kat sini tuk dapatkan resepi!

Share/Save/Bookmark

Sep
05

Pengenalan

admin

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Selamat datang dan selamat melayari blog yang tak seberapa ini. Pada mulanya blog ni saya letakkan di direktori yang lain tapi takde masa nak upgrade blog tu ke versi yang terbaru. So….dah setahun rasanya blog yang lama tu tidak di update but don’t worry kengkawan, saya akan pastikan blog ni diupdate selalu. Cha yo! Ni rasa2nya bahasa korea, ni kena penangan citer drama korea kat tv tu, maksudnya Gambatte (dlm bahasa Jepun), hahhahaha adakah anda sudah pening? Yang tu sume kata2 semangat jer (klu yg ada blajar bahasa Jepun tu, rajin2 la komen kat sini ea, leh makcik kikis balik karat2 yang kat otak tu supaya bole ingat balik bahasa Jepun tu. Dah lebih 10 tahun tak praktikkan,kengkawan Jepun sume dah balik negeri hehehehe).

Blog ini dikhaskan untuk pelajar dan bekas pelajar Sekolah Menengah Padang Tembak kan…
Cerita saya bermula di sini……
Pada tahun 1983, seorang anak polis yang tinggal di Polis Depoh (Pusat Latihan Polis @ PULAPOL) bernama Normah binti Sharuddin memulakan pembelajaran dia ke Sekolah ini….

yang bernama Sekolah Menengah Padang Tembak pada masa tu la tp la ni dah tukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tembak. Nak tengok gambar saya masa Tingkatan Satu tak? Nah! Amek ni!

1PJingga - SMPT '83

Nak gelak, u all gelak la. Bila ‘flip’ balik album2 lama, saya pun jadi orang tak siuman gak sb gelak @ senyum sorang2. Tak tahan tgk rambut saya tu. Dah la tu pulak, muka kena panau sebab basuh muka masa tengah berpeluh sakan (dolu2 makcik kuat sukan so badan pun masih slim hehehe) then bubuh ubat panau salap wakakaka….tergeletek perut makcik bile tringat brand ubat tu. Klu pakai kat muka, sure part yang kena ubat tu mesti jadi gelap sebab dia nak mati kan kuman kat bawah kulit tu. Kan dah tak jelita!
Budak2 lelaki lak, cuba tengok pesen rambut derang……Wa lau wei….CIKANGGGG…….jambul tak henggat wakakakaka….
Saya rasa dah lama sangat berceloteh ni, kite akan sambung lain kali dengan topik dan gambar-gambar nostalgia yang lain.

ps. haaaa…..tak reti2 nak sambung balik keje tu! : )

pps. Di sini saya ingin memberi kredit untuk kawan kite, Mazita Hashim - 5sc2 SMPT ‘87kerana tanpa dia taklah terjadi blog ini dan tak dapat la kite nak berkumpul semula. Terima kasih Mazita! Jasamu dikenang! Semoga dilimpahi rezki dan kebahagian sepanjang masa!

Share/Save/Bookmark