MONY

Blog perkongsian maklumat terkini,foto,video,aktiviti dan pertemuan bekas pelajar SMPT

Archive for December, 2008

Salam sejahtera semua,

Apakah azam tahun 2009 anda? Adakah anda ingin menguruskan badan? Cari pendapatan sampingan? Cari kerja baru? Cari isteri baru? kahkahkahkah….(ada yang kena pukul sat ni nanti!). Ini adalah sebahagian daripada azam-azam yang mungkin tercatit di diari anda semua. Ini pulak adalah sebahagian azam tahun baru saya :-

1) Ingin lebih mendekatkan diri dengan Allah S.W.T (insyaallah, sekarang sedang diimplitasikan)!

2) Berhenti daripada kerja sekarang (hari akhir saya adalah 7hb Januari 2009)

3) Bekerja sendiri (akan diimplitasikan seminggu selepas tarikh akhir bekerja saya)

4) Pergi bercuti dengan rakan-rakan lama (kalau tidak ada aral melintang 11hb hingga 15hb Jun 2009, saya akan ke Bali, Indonesia dengan teman-teman lama)

5) Projek internet marketing ( di peringkat akhir, akan di ‘launch’ sedikit masa lagi. Saya akan umumkan nanti ye!)

Azam ini sahaja yang dapat saya paparkan buat anda semua, yang selainnya…..ehm ehm…tak boleh nak paparkan atas alasan-alasan tertentu :-D Bagaimana pulak anda? Saya tahu, bukan senang untuk kita memenuhi semua azam-azam itu. Buatlah yang terdaya. Kalau anda rasa anda berdisiplin dan ingin mencapai lebih daripada itu. Buatlah bersungguh-sungguh ye. Bukan senang nak senang! Di mana saya dengar perkataan ini ye? Dah terlampau banyak artikel dan buku-buku motivasi yang telah saya baca, sebab itu tak boleh nak ‘recall’ ;-D

Tahun 2009 ini, adalah tahun saya mengambil semua tindakan. Asyik pergi seminar dan membaca sahaja. Saya yakin, saya BOLEH! Tidak ada alasan tiada masa lagi buat saya. Akan saya implimentasikan satu per satu apa yang telah saya belajar! MONY BOLEH!!!! Dengar tu! Saya melaungkan sekuat hati saya ini sampai cleaner kat tempat kerja ni pun ingat saya dah gila hahahahaaaaa….. akan saya kejar kembali masa yang telah saya buang selama ini. Sesuatu projek itu akan saya buat macam esuk dah tak ada lagi (ini untuk membuang sifat suka bertangguh). Buat yang terbaik! Kita semua ini adalah manusia biasa, tak lari daripada melakukan kesilapan so pandai-pandai la suruh pasangan anda mengingatkan anda. Haiii…..saya ni yang takde pasangan, nak suruh sapa lak yang ingatkan? Alamat suruh housemate saya jer la yang ingatkan saya. Takpe, takpe. Saya akan make sure yang saya akan sentiasa bersemangat! Hidup mesti selalu ceria dan gembira selalu. Bukan begitu?

Akhir kata, mari kite renung kembali apa yang kite telah capai dalam tahun 2008? Hummmm……..Peace!

p/s…. silalah tengok lagu azam baru daripada YouTube ini! Enjoy!

p/p/s pissssstttt….jangan lupa tengok lirik lagu tu kat sebelah kanannya ye. Nak tergelak pun ada. cam terkena batang hidung sendiri :-D


 

Share/Save/Bookmark

Dec
26

Perlukan Jurugambar?

admin

Salam semua,

Sekarang ini masih lagi cuti sekolah dan saya rasa setiap ujung minggu ada sahaja undangan ke majlis perkahwinan. Bagi saya pulak, hujung minggu ini ada 3 jemputan ke majlis perkahwinan tapi semuanya tidak dapat saya penuhi kerana terikat dengan kerja. Erm….minta maaf semuanya ye. Kalau kamu semua masih ingat, saya ni selalu terlepas untuk ke perkahwinan anda :-D. Saya terlalu commited dengan perkerjaan saya. Kadang-kadang saya terlupa yang selain daripada perkerjaan, saya ada famili dan kawan-kawan. Saya sedar kesilapan saya itu dan saya berjanji untuk imbangkan masa untuk berkerja dan kawan-kawan. Jangan marah ye. Saya ini ‘workaholic’ sampaikan kadang-kadang hari cuti pun saya ingat hari bekerja saya. Sudah tahap parah problem saya ni! Sebab itu saya sudah meletakkan jawatan saya. Hari akhir saya bekerja di situ adalah pada 7hb Januari 2009. Selepas itu, saya ‘MERDEKA!’. Hantar sahaja kad jemputan tu, insyaallah, akan saya penuhi :-D

Baiklah! Sebenarnya saya sedang menolong kawan saya ni. Dia baru sahaja menyiapkan profil photography beliau. Kawan tempat kerja saya. Saya memang kagum dengan orang-orang yang mempunyai bakat dan minat yang mendalam dalam sesuatu perkara. Masalahnya pulak, mereka-mereka ini tidak tau untuk menengahkan bakat mereka ini. At the end, bakat mereka ini ‘terkubur’ begitu sahaja. Sayangkan! Oleh itu kawan-kawan, jikalau anda semua ingin mencari photographer @ videographer untuk majlis perkahwinan, kanak-kanak atau majlis-majlis sewaktu dengannya, anda bolehlah menghubungi kawan saya ini. Untuk melihat profile beliau, anda semua bolelah KLIK DI SINI atau untuk ‘kids photography‘ beliau, anda semua boleh KLIK DI SINI!

Kalau ada yang berminat, jangan lupa untuk bagitau nama saya semasa anda menghubungi saya atau kawan saya itu ye! Beliau akan memberi harga istimewa kalau anda mention nama saya :-D. Memang perjanjian kami begitu! Saya pun menggunakan khidmat beliau untuk membuat header blog Abang Nizam di mana saya belum ada masa terluang untuk upload ke blog Abang Nizam lagi. Takpe la, biar saya uploadkan sahaja di sini dahulu.

From Drop Box

Amacam? Ok tak header baru Abang Nizam ni?

Share/Save/Bookmark

Salam semua,

Baru-baru ini saya mendapat satu email daripada kawan kite Khairul Nizar (5sc1-class of ‘87). Dia ada attach 3 gambar yang diambil semasa camp fire gathering di rumah Zunita. Kalau tak silap saya gathering tu setelah abis SPM kut. Saya pun dah lupa pasal gathering ni. Kalau tak silap, semasa gathering tu, kami yang pelajar perempuan melepak kat rumah Zunita. Masih samar-samar memori saya heheheeee….bila tengok gambar ni, teringat zaman-zaman muda dulu. Kalau tak silap, banyak lagi gambar-gambar tu. Siapa yang ada gambar tu, jangan la kedekut! Marilah kite share untuk tatapan umum :-D

Tak lupa juga, Khairul ada lampirkan sekali gambar dia bergasak dalam acara Karate semasa mewakili Universiti dia. Di bawah ini saya lampirkan sekali email yang dihantar kepada saya. Kawan-kawan, saya alu-alukan gambar-gambar nostalgia ni. Tak kiralah kalau gambar itu daripada kelas lain. Blog inikan untuk kite semua so jangan la rasa malu atau segan. Hantar jer gambar tu ke email saya. Kalau nak tulis sekali pasal gambar tu pun takpe. Senang sikit keje saya, “just copy and paste” sahaja :-D

Ini dia email daripada Khairul Nizar :-

Mony, aku minta maaf lambat reply email kau ni. Aku sertakan pic lama2 masa sekolah dulu. Pic aku lawan karate kat jepun tahun 1996 pun ada satu sini. Dalam pic tu aku tgh bergasak dgn George Kotaka, juara dunia karate 2000 & 2008, juara dunia remaja 1996, 7 kali juara kebangsaan amerika, etc. .  Aku kalah tipis ngan dia 3-1. Aku kena marah dgn arwah Sheikh Naser pasal sebenarnya dia kata aku bole beat budak tu. Aku bagi alasan budak tu juara dunia. Arwah balas balik “so what?”. Baru aku sedar, aku takda kepercayaan pada kebolehan yg aku ada.Dlm apa saja bidang, aku buat tak sepenuh hati.Lepas balik drp jepun, aku berada di persimpangan samada aku nak serius dlm karate atau tak. Aku ambik keputusan,aku taknak pergi jauh dlm karate. Sekejap training, sekejap tak.Sekarang ni aku menyesal. Nasib baik karate bukan acara sukan olimpik. Kalau tak, lagi aku menyesal. Pengajarannya di sini, apa saja kita buat, buat dgn bersungguh2 dan sepenuh hati. Kejayaan luar biasa dilakukan dgn usaha yang luar biasa oleh manusia biasa. :)

p/s “aku takda kepercayaan pada kebolehan yg aku ada. Dlm apa saja bidang, aku buat tak sepenuh hati” -  ermmm….kata-kata ini pun selalu bermain di fikiran saya suatu ketika dulu.

“Pengajarannya di sini, apa saja kita buat, buat dgn bersungguh2 dan sepenuh hati. Kejayaan luar biasa dilakukan dgn usaha yang luar biasa oleh manusia biasa.” Terima kasih Khairul! Ini adalah kata-kata semangat untuk saya terus maju kehadapan!

p/p/s Khairul! “Happy Belated Birthday” ye. Still remembered, your birthday falls on 16th Dec! Nampaknya ko dan Yurina lah yang paling mudo among us :-D

Inilah gambar yang saya katakan sebentar tadi! Enjoy!

From Drop Box
From Drop Box
From Drop Box
From Drop Box

Share/Save/Bookmark

Salam semua,

Mesti kamu semua tertanya-tanya kenapa blog ni tak di update telah sekian lamanya. Minta ampun dan mintak maaf ye, saya terlalu sibuk dengan hal kerja, almaklum sajalah exhibition jam tangan mewah baru sahaja berlalu. Selama 10 hari exhibition berjalan, takde seorang pun yang boleh ambil cuti. Bagi diri saya pulak, daripada 28hb Nov saya bekerja sampailah 16hb Dis. Bayangkanlah, berapa hari tu saya dah bekerja, 20 hari! Parah! Penatnya, tuhan sahaja yang tahu. Dah tak larat saya ni, salah satunya adalah faktor-faktor umur :-D Kalau dulu-dulu tu, sejam dua jer tido pun ok lagi tapi la ni…..Ampunnnnn!!!!!!! Balik saja cuti sehari, problem tak cukup staff pulak sampaikan waktu makan pun kena tunggu petang. Saya yang tak pernah ada gastrik ni, rasa macam nak kena jer penyakit tu. Perut lak la ni cepat masuk angin. Puas la pulak nak cari tukang urut bertauliah. Kalau setakat tukang urut yang kat spa tu, tak payahlah. Badan saya yang besar lagi tegap ni, tak terasa langsung tangan tukang urut tu. Takpelah! Saya dapat cuti 3 hari starting esuk. Yeeha! Yahoo! Yabadabedu! Merdeka rasanya. Dapatlah saya berehat secukupnya. Akan saya off kan handphone saya selama 3 hari itu. Tak mahu di ganggu cuti saya tu. Kalau ada yang nak berhubung dengan saya, hantar mesej saja ye :-D

Dalam kesibukan berkerja tu, sempat saya buat satu video gambar-gambar semasa exhibition tu. Sila la tengok kat bawah tu. Kalau internet line anda lambat, biarkan video tu load dulu ye. Lagunya sedikit rancak so be prepare :-D

Share/Save/Bookmark

Assalamualaikum semua,

Saya rasa semua dah tau yang saya ni bekerja di dalam industri ‘retail’ dan buat kali ke 2 Starhill Gallery menganjurkan “Watch and Jewellery Showcase” - “A Journey Through Time II”  dari 4hb hingga 14hb Disember 2008. Exhibition selama 10 hari ini akan mempamerkan banyak “high end watches and jewellery”, di samping itu, bagi peminat jam tangan mewah ini, anda akan dapat menyaksikan beberapa jam yang unik dan susah didapati di dunia. Jenama-jenama jam yang akan mengambil bahagian seperti Richard Mille, Dewitt, Bvlgari, Rado, Maurice Lacroix, Graham dan handphone jenama Vertu dan banyak lagi lah. Kalau nak tau lebih lanjut sila la melayari website INI!

Saya akan sibuk dalam 2 minggu ini, ditambahkan lagi tidak dapat bercuti dalam tempoh exhibition ini nanti. Yang paling menyedihkan, saya tidak dapat menyambut “Hari Raya AidilAdha” kerana tugas…..uuuuuuwaaaahhhhhhh!!!!! Minta maaf ye kalau saya tidak dapat nak update blog ini nanti.

Sempena menyambut “Hari Raya Aidil Adha” nanti, saya ingin menyusun sepuluh jari, meminta maaf di atas segala kesilapan yang saya telah buat dengan sengaja atau tidak disengajakan dan halalkanlah segala makan dan minum saya ye.

Setakat ini sahaja yang saya dapat update kamu semua, pssstttttttt……bos saya dah cari ni. Kena la kembali bertugas heheheheeeee…….

Share/Save/Bookmark