MONY

Blog perkongsian maklumat terkini,foto,video,aktiviti dan pertemuan bekas pelajar SMPT


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Lama sungguh saya tak update blog ini tapi tak mengapa sebab sempena menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang bakal tiba, saya ada mempromosikan biskut raya yang dibuat oleh rakan karib saya Chef Noor Zamran (Lecturer of Pastry and Bakery at Foods Inst. of Malaysia). Beliau telah menjalankan bisnes pastri ini selama 3 tahun, kalau kamu masih ingat, tahun lepas ada saya menyatakan mengenai bisnes beliau di blog ini tetapi tahun ini saya mengambil insiatif untuk mempromosikan biskut raya beliau. Almaklumlah, tahun ini saya sudah tidak bekerja secara full time lagi so adalah masa untuk mempromosikan bisnes beliau dengan agresif :-D

Selalunya kita nampak bila tiba musim raya sahaja, biskut tat nenas, samprit dan lain-lain akan muncul. Apa kata tahun ini anda semua penuhi balang biskut raya anda dengan Almond Choc, Pinky Choc Rice, Oats & Raisin, Choc Flake, Corn Flakez, Watermelon dan Orange Shortbread pulak. Pelikkan nama-nama biskut tu! Haa….saya memang terkenal dengan mencari sesuatu yang unik untuk saya promosikan. Entah la, saya ni cepat bosan dengan benda yang senang kita dapat. Tak tau dengan anda. Kalau anda seorang yang suka biskut yang unik yang berlainan rasa dan warna, order la biskut-biskut ni ye :-D

Di bawah ni ada saya sertakan gambar biskut-biskut tu.

Almond Choc Cookies

ALMOND CHOC - 40-44PCS @ 400GM per container - RM27

Watermelon Cookies

WATERMELON COOKIES - 60PCS per container - RM25

Oats n Raisin Cookies

OATS N RAISIN - 40-44PCS @ 400GM per container - RM25

Cornflakes

CORNFLAKES - 40-44PCS @ 400GM per container - RM22

Orange Shortbread

ORANGE SHORTBREAD - 60PCS per container - RM22

Pinky Choc Rice

PINK CHOC RICE - 60PCS per container - RM22

p/s jikalau anda berminat untuk membeli biskut-biskut tu, sila la tempah di ruangan Contact Me kat atas page ini atau anda bole sms saya di 010-2148379 untuk pertanyaan dan tempahan. Untuk pengetahuan semua, semua tempahan akan di tutup 10 hari sebelum Hari Raya Aidil Fitri.

Share/Save/Bookmark

  • Brand : Edifier
  • Model : C2
  • Item   : Used ( still in very good condition )
  • Price   : RM 180 (negotiable)
  • Payment  via Bank Deposit or Bank Transfer ( Maybank or CIMB ), will consider PayPal as well
    Photobucket Photobucket
    Photobucket Photobucket
    Photobucket Photobucket
    Photobucket Photobucket

Features

  • Independent amplifier design
  • All wood enclosure ensures excellent sound quality
  • 6.5 inch magnetically shielded long-throw professional design subwoofer driver, ensures deep and powerful bass
  • 3 inch mid-range and 3/4 inch tweeter, two-way satellite speakers
  • Magnetically shielded drivers, no need to worry about the screen nearby
  • Innovative E.I.D.C ( Electric Intelligent Distortion Control) automatically adjusts and protects the system from input overload
  • Built-in headphone jack on amplifier, volume control knob works for headphone too
  • Microprocessor controlled system with digital display panel
  • Infrared remote control for convenience
  • Dual audio LINE-IN, connecting two audio device at same time

p/s I’ll be posting some other stuff for sale again. Please do come back to check on it. *Peace*

Share/Save/Bookmark

May
18

Treo Treadmill

admin

Hi guys,

I’m thinking to move out from my condo in 3 months time so i would like to clear my stuff to make room for my new place. If interested, please contact me by using contace me form (hubungi saya) on the top right side of this page.



TREO Treadmill

TREO Treadmill for SALE


Free Template from Template-O-Matic.com

Free Template from Template-O-Matic.com

Free Template from Template-O-Matic.com

Model : T308

Item : USED for 1 year + (still in good condition as i hardly use this treadmill :-D)

Price : RM 1,500 (price including transportation- FOR KLANG VALLEY ONLY)

Payment : Bank Deposit or Bank Transfer ( Maybank or CIMB, i will consider if you want to pay via PayPal)

PRODUCT HIGHLIGHTS

T308 CONSOLE

T308 FOLDED CONSOLE

KEY FEATURES :

  • The Direct Speed Bar allows you to select your desired speed quickly and effectively
  • Assisted folding design maximizes space when not in use
  • Furthermore, the T308 has 2.65 HP (1.5 CPH) drive motor adn 4 preset training programs when you can select the desired time (up to 99 minutes)

Console

Display type 3 LED Windows, 2 Bottle/Cargo Holders

Display Feedback Time, Speed, Incline, Distance, Heart Rate and Calories

Program Manual, Intervals, Rolling, Weight Loss

User Interface

Running Area 41 x 122cm / 16″ x 48″

Incline Range 0 - 10% Powered

Speed Range 1.5 - 16 kph / 1-10 mph

Contact heart rate cencors Yes

Telemetric heart rate receiver No

Transport wheels Yes

Drive System

Motor 2.65 HP / 1.5 CPH

Tech Specs

Overall dimension LxWxH 178 x 71 x 132cm / 70″ x 28″ x 52″

Folding dimension LxWxH 71 x 91.5 x 151cm / 28″ x 36″ x 59″

Weight 51 kg / 112 lbs.

Max. user weight 113 kg / 250 lbs.

Free auction templates courtesy of Template-O-Matic.com

Share/Save/Bookmark

Mar
20

Kota Singa

admin

Assalamualaikum semua,

Lama sungguh saya tidak update blog ini. Maafkan saya ye. Saya sebenarnya masih lagi di Singapura. Sudah sebulan lamanya saya di sini. Mesti ada yang tertanya-tanya apa yang saya buat di sini. Saya di sini menemani kawan serta anak dia kerana suami dia pergi outstation. Kebetulan saya sudah berhenti kerja, boleh la saya melepak kat sini lama-lama :-D Bukan sekadar melepak saja ye. Sempat saya membuat satu blog untuk update kegiatan anak mereka kepada si suami. Almaklum jer la. Sapa yang tak sayang anak. Kalau si suami yang mencari rezeki di luar sana, hendak buat macammana. By the time dia sampai rumah, anak membesar dengan cepat. Banyak yang dia akan ketinggalan so saya la yang menjadi photographer ataupun jadi videographer mereka. Lapang la sikit dada si suami bila dapat menatap video anaknya.

 Saya set-up blog di blogger.com sahaja. Senang. Dah la free, dah tu senang nak update pulak. Bila dah set-up, just upload saja gambar-gambar ataupun video untuk tatapan umum. Tak sangka jugak, tak sampai sebulan, ramai jugak pengunjung di blog tu. Bangga sekejap saya.

Saya menggunakan Microsoft Windows 2000 di sini, which saya tak berapa familiar dengan fungsi-fungsinya. Redah sajalah! Nak buat macamana tapi alhamdullillah, dapat jugak saya harungi. Tidak banyak software yang saya dapat gunakan untuk edit video dan header blog tu. Semuanya kena tunggu sampai saya pulang ke KL. Saya upload jer dulu video-video dan gambar-gambar tu. Ada hikmah jugak disebalik tak cukup software ni. Sedar tak sedar, kreatif jugak saya ni. Kadang-kadang kalau semuanya di depan mata, kita akan jadi malas dan tidak kreatif. Bila dah takder, meraban cari alternative. Bole jugak kita tengok kalau-kalau kita ni jenis orang yang suka cari jalan penyelesaian. Kat Singapura ni, saya tak berani nak download software sebarangan. Kang silap sikit kena sama. Tak mampu nanti saya nak bayar sama tu. Mesti ingat kat sini pakai SGD, dah tu exchange rate dia tinggi. Fuh! Penat nak cari duit tuk membayarnya.

p/s pergi la tengok blog tu kat SINI! Jenuh jugak nak mencari dan ’sort out’ gambar-gambar lama. Berhari-hari jugak la nak siapkan post yang pertama tu.

p/p/s kalau anda hendak buat blog yang begitu, call ataupun pakai la contact form kat atas tu tuk berhubung dengan saya. Don’t worry. Saya bagi harga special untuk kawan-kawan. Mesti ingat, blog tu memang senang nak buat tapi yang melambatkan keje adalah nak memilih gambar dan video.

p/p/p/s saya akan pulang ke KL pada akhir bulan ini. Ha! Tak reti-reti nak pegi minum kopi! Rindu kat keluarga dan kawan-kawan. Dah lama saya tidak pergi outstation sebegini lama :-D

Share/Save/Bookmark

Salam semua,

Apa khabar? Harap-harap semuanya sihat disamping keluarga. Sibuk sungguh saya 2 minggu ni. Hari ini baru ada masa untuk update blog ni. Semalam. seharian saya edit foto dan video sekitar majlis pernikahan adik perempuan saya. Itu pun foto dan video koleksi daripada kamera saya dan abang. Untuk makluman semua, yang bernikah ni adalah adik nombor 11 saya. Besarkan nombor tu. Ialah, saya dibesarkan di dalam keluarga yang besar. 12 semuanya, itupun yang masih hidup. Kalau tak, 14 semuanya. Hahahaaa…..satu team bola sepak! Cuba anda semua bayangkan keadaan kami masa kecil-kecil dulu. Bagi ibu-ibu yang suka mengeluh untuk menjaga anak-anak masing-masing, bersyukurlah. Rasanya tidak ada lagi kawan-kawan kita yang ada anak sampai 12 orang. Bayangkanlah betapa tabahnya arwah ibu saya demi untuk menjaga kami semua. Sebab tu saya pandai menguruskan hal ehwal rumah dan ‘baby’. Saya telah dapat ‘training’ secukupnya sejak daripada umur saya 6 tahun :-D. Bukan setakat adik-adik  (ada 5 orang bawah saya) tapi sampailah ke anak buah. Mungkin sebab itu saya masih single hahahaaa…..alasan….

Masa hari pernikahan tu, sayu jugak tengok adik saya tu, ialah….rasanya macam baru semalam saya nampak dia dengan baju sekolah. Tup-tup dah berumur jugak adik saya tu. Tahun ni 30 tahun umur dia, disebabkan badan dia yang kecil, tak nampak yang dia sudah mencecah 30 tahun. Alhamdullillah….semuanya berjalan lancar. Suami dia tu, kawan sekelasnya jugak. Terus teringat kat Raja Ana dan Hisyam. Bercinta masa sekolah terus ke jinjang pelamin, Saadiah dan Rahman juga. Itu yang saya teringat, siapa lagi ye?

Semasa majlis pernikahan adik saya, kami 12 adik beradik berkumpul sampaikan abang saya yang kat Kuching, Sarawak pun dapat pulang walaupun isterinya baru bersalin anak mereka yang ke 5. Last kami dapat berkumpul beramai-ramai adalah 4 tahun yang lepas semasa arwah ibu tercinta meninggalkan kami. Boleh dilihat di muka masing-masing, betapa gembiranya rasa di hati terutamanya abang pertama saya. Kami tidak pandai hendak menunjukkan kasih sayang sesama keluarga kerana ialah, dalam keluarga yang besar macam kami, arwah ibu sentiasa sibuk menguruskan rumah dan anak-anak tapi saya dapat merasakan kemesraan itu bila dah berumur ni :-D

Saya ni memang susah untuk mengeluarkan airmata tapi bila majlis akad nikah (bapa pengantin lelaki yang menjalankan acara akad nikah tu) dan sudah sah akad nikah tu, bergenang jugak airmata saya. Kini adik saya sudah bergelar isteri orang. Memang sudah tradisi keluarga kami, arwah ibu akan memberikan tips-tips hal ehwal rumahtangga tapi sebabkan ibu sudah tiada lagi, tanggungjawab ini diambil alih oleh kakak atas saya (kakak yang paling tua tidak qualified sebab dia pun masih single :-D). Sehari sebelum akad nikah, Mawar (nama adik saya) kena lecture dengan kakak saya tu. Lepas tu masak jugak adik saya kena usik dengan kakak serta abangnya heheheeee……

Adik saya ni tidak pernah make-up, so bila sudah disiapkan oleh adik bongsu saya tu, Wah! Muka dia macam patung. Cantik! Berseri muka dia. Silalah tengok foto-foto dan video dibawah tu!

SILA KLIK DI BAWAH UNTUK MELIHAT

MY SISTER\’S WEDDING PHOTO

KLIK SINI untuk melihat video yang saya upload di YouTube sehari sebelum hari persandingan.

Share/Save/Bookmark