MONY

Blog perkongsian maklumat terkini,foto,video,aktiviti dan pertemuan bekas pelajar SMPT

Archive for September, 2008

Sep
28

Gambar

admin

Salam,

Nampaknya saya ni membalas dendam sebab post pasal gambar-gambar memori ni dah terpadam semasa server hosting saya down dua tiga hari yang lepas. Geram saya dibuatnya. Pakkal jer la bulan puasa, sabar jer lah. Minggu ni jer dah dua kali server down. Takpelah, nasib gambar-gambar ni masih ada di akaun Photobucket saya so tak lah parah sangat tuk letakkan kat post ni tapi ulasan-ulasan tentang gambar tu jer la, saya dah lupa. Anyway, baru-baru ni Maidzatul Faidza ada kata yang dia langsung takde gambar masa main netball. Beb! dun worry. Aku ada la skit gambar tu. Gambar muka ko tengah ngantuk pun ada :)

Gambar-gambarnya…….

 Klik untuk besarkan gambar

Ini gambar yang di ambil semasa kami tengah tunggu kengkawan yang lain tuk pergi kalau tak silap Sekolah (P) Air Panas kut tuk game yang seterusnya. Tengok la muka sorang-sorang yang keletihan tu. Hari sebelumnya pun ada game.

Klik untuk besarkan gambar

Yang ni lak, gambar kiteorang tengah practice kat padang diantara blok C dan D. Jangan tak tau ye, padang ni dah jadi surau. Lincahnya saya masa tu. Cuba la ajak saya main netball masa ni. Tak sampai 5 minit gerenti dah mengah hahahahaha….


 Klik untuk besarkan gambar

Gambar ini pulak diambil semasa perlawanan netball antara kelas tahun ‘85 (kami di tingkatan 3). Saya terlupa lak yang saya ni di kelas 3P2. Mana ada 3PJingga masa tu….Kelas kami dapat nombor 2 kalau tak siap saya. Dalam gambar tu saya tengah ambil hadiah daripada Cikgu Fuad. Belakang saya pulak Rabiahton dan Saidah. Cuba tengok Along (Hanizah) kat belakang cikgu tu. Lar….apsal lak muka ko sedih jer Long. Kepenatan kut sebab dia yang menguruskan semuanya.

 Klik untuk besarkan gambar

Faidz, ko kata takde gambar netball team kan? Nah! Amek ni. Ko tengok jer la gambar kite sume. Mata terpaksa dikecikkan sebab panas sangat hari tu. Tak tahan rasanya nak lawan matahari. Ayunya….Si Diana tu.
 


Klik untuk besarkan gambar

The Gangster Paradise :) Shiha(Beb! ko kat Dubai lagi ke?), Sharon (where have u been? Contact me ok.), saya dan Saidah (mana lah pegi kawan aku sorang ni?).

p/s jangan lupa…..singgah-singah la selalu ke blog ni. Jangan malu dan jangan segan tuk tulis komen kat bawah tu :)

Share/Save/Bookmark

Sep
28

Senior

admin

Assalamualaikum semua,

Mesti semuanya tengah busy buat persiapan raya hari ni. Saya pulak masih berkerja dan cuti start 30hb nanti tapi mood raya tu semakin terasa sampaikan terasa malas pulak nak kerja. Dun worry! Walau camner pun, saya akan tetap motivate diri saya supaya jangan malas :)

Sebenarnya saya ada buat dua post sebelum ini tapi disebabkan server down 2 kali dalam minggu ni, tah mana perginya post-post tu. Saya pulak dah lupa nak buat back up copy. Hish! Careless betui saya ni kan. Terpaksa la buat balik. To cut the story short, aritu saya cuba check blog ni dia google, tup-tup ternampak satu lagi blog SMPT. Blog ni dipunyai oleh abang senior kite. Saya rasa non of us know him sebab dia last kat SMPT tahun ‘82 dan kite pulak mula belajar di SMPT tahun ‘83. Abang dan kakak saya kenal la abang ni. Kalau tak silap nama dia Abang Mohd. Noh. Kalau you all senang, silalah layari blog abang ni di http://smpt82.blogspot.com ataupun klik jer sidebar under blogroll. Kalau dah layari, mesti you all perasan yang mereka ni pun dah buat reunion gak. Kalau tak silap nampak gambar Puan Norlia jugak. Derang adakan sesi karaoke sekali hehehe.. Masa ni la nak tengok bakat guru-guru kite tu ye.

Okay lah. Setakat ni dulu post kali ini. Saya akan letakkan gambar-gambar nostalgia di SMPT lagi lepas ni. Bagi saya upload dulu kat Photobucket ye.

Wassalam.

Share/Save/Bookmark

Salam semua,
Post arini, saya nak bercerita pasal soft launch Alumni SMKPT tahun lepas. Majlis diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tembak (dulu SMPT tp la ni SMKPT) dan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Jabatan Sekolah) iaitu bekas guru tingkatan saya selama 2 tahun Dato Noor Rezan. Saya tanya beliau…. .”saya nak panggil cikgu ke nak panggil Dato”, you all tau apa dia jawab? “once a teacher,you are always a teacher! so you can always call me cikgu”. Tengok tu. humblenya dia… macam tak sangka saya. By the way, thank you so much for you guidance during that 2 years. Because of you, i have the confidence to speak in English and i did improve. A lot!. Thank you so much! Saya hampir menitikkan airmata bile cikgu hug saya. Terasa diri ni masih diingati.

Bagi yg dah lama tak jenguk sekolah cam saya ni, dah banyak berubah especially tempat letak basikal kat tempat perhimpunan tu telah ditukar ke dewan, kat belakang blok D, dah ada bangunan baru then padang sekolah,sekarang ni kat depan sekolah,kalau masih ingat, dulunya kat lombong (jenuh makcik kutip batu-batu kecik tu tau! At least dapat gak la merasa main netball kat situ. Dengar cerita ada gak member2 yang main bola sampai kaki berdarah tersepak batu hehehe!).
Masa merayap kejap kat sekolah tu, teringat kisah-kisah lama. Padang netball di antara blok C dan D tu dah di tukar ke surau (kalau tak silap saya la!). Kalau dulu-dulu bila masa pendidikan jasmani jer, saya mesti tak bawak “track suit”, alasannya : seluar basah cikgu! Sebab semalam ada netball training la,hoki training la, volleyball training la, pokok pangkalnya mesti ada alasan. Sebenarnya maleh nak tukar “track suit” sebab peh “PE” jer kena tukar uniform balik then mesti berasak-asak kat toilet then mesti berpeluh sakan punya la. Mintak ampun and mintak maaf banyak-banyak Cikgu Jumaayah! Nakal saya ni masa sekolah. Nakal ek,bukan jahat! hehehe…Teringat saya masa main softball masa PE, Cikgu Jumaayah suh jugak saya main dengan baju kurung then saya pukul bola tu sampai ke kelas blok D. Trus dia suh saya jangan main hehehe..kuat tu pukulan saya. Nasib tak pecah tingkap. Pejam celik, dah 21 tahun kite meninggalkan SMPT. Fuuuuyoooo….dah tua rupanya saya ni ek tapi takpe hati muda lagi ekekeke….Eh! apa kata you all semua email saya kisah suka duka you all semasa di SMPT, bole kite menangis and ketawa bersama-sama. Saya akan postkan kat sini. Meh saya cabar! Sapa ada brani?

Haaa….ni dia gambar-gambar semasa majlis Alumni tu….
smpt,alumi,sekolah menengah padang tembak Kad jemputan (bahagian hadapan)

smpt,sekolah menengah padang tembak,amuni,mr.khoo Kad jemputan (bahagian dalam)

smpt,alumi,sekolah menengah padang tembak Kad jemputan (bahagian belakang)

Datuk Noor Rezan sempat merasmikan Program Usahawan Muda Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tembak.

smpt,alumi,sekolah menengah padang tembak

Gambar dan video bersama Datuk Noor Rezan tiada dalam simpanan saya buat masa ini. Akan saya usahakan sampai dapat so kengkawan, tuuuuungggguuuuu…..

smpt,alumi,sekolah menengah padang tembak
Di antara guru-guru dan bekas pelajar yang datang menjayakan majlis ini. Cikgu Siti Jumaayah sahaja yang tiada di dalam gambar ini. Oooopssss! Mulut saya terherot la plak. Tak berapa elok! Sorry!

Photobucket
Tah apa yang Haris bualkan sampai si Hisham Omar sengeh jer tu!

Photobucket
Zulham, saya dan Khairul Nizar

Photobucket
Anyway dalam gambar ni….Jeffrey,Zulham,Sam,Rudy Adnas,saya dan Khairul Nizar

Photobucket
Si Jeffrey ni kan, memang kaki lawak. Tengok gambar ni! Cameraman pun amek gambar candid :)

Photobucket
Anak lelaki Hisham,Hisham,Sam,saya dan Aziz

Photobucket
Puan Norlina, Guru besar SMKPT dan Puan Ramlah Sugiman (macam tak di makan usia,muka masih maintain cam dulu :))

Majlis Alumni SMPT'07
Puan Nasimah, Ustazah (masih mengajar di SMPT) dan Puan Norlina

smpt,alumi,sekolah menengah padang tembak
Haris bersama Mr.Khoo (guru volleyball team masa itu dan Mr.Khoo, masih mengajar di SMPT)

smpt,alumi,sekolah menengah padang tembak
Mr.Khoo masih ingat kepada kami. Dari jauh dia dah panggil nama penuh saya :) Masa sekolah saya tak nakal ea!

smpt,alumi,sekolah menengah padang tembak
Saya,Mr.Khoo and Norhiza

Photobucket
Rudy Adnas,Jeffrey dan Aziz

Share/Save/Bookmark

Salam semua!

Ini dia resepi Sultana Cookies dari Chef Wan Noor untuk kite kongsi bersama. Maaf la ye! Semuanya dalam bahasa Inggeris.

Resepi Sultana Cookies
INGREDIENT

300gm Butter/Margarine
200gm Icing sugar
1.5 nos Egg
1/2 nos Egg york
500gm Cake flour
125gm Chopped Sultana (raisin)
1 1/2 nos Lemon skin
1/2 nos Orange skin

METHOD

1) Beat the flour and sugar till well mix

2) Add in the eggs, followed with orange and lemon skin

3) Last fold in the flour and mix well to form dough

4) Place and press the dough in the mould

5) Chilled the dough before cutting it

6) Bake at 180 C for about 15 minutes

Kalau ada yang berminat untuk menyertai Kelas praktikal membuat produk-produk pastri dan bakeri Chef Wan Noor, boleh la berhubung di nombor 019-325 5471 (kelas hanya dibuka kembali selepas Hari Raya)

Share/Save/Bookmark

Sep
09

Biskut Raya

admin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua!

Diam tak diam. arini dah masuk ari yg ke 9 umat islam berpuasa. Amacam puasa tahun ni? Adakah tahun ini lebih baik daripada tahun lepas?

Orait! Mesti ramai di kalangan kite ni takde masa nak buat kuih raya (hehehe yang ni sudah semestinya saya). Mari saya rekemen kuih raya daripada kawan baik saya ni.  Nama dia Chef Wan Noor Zamran. Dia pernah kerja di Hotel Istana. Sekarang ni bekerja sambilan di KFC Holding sebagai tenaga pengajar di samping menguruskan kedai bakerynya. Bagi yang teringin nak belajar buat pastry, Chef Wan Noor ada juga menganjurkan Kelas praktikal membuat produk-produk pastri dan bakeri (selalunya diadakan ujung minggu dan kelas hanya dibuka kembali selepas Hari Raya). Sila hubungi nombor di akhir post ni untuk maklumat lanjut.

Saya kagum dengan sifat kuat berusaha dia ni dan saya tak segan mengatakan bahawa saya jadikan Chef Wan Noor ni sebagai salah seorang idola saya. Orang kata kalau nak berjaya kite pun kena study dan copy cara orang yang dah berjaya. Harap-harap saya pun akan berjaya jugak macam derang :) . Anyway, tahun ni dia jual beberapa jenis kuih raya sahaja. Cuba la tengok kuih raya kat bawah tu :-

Apa kata awak semua cuba kuih ni. Kalau tak silap, saya tak penah jumpa kat mana-mana umah pun masa raya.

Biskut Tembikai (Amacam? Ada brani nak cuba?)

Harga            : Rm 20 /container (kalau beli lebih drp 12 container - Rm 16.50/container)

Isi                 : 60 biji ++

Container     : Bulat


Biskut Cornflakes
Harga        : Rm 20 (Kalau order lebih 12 container - Rm 16.50 /container)

Isi             : 40 - 45 bijik

Container : Bulat


 
Almond Chocolate

Biskut ini adalah yang mendapat sambutan, 100 percent badam dan coklat bermutu.

Harga                 : Rm 25/ container (beli lebih 12 container - Rm 22.50/container

Isi                      : 42 - 45 biji

Container          : Bulat

Biskut Choc Flake’z (maaf, gambar tak disertakan)

Harga         : Rm 20/container (beli lebih 12 container - Rm 16.50/container)

Isi              : 42 - 45 bijik

Container  : Bulat

Oats and Raisin (maaf, gambar tidak disertakan)

Harga                : Rm 25/container (beli lebih 12 container - Rm 22.50/container)

Isi                     : 42 - 45 biji

Container         : Bulat

 

Tarikh akhir tempahan adalah pada 23hb Ogos, 2008

Kalau ada yang berminat sila hubungi 019-325 5471

p/s Chef Wan Noor bermurah hati untuk menyumbangkan resepi Sultana Cookies untuk you all semua. Kalau ada yang dah testing tu, haaa…tak reti-reti nak ajak aku p umah korang, beraya? :) Terima kasih Chef! Klik jer kat sini tuk dapatkan resepi!

Share/Save/Bookmark