
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!
Terima kasih kerana melayari blog ini yang saya khaskan untuk pelajar dan bekas pelajar SMPT @ Sekolah Menengah Padang Tembak yang kita sayangi. Banyak kisah pahit manis yang berlaku di sini dan ingin saya kongsi bersama semua. Di samping itu mungkin ramai yang ingin “catching up” dengan perkembangan terbaru. Melalui blog ini, boleh juga saya tolong promosikan perniagaan atau apa-apa saja yang kawan-kawan ingin buat untuk menambahkan pendapatan keluarga. Maklum sajalah, harga barang-barang dah naik then gaji macam tu jugak. Saya akan menyokong orang-orang yang suka berusaha untuk meningkatkan taraf hidup diri dan keluarga. Saya akan membantu sedaya saya. Insyaallah….Ingin saya minta tolong supaya tidak membabitkan politik atau pun perkataan lucah di blog ini. Kerjasama semua amatlah saya hargai.
Semoga blog ini dapat memanafaatkan semua. Insyaallah..
Salam sayang buat semua…
p/s u all semua bole hubungi saya melalui contact form yang kat atas tu ataupun kamu semua boleh ‘add’ saya di Facebook.
Dari laptop,
Mony @ Normah Sharuddin






