Assalamualaikum semua!
Harap-harap semuanya sihat. Maklumlah dengan cuaca yang panas sekarang ni, mau demam dibuatnya. Banyak-banyak la minum air masak. Lagi-lagi baru habis musim raya dan ramai yang terlebih berbelanja. Mesti ada yang mengeluh dan pening kepala bila gaji belum keluar lagi. Banyak bil untuk dibayar. Jangan macam tu ye!Jangan stresskan diri anda!
Salah satu sebab saya buat blog ni pun kerana ingin berkongsi peluang-peluang untuk menambahkan pendapatan. Maklum la sekarang ni, barang-barang sudah naik harga tapi gaji kite tak jugak naik. Kengkadang kite tak tau barang-barang yang ada di rumah tu (yang mana kite rasa dah tak bole pakai tu!), bole juga di jual untuk mendapat duit lebih ataupun kemahiran yang kite ada tu, bole jugak ditawarkan untuk mendapat pendapatan lebih. Sikit pun takpe la! Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit! Betul tak?
Biar saya kongsi satu pengalaman ini. Pada bulan puasa yang lepas, saya ada juga rasa tertekan sebab takut tak cukup budget untuk persiapan Hari Raya. Bonus belum keluar dan komisen untuk bulan lepas tak berapa banyak. Puas saya berfikir macammana saya nak dapat duit lebih tuk budget Raya. Puas saya belek handphone saya. Tiba-tiba terpandang nama kawan serumah saya dulu. Lama tak jumpa dia ni. Rasa-rasanya lebih 10 tahun kut. Saja jer saya telepon dia, sekadar bertanya khabar. Kebetulan hari tu saya tak bekerja, dia pun jemput saya ke rumah baru dia kat Bandar Tasik Selatan. Mak ai! Jauh tu dari rumah saya yang di Jalan Ipoh ni. Tiba kat rumah dia…..ermmmmm…..sepah beb! Dia ni pembersih, tak sangka la plak jadi camni. Rupa-rupanya, maid dia lari. Saya memang tak bole tengok rumah bersepah. Letak jer beg, terus saya tolong dia bersihkan rumah. Kite pernah tinggal serumah kan so dah macam adik beradik. Takde hal la kalau setakat nak bersihkan tu. Rumah besar dan cantik tapi cat tak kena dengan design rumah tu. Saja jer saya cadangkan suruh dia cat balik rumah tu, lagipun Raya dah nak dekat. Dia pun setuju. Terus saya panggil ‘housemate’ saya tolong sebab dia pun kerja seminggu 4 hari saja. Kite berdua memang tak reti duduk diam. Dua 3 hari kami siapkan rumah dia. Sebelum tu dia ada bagi duit tuk beli perlengkapan tuk mengecat. Dah habis kerja-kerja tu, saya pulangkan baki duit. Dia tak mau ambil, dia kata duit tu untuk kami belanja Raya. Segan pulak nak ambil sebab niat memang nak tolong saja. Terpaksa ambil jugak sebab nak bagi muka. Alhamdullillah…..rezeki….(ada jugak saya terpikir nak buat bisnes interior design ni tapi saya tak berapa pandai. Housemate saya memang terer. My part, marketing. That’s what i’m good at). Banyak jugak duit yang dia bagi tu so saya datang lagi minggu yang berikutnya sebab kena tunggu off day heheee.. kata part time
Tak best la. Rasa macam kurang sangat servis yang saya kasi tu so saya bundle la dengan menggosok baju dia. Baru puas hati saya. At least berbaloi la dengan duit yang dia kasi tu.
Kakak saya pulak, semenjak jadi ‘housewife” (bukan “desperate housewife ye! :-D) sepenuh masa ni, dia kumpul suratkhabar dan barang-barang besi untuk dijual. Kalau nak lebih, awak kumpulkan… camner nak cakap ea…alaaa…kalau minum air tin, awak kena tarik penutup tu kan. Haaa….benda tu kalau sekilo kalau tak silap RM 14. Itu harga kat Tioman. Kat KL ni mesti mahal lagi. Pegi la survey. Lumayan jugak pendapatan dia tu. Tak sangka! Panjang akal jugak kakak saya ni. Mungkin segelintir daripada kite memandang rendah dengan kerja ini tapi bagi saya, saya memandang tinggi orang-orang macam ni sebab dia tau, pendapatan suami dia tak berapa banyak untuk menampung keluarga mereka. Kena la bantu suami tu ea. So kalau siapa-siapa yang suka buang saja suratkhabar lama dan tin-tin minuman tu, bawak-bawak la kumpul. Bole la jual di pusat pengumpulan. Awak semua bole ‘check’ kalau-kalau ada pusat-pusat ini di sekitar tempat tinggal anda.
Sebelum saya mengundurkan diri, ingin saya kongsi video tutorial menjual produk di EBay dan anda bole membaca artikel DI SINI. Selalu jugak saya pergi ke blog Encik Zamri Nanyan ni. You all tak payah keluarkan duit untuk pergi ke one on one coaching macam saya tu. Eh eh! Ada pulak gambar saya kat situ! Saya ni bengap sikit, tu pasal kena ada cikgu depan mata
ps… pandai anak-anak muda ni cari duit lebih. Pandai membahagikan masa. Important tu!
pps..banyak lagi cara nak menampah pendapatan ni. Saya akan kongsi lagi di lain post ya!
ppps…terjumpa satu artikel di NST mengenai seorang surirumah sepenuh masa yang telah berjaya di EBay. Jadikan artikel ini sebagai satu motivasi diri untuk mencari peluang menampahkan pendapatan anda. Sila KLIK DI SINI!













