MONY

Blog perkongsian maklumat terkini,foto,video,aktiviti dan pertemuan bekas pelajar SMPT

Archive for January, 2009

Jan
22

Cherating

admin

Salam kawan-kawan semua,

Minda saya terasa segar hari ini sebab baru balik dari bercuti di Cherating :-D. Agenda bercuti di Cherating langsung tak ada dalam perancangan cuti-cuti Malaysia saya tahun ini. Last minute, kawan saya mengajak untuk temankan dia bercuti di sana setelah penat menghabiskan satu projek besar beliau. Kebetulan, langkah kanan saya ni. Semua ditanggung oleh beliau. Bestkan! Hahahaaa….jangan salah sangka ye, saya kena jadi driver sebab dia tak ada lesen memandu. Best jugak memandu tapi oleh kerana saya sudah lama tidak memandu dan ditambahkan pulak kereta Toyota Wish yang saya tidak biasa, saya memandu mengikut mengikut “speed limit” sahaja. Sudah lama saya tidak ke Cherating nih! Banyak perubahan, cuba anda bayangkan, last saya pergi ke Cherating, rasa-rasanya pertengahan tahun 90an. Pergh! Lama tu! Masa itu, kita ikut jalan lama yang berliku dan ditambahkan pulak dengan banyak lori. Letih jugak memandu zaman tu. Kena berikan sepenuh tumpuan atas jalanraya. Zaman tu, darah masih muda dan sudah biasa memandu so tidak menjadi apa-apa masalah.

Kami memandu pada sebelah malam dan singgah ke Kuantan kerana mengambil kawan kami di sana. Banyak betul perubahan, nasib tidak sesat jalan. Perjalanan daripada Kuantan ke Cherating,tukar driver, kawan saya yang dari Kuantan itu pulak yang memandu kerana dia lebih arif jalan ke Cherating. Dalam perjalanan ke sana jam sudah menunjukkan 12.30am. Eeeeee….seram pulak. Jalanraya tidak berapa sibuk tapi teringat pulak cerita-cerita seram. Pergh! Meremang bulu roma! Bayangkanlah 3 orang dara pinggitan sahaja dalam kereta. Uwahhhh!!!! Mulut saya terkumat kamit membaca segala ayat-ayat Al-quran yang saya hafal. Akhirnya selamat juga kami sampai ke Cherating, itu pun mengambil masa lebih kurang satu jam perjalanan daipada Kuantan. Saya tidak berapa kenal sangat dengan kawan yang lagi satu ni. Dalam hati saya ni terdetik jugak kenapa dia memandu perlahan sangat. Rupa-rupanya, dia ni rabun. Lar…..nasib tidak ada apa-apa yang berlaku.

Sampai sahaja ke Cherating, kami tidak ‘check in’ ke chalet yang sepatutnya sebab penuh chalet tu. Nasib ada chalet lain. Saya tidak berapa berkenan chalet tu, kelihatan macam tidak diurus dengan sempurna. Nak buat macammana, tidur sahajalah, lagipun untuk satu malam sahaja. Suasana terlampau sunyi, seram jugak bulu roma saya. Saya biarkan saja lampu terpasang sampai pagi. Saya ni penakut. Badan saja besar :-D.

Walau macammana penat dan lambat tidur, mata saya ni memang sudah terbiasa bangun pagi. Pandai pulak saya cari kedai untuk sarapan. Saya kena minum kopi kalau tidak, seharian akan rasa mengantuk. Kena pulak tunggu kawan saya bangun sebab kami akan berpindah ke chalet lain. Chalet kawan kami tu penuh lagi. Hari ini kami ‘check in’ ke chalet yang menghadap laut. Best jugak chalet ni, kami ambil ‘connecting room’, dalam hati saya berkata memang bagus kalau bawa anak-anak saudara saya bercuti satu hari nanti sebab besar chalet tu. Boleh muat 5 orang  tapi saya tak ingat pulak nama chalet tu. Pantainya bersih dan tenang sahaja air di laut tu. Sebelah petang kelihatan anak-anak belajar ’surfing’. Cuaca  cerah sepanjang percutian saya.

Bekas kawan serumah saya ada seorang kakak dan masa dulu-dulu, setiap hujung minggu kami akan menziarahi beliau. Memang masa tu kawan-kawan yang lain panggil saya ‘beach bum’ sebab memanjang tidak akan dapat keluar dengan saya di cuti hujung minggu :-D. Trip kali ini, ingat hendak mencari kakak kawan saya ni tapi sudah terlampau banyak sangat perubahan di Cherating so hajat tak kesampaian…Hendak dijadikan cerita, kawan saya asyik menyebut nama Kak Ani. Terdetik jugak hati saya ni, adakah Kak Ani tu adalah Kak Ani kakak bekas teman serumah saya dulu. Alhamdullillah….memang betul! Kalau dah jodoh tak ke mana. Akhirnya terjawab jugak teka teki tu. Gembira sungguh hati saya. Rupa-rupanya Kak Ani dikurniakan rezeki yang lebih lalu membuka chalet yang dikongsi bersama suaminya. Cantik chalet tu, walaupun cuma 10 buah chalet sahaja dan lokasi jauh sedikit daripada laut tapi beliau menjaganya dengan baik. Chalet tu sentiasa penuh dengan ’surfer’ seluruh dunia. Bangga saya! Kawan-kawan, jangan terperanjat jika satu hari nanti saya berpindah ke Cherating heheeeee…..tenang minda saya di sana. Sunyi, memang sesuai untuk berkarya.

Uik! Panjang sungguh post saya kali ini. Excited! Janji kawan saya, kami hanya ingin tinggal 2 malam sahaja tapi kami extend 2 malam lagi di sana sampaikan saya terpaksa batalkan trip ke Pulau Pinang. Masing-masing suka dengan suasana sepi di chalet Kak Ani. Bagi yang ingin ke Cherating untuk Cuti-Cuti Malaysia, bolehlah melayari chalet kawan saya tu DI SINI!

Share/Save/Bookmark

Jan
12

2nd Reunion- Gambar

admin

Salam,

Baru sahaja saya edit gambar 2nd reunion kita di Bora Ombak. Mak ai! Susah betul nak mengedit gambar tersebut sb original foto yang dihantar tu bersaiz kecil so edit sebaik mungkin untuk tatapan kamu semua. Berpeluh jugak la makcik nak edit. Software photoshop saya sudah ter’erase’ semasa laptop ni buat hal bulan lepas. Mahal woo…software tu. Cuba jugak cari cd software tu tapi saya dah tak ingat di mana saya letak. Dah bertahun pun. Mana nak ingat. Salah satu faktornya adalah faktor umur hehehheeee…saya mengaku diri ini dah semakin berumur :-D

As semua dah baca post yang sebelum ini, saya terjumpa Marziani di halaman social networking Facebook beberapa hari yang lepas so dia telah menyelongkar album dia tuk berkongsi gambar-gambar semasa reunion ke2 kita di Bora Ombak pada tahun 2006 yang lepas. Fuuuyoooo….dah 3 tahun berlalu beb! Cepat tul masa berlalu. Marziani! Terima kasih ye! Jasamu di kenang sebab ada jugak gambar saya kat album tu. Badan saya masa tu pun kecik sikit daripada sekarang wakakakaaaa….walau macam mana pun, ko tetap maintain! Sampaikan Biziah makan hati dengan ko. Azam dia tahun ni, nak kuruskan badan so dia boleh pakai baju cantik-cantik macam ko! Biziah, ko jangan marah aku postkan azam ko kat sini ek. Apa-apapun aku sokong ko 100 percent! Ko tunggu la, sikit masa nanti aku akan buka satu kedai online untuk semua orang yang mengalami masalah berat badan cam kita. Hidup mesti happy beb! Oi! Bila nak kuar makan dengan aku? Aku tengah free giler masa ni. Esuk-esuk bila aku dah mulakan projek, aku dah tak ada masa nak keluar.

Cukup la sampai di sini saya merapu. Enjoy the photo!

From Recently Updated
From Recently Updated
From Recently Updated
From Recently Updated
From Recently Updated

p/s Marziani dah donate gambar ni so yang lain-lain tu bila lagi? Jangan kemut sorang-sorang ek. Meh sini, kita share dengan semua orang. *Peace* :-D

Share/Save/Bookmark

Jan
10

Wedding

admin

Salam semuanya,

Sudah 3 ari saya berhenti keje. Syok giler rasanya dapat berehat kat rumah sambil melayari internet. Aman rasanya bila handphone saya sudah tak berdering-dering macam biasa. Sejuk sikit telinga ini heheheee….. Pagi tadi semasa melayari Facebook, ternampak kawan kite Marziani dari SMPT’87 - 5sc2 add saya di Facebook. Bila saya dah add, ternampak pulak dia online, apa lagi berborak sakan la. Best jugak layan Facebook ni. Orang lain tak boleh tenguk profile kita kalau dia belum jadi kawan so takde lah orang-orang yang tidak diingini ‘add’ kita.

Berbalik kepada Marziani, masa borak tu, dia bagitau saya yang kawan sekelas beliau Ajaq bernikah pada 1hb Januari yang lepas. Sumpah saya tak tau pun, kalau tak, mesti saya dah ‘attend wedding’ tu. Kan saya dah cakap di post yang sebelum ni, saya takakan menolak ‘wedding invitation’. Mana boleh lepaskan nasi minyak beb! Dah rindu nak makan nasi minyak heheheeeee….tapi takper, adik saya akan mendirikan rumah tangga juga akhir bulan ni so tak kempunan lah saya nak makan nasi minyak. Apa? Nak makan nasi minyak dari saya pulak? Korang tunggu la sampai berjanggut wakakkakakkaaaa…….. Siap la saya ni, adik dah kawin, kakak dia belum lagi sudah tentu la telinga saya ni akan cair 24hb Januari ni dengan ‘lecture’ dari makcik-makcik dan sepupu sekelian. Lariiiiii!!!!!!!!……..Nak tinggal kat London lah! :-D

Cukup! Ni ada gambar sekitar perkahwinan Ajaq di Bangunan Risda, Jalan Ampang. Gambar ni courtesy daripada Marziani, Marzita, kalau ko ada gambar lg, tolonglah emailkan kat aku ek!

Here’s the photo! Ajaq tak nampak tua pun!

Ajaq 5sc2 Wedding1

Ajaq 5sc2 Wedding

Photobucket

Photobucket

p/s….kalau ada sesiapa yang tengah mencari wedding photographer,kids photographer ataupun videographer KLIKLAH KAT SINI!

Share/Save/Bookmark

Jan
01

Email Lucu

admin

Salam,

Pagi tadi saya check email dan ada satu email ini yang mencuri hati saya. Email lucu yang dihantar oleh rakan kerja saya. Cubalah baca kat bawah ini!

To all Employees:

Effective January 2009
Dress Code
1. It is advised that you come to work dressed according to your salary. If we see you wearing Prada shoes and carrying a Gucci bag, we assume you are doing well financially and therefore do not need a pay raise.
2. If you dress poorly, you need to learn to manage your money better, so that you may buy nicer clothes, and therefore you do not need a pay raise.
3. If you dress just right, you are right where you need to be and therefore you do not need a pay raise.
Sick Days
We will no longer accept a doctor’s certificate as proof of sickness.
If you are able to go to the doctor, you are able to come to work.
HolidayDays
Each employee will receive 104 personal days a year. They are called Saturday & Sunday.
Compassionate Leave
This is no excuse for missing work. There is nothing you can do for dead friends, relatives or co-workers. Every effort should be made to have non-employees attend to the arrangements.
In rare cases where employee involvement is necessary, the funeral should be scheduled in the late afternoon. We will be glad to allow you to work through your lunch hour and subsequently leave one hour early.
Toilet Use
1. Entirely too much time is being spent in the toilet. There is now a strict three-minute time limit in the cubicles.
2. At the end of three minutes, an alarm will sound, the toilet paper roll will retract, the cubicle door will open, and your picture will be taken.
3. After your second offence, your picture will be posted on the company notice board under the “Chronic Offenders” category.
4 Anyone caught smiling in the picture will be sanctioned under the company’s mental health policy.
Lunch Break
1. Skinny people get 30 minutes for lunch, as they need to eat more so that they can look healthy.
2. Normal size people get 15 minutes for lunch to get a balanced meal to maintain their average figure.
3. Chubby people get 5 minutes for lunch, because that’s all the time needed to drink a Slim-Fast.
Thank you for your loyalty to our company. Remember we are an employer of choice and we are here to provide a positive employment experience.
Therefore, all questions, comments, concerns, complaints, frustrations, irritations, aggravations, insinuations, allegations, accusations, contemplations, consternation and input should be directed elsewhere.
Management

p/s senyum-senyum la selalu. Tak rugipun kalau kamu sedekahkan senyuman itu so jangan kedekut untuk memberikan senyuman ya!


Share/Save/Bookmark

Tags: , ,
Jan
01

Selamat Tahun Baru!

admin

Salam semua,

“Selamat Tahun Baru 2009″ semua. Lagi satu tahun telah berlalu dan adakah anda semua telah tunaikan azam tahun lepas? Hahahaaaaa….ada jugak azam tahun lepas yang belum tertunai oleh saya. Mesti semua hairan kenapa saya kat depan laptop ni, malaslah nak meredah KL. Mesti jalan ‘jam’ tak henggat punya. Masih saya ingat tahun lepas, saya kena bekerja dan nak balik rumah pun susah walaupun jam masa tu baru menunjukkan pukul 9.30pm. Almaklumlah saya bekerja di segitiga emas Jalan Bukit Bintang. Semuanya tertumpu kat sini. Ramai yang ingin menikmati suasana meriah dan lampu neon yang terang benderang bagaikan siang kat Bukit Bintang. Bila jalan dah ‘jam’ saya sudah tentu tak akan mendapat teksi untuk pulang ke rumah so plan B, saya terpaksa mengambil monorail untuk pulang. Best jugak naik monorail ni kadang-kadang, suka tengok telatah orang-orang sekitar lebih-lebih lagi kalau perasan, dekat bawah stesen monorail Bukit Bintang tu ada kumpulan pemuda bermain alat gegendang dan sejenis alat musik tiupan (saya tak tau apa namanya). Meriah! Ramai akan berkerumun di situ.

Hai! Telepon saya ni tak putus-putus menerima sms. Ramai jugak rakan-rakan yang masih ingat kat saya. Terharu! Saya rasa biarlah saya kongsi ayat-ayat sms itu dengan kamu semua. Bagi semua yang menghantar sms-sms tu, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak ye! Sebahagiannya adalah dalam bahasa inggeris, mintak maaf jer ye.

Here goes :-

“Wishing you a; Fantastic January Lovable February, Marvelous March, Enjoyable May, Successful June, Wonderful July, Independent August, Tastiest October, Beautiful November & Happiest December! May you have a more Prosperous and Fruitful 2009 and all your dreams come true! Insyaallah.” - sweet, don’t you all think so?

“A GOOD message for a GOOD person from a GOOD friend for a GOOD reason at a GOOD time on a GOOD SEASON, to say…..Happy New Year……Prosperous 2009 and beyond to you and all loved ones at home”. This one from my schoolmate - Shiha. Hey Shiha! Thanks a lot. Call me, lets have coffee whenever your’re in town.

“Before we end 2008, let me say this : 4 d friendship, 4 d care, 4 d love, 4 d laughter, 4 d bond, 4 d jokes, 4 d text, 4 d smiles, 4 d concern, 4 everythings u have shared…..thank u very much! A most prosperous & peaceful 2009 to u & ur family.”- It’s from my dear friend Halim Gem!

This is from my friend in Langkawi-CT ” Yesterday was a memory…Today is a gift…and tomorrow is a hope…Let’s begin this NEW YEAR 2009 with FAITH…LOVE…and PEACE. wHISHING YOU ALL THE BEST..”

“May year 2009 brings u lots of love n happiness n abundance of prosperity”-It’s from Saiful.

“HAPPY NEW YEAR. May 2009 bring us better life & success”-from my colleague-Finy

“2009 is at your doorstep….Remember, Life is short, break the rules, forgive and forget quickly, love truly, laugh uncontrollably, and never regret anything that made you smile. Happy New Year! -from my pet sister Nona.

As the New Year approaches, I would like to wish you and your loved ones a very Happy New Year. May 2009 be filled with rich blessing, happiness, prosperity and most importantly, good health for you and your family. Thank you for your wonderful friendship.” - from my colleague Terry. Thanks man!

“This year is almost gone but it has also madeus strong. The path was long but we walked it with a song. There were fears and tears but we also had reasons for cheers. Wishing you a Great 2009! Happy New Year!” from my friend Siti.

Share/Save/Bookmark